Megat nabhan tergesa-gesa bingkas bangun dari pembaringannya. Disarung baju dan seluar ke tubuhnya. Dicapai telefon dan juga wallet yang berada di atas meja.
Luas langkahnya menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Ain dan puan halijah yang ketika itu sedang menghidangkan makanan terkejut dengan kelibat megat nabhan yang tiba-tiba sahaja muncul.
"Kamu nak ke mana nabhan? Duduk sini dinner sama." Tegur puan halijah. Kerusi di tarik. Megat nabhan hanya memandang sekilas ain yang sedang menuang air.
"Tak payah. Nabhan nak keluar". Balas megat nabhan. Jam dipakaikan ke pergelangan tangan. Dia sudah lambat.
"Kalau ya pun nak keluar makan la dulu. Kari kepala ikan kesukaan kamu pun ada. Ain yang masak."
Ain tersenyum manis apabila matanya bertembung pandang dengan megat nabhan. Berharap sangat suaminya itu sudi menjamah makanan hasil dari air tangannya.
"It's okay ma.. nabhan tak lapar". Kata megat nabhan. Dijeling ain yang berdiri bersebelahan puan halijah. Megat nabhan mula mengatur langkah.
"Awak.." panggil ain pula. Terhenti terus langkah megat nabhan di muka pintu. Dia menoleh memandang ain.
"Awak nak ke mana? Saya nak ikut".
"Tak payah sibuk urusan aku." Balas megat nabhan dan dia terus melangkah keluar dari rumah agam itu.
🌹
Khairul mundar-mandir di ruang tamu itu. Pelipis keningnya diurut. Sejak tadi dia tidak senang duduk apabila mendapat perkhabaran dari aira mengatakan zehra hilang.
"Macam mana boleh jadi macam ni adik?" soal puan haliza. Nada suaranya kedengaran agak risau.
"Adik tak tahu bu.. adik sampai ja kat kereta zehra dah hilang." Balas aira sambil mengesat air mata. Firash yang berada bersebelahan dengan encik azman berdiri menyamai kedudukan khairul.
"Sabar khai.. insha-Allah zehra selamat". Diusap belakang tubuh sepupunya itu bagai menyalurkan kekuatan kepada khairul.
"Macam mana kalau.."
"Khai.. jangan fikir yang bukan-bukan. Mama yakin zehra selamat. Lagipun ayah mertua kamu dah buat report polis kan. Apa-apa pun kita tunggu apa kata pihak polis". Pintas puan kamariah. Aydan yang merengek di ribaannya diserahkan kepada bik timah.
"Aku minta maaf. Aku tak jaga isteri kau dengan baik. Semuanya salah aku." Ujar aira lemah. Dia menunduk menekur lantai. Air mata menitis menimpa kekura tangannya.
Sungguh dia tak sangka semua ini akan terjadi. Silapnya juga kerana biarkan zehra seorang diri menunggu dirinya. Kalau la dia tak terlupa beli tuala wanita itu semua ini tak akan terjadi. Dia memang cuai!
Khairul hanya diam. Dia langsung tidak menjawab. Hatinya resah memikirkan keselamatan zehra saat ini.
'Ya Allah.. selamatkanlah isteriku..'
"Khai.." aira cuba memancing percakapan khairul. Firash menggeleng menghalang aira dari bercakap. Dia kenal sangat dengan sepupunya itu. Khairul jika dia sedang bersusah hati lelaki itu memang akan berdiamkan diri.
"Khairul!!" Dari luar kedengaran suara seseorang melaung nama khairul dengan suara yang agak kuat.
"Eh! Siapa pula yang datang tu?" Kata encik azman. Khairul yang tidak mengesyaki apa-apa terus berjalan ke muka pintu.
Bukk !!
Tanpa aba-aba satu tumbukan kuat mengenai pipi kiri khairul sehingga membuatkan lelaki itu jatuh terduduk ke lantai. Firash dan yang lain terkejut dengan kejadian itu.
