Welcome home dear.." ujarnya dengan suara yang garau.
Zehra pantas mengangkat muka. Terpancar jelas riak terkejut di wajah zehra. Matanya membulat melihat gerangan itu.
"Kau?!!"
Megat nabhan mempamerkan senyuman kemenangan.
"Yahh.. it's me. Kenapa, terkejut?"
"Apa kau nak ha! Lepaskan aku!!" Jerit zehra. Dia meronta-ronta apabila melihat megat nabhan semakin mendekatinya.
"Aku nak kau. Boleh?" Jawab megat nabhan. Diusap pipi mulus zehra bersama renungan mata yang tajam. Zehra memalingkan wajahnya ke kanan. Mengelak dari disentuh oleh tangan megat nabhan.
"Sombong kau erk.. tapi aku suka. Kesombongan kau ni tak berubah dari dulu sampai sekarang. Sebabkan kesombongan kau ni la aku tak boleh move on sampai sekarang." Ujar megat nabhan lagi. Dicuba sekali lagi untuk mengusap pipi zehra. Dia seakan terpukau dengan wajah zehra yang berkeringat dengan peluh itu.
Walaupun bilik itu sejuk dengan penghawa dingin tidak membuatkan tubuh zehra sejuk kerana wanita itu asyik meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Jangan sentuh aku dengan tangan kau. Aku jijik!"
Terangkat kening megat nabhan dengan kata-kata zehra itu. Pantas dicengkam pipi zehra sehingga bibir wanita itu memuncung ke depan.
"Aku cukup pantang orang kurang ajar dengan aku. Kau jijik? Kau lupa tangan ni yang selalu belai kau dulu. Sampaikan kau mendesah kepuasan." Bisik megat nabhan ke telinga zehra. Dilepaskan perlahan cengkamannya pada wajah zehra.
"Kau memang gila! Kau gila megat nabhan". Jerit zehra lantang. Matanya bertentang dengan anak mata megat nabhan. Langsung tidak gentar dengan megat nabhan yang sudah berubah riak itu.
"Aku tak nak berkasar dengan kau zehra.. jadi aku minta kau tutup mulut kau." Megat nabhan mula memberi amaran. Dia risau jika dia bertindak di luar kawalan.
"Kenapa? Kau rasa tercabar dengan kata-kata aku? Terang lagi bersuluh kau memang gila. Gila talak! Perangai kau ni memang tak berubah dari dulu. Selfish! Aku menyesal kenal kau."
Megat nabhan yang tidak dapat menahan perasaan geram dalam dirinya tanpa belas kasihan melayangkan penampar ke pipi kanan. Kuat dan menyakitkan.
Zehra terkedu.
Perit terasa menjalar ke seluruh wajahnya. Darah mengalir dari celahan bibir zehra. Megat nabhan mengurut-urut telapak tangannya. Dia berdecit.
"Aku dah warning tadi kan. Jangan kurang ajar. Kenapa kau degil sangat ha!" Jerkah megat nabhan.
Zehra diam. Air matanya mengalir bersama esakkan yang perlahan. Dia sakit dengan setiap tindakkan megat nabhan.
Megat nabhan meraup rambutnya kasar. Dia kemudian menarik nafas dan dihembusnya. Dia melutut dihadapan zehra. Sisi wajah zehra dipegang membuatkan zehra kembali menatapnya. Air mata zehra dikesat dengan hujung jari.
"Aku minta maaf.. aku tak sengaja." Ujar megat nabhan.
"Aku merayu pada kau megat. Lepaskan aku. Biarkan aku bahagia." Rayu zehra. Dia berharap sangat megat nabhan mendengar rayuannya saat ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZEHRA WIDURI ✔
Romansa✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...