Muncul megat nabhan di muka pintu dengan wajah yang menyinga. Dicekak kolar baju khairul dan ditarik agar tubuh itu turut berdiri.
"Mana zehra? Cakap!" Jerkah megat nabhan. Firash yang tidak betah berdiam diri segera berlari mendekati dua lelaki itu.
"Kau apa hal datang rumah orang mengamuk macam ni". Marah firash. Dirungkai cengkaman megat nabhan di baju khairul dan ditarik tangan sepupunya itu agar menjauhi megat nabhan.
"Aku tanya mana zehra?! Kenapa korang semua biarkan zehra sampai dia hilang?!" Suaranya meninggi menengking khairul. Khairul mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.
"Kau siapa nak masuk campur urusan rumahtangga aku?" Soal khairul. Megat nabhan kembali mencekak kolar baju khairul. Rahangnya bergerak-gerak.
"Kau ni suami jenis apa? Isteri sendiri hilang pun kau boleh rileks duduk rumah lagi. Nasib budak-budak aku inform aku tentang ni. Kalau macam ni la perangai kau lebih baik kau lepaskan zehra dan bagi pada aku. Aku boleh jaga dia lebih baik dari kau."
Khairul yang mendengar kata-kata megat nabhan itu terus bertindak menumbuk perut megat nabhan. Megat nabhan terbatuk-batuk menahan senak di perutnya.
"Kau jangan kurang ajar megat! Kau siapa untuk cakap benda tu dengan aku? Ingat sikit kau cuma bekas suami zehra. Jangan nak tunjuk baik dekat sini!".
Megat nabhan tersenyum sinis. Dia cuba untuk berdiri.
"Kalau kau tu baik sangat takkan la isteri sendiri pun boleh hilang." Perli megat nabhan. Khairul mengepal penumbuknya dengan ketapan bibir.
"Kau ni.." khairul menerpa mahu menumbuk megat nabhan kembali tetapi cepat-cepat dihalang oleh firash.
"Kau blah dari sini." Halau firash. Megat nabhan langsung tidak berganjak. Aira yang diselubungi dengan perasaan rasa bersalah segera berdiri.
"Khai, aku minta maaf. Semuanya salah aku".
Megat nabhan menoleh memandang aira. Mata lelaki itu merenung tajam aira yang sedang menangis.
"Jadi kau la penyebab zehra hilang. Kau ni memang kawan tak boleh harap!" Megat nabhan berlari laju ke arah aira.
Tangannya di angkat untuk menampar aira. Firash yang melihat akan tindakan megat nabhan itu dengan pantas menolak tubuh megat nabhan. Dihadiahkan penumbuk sulungnya ke wajah megat nabhan.
"Kau sentuh tunang aku, kau mati!" Kata firash dengan suara yang kuat. Megat nabhan mengesat darah dari bibirnya. Kuat juga tumbukan firash sehingga menyebabkan bibir dalamnya pecah.
"Kau nak bela sangat perempuan tak guna ni kenapa? Dia penyebab zehra hilang kau tau tak?! Bodoh !!"
"Sudah!" Suara encik azman bergema ke segenap ruang tamu itu.
Terdiam terus semua di situ termasuklah megat nabhan. Dia menunduk apabila encik azman merenungnya dengan pandangan yang cukup tajam.
"Kamu keluar dari rumah ni sekarang. Ini urusan keluarga kami! Kamu tak ada kena mengena dengan keluarga kami. Sebelum aku telefon polis lebih baik kamu pergi dari sini. Pergi!!" Tengking encik azman.
"Blah la! Dasar muka tak tahu malu". Bidas firash pula. Megat nabhan berjalan keluar dari rumah itu. Sempat ditolak bahu khairul yang sedang berdiri di muka pintu rumah.
❤️ Done ! Ke nak lagi? ❤️
Jenuh la author perah otak 😁 .
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...