NOTA : CHAPTER KALI NI BUKAN FLASHBACK.
TQ ♥Helmet di atas meja dicapai berserta dengan kunci motorsikal. Stoking di sarung ke kaki. Sesekali dikerling jam di pergelangan tangan. Dia sudah lewat.
"Nak ke mana pulak ni?" Tegur Puan kamariah.
"Keluar jumpa kawan." Balas khairul ringkas tanpa memandang ke arah puan kamariah.
"Cuti-cuti macam ni cuba la duduk rumah. Ni tak habis-habis keluar melepak."
Khairul mengeluh.
'Start dah membebel..' Getus hati kecil khairul. Wajah ibunya dipandang.
"Maa.. Khai pergi jumpa kawan je pun. Bukannya khai pergi buat benda tak senonoh."
"Mama tahu.. Tapi setidaknya cubalah duduk di rumah sehari. Temankan mama."
"Mama sunyi khai.. Kalau la arwah papa masih ada.." Wajah puan kamariah diselubungi sendu. Entah kenapa bila teringatkan arwah suaminya perasaan sebak kembali bertandang dalam diri.
"Maa.. khai minta maaf." Khairul capai kedua belah tangan puan kamariah dan dikucup lembut.
"Khai tahu apa mama rasa. Okey! Mama cakap je mama nak apa. Mama nak khai belikan hadiah ke? Insha Allah khai tunaikan."
"Betul ni khai boleh tunaikan?"
Khairul mengangguk. Senyuman tersungging di bibir puan kamariah.
"Mama nak menantu."
Khairul tersentak. Hah ! Sudah..
"Macam mana? Boleh ka tidak?"
"Err.. " khairul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh.. Alasan apa aku nak jawab ni..
"Khai dah lambat ni.. Khai pergi dulu. Assalamualaikum." Khairul terus mengucup kedua pipi puan kamariah dan terus berlari keluar dari rumah.
"Khai !! Ishh.. Budak ni. Nak mengelak la tu."
🌹
Motorsikal khairul berhenti tepat di depan rumah zehra. Aira yang ketika itu sedang menyiram pokok bunga terkejut dengan kehadiran khairul. Wajahnya terhias satu senyuman."Hai khairul.. Kenapa datang ni? Cari saya ke?" Ujar aira sambil tersengih. Hatinya berbunga riang.
"Hai.. Zehra ada ?"
Senyuman di wajah aira serta merta kendur. Matanya tunak memandang khairul sambil dia mengetap bibir.
"Ada haa dalam rumah tu. Nak apa cari dia?" Jawab aira acuh tak acuh. Dia kembali menyambung aktiviti menyiram pokok bunga kesayangannya.
"Saja.. Boleh ke saya nak jumpa zehra kejap?"
Aira mengangkat kedua belah bahunya. Khairul yang melihat tingkah aira menggaru kepala.
'Dah kenapa perempuan ni?'
Khairul menyeluk poket seluarnya dan telefon bimbit dikeluarkan. Lantas nombor zehra didail.
Tut..
Tut.."Angkat la.."
Dicuba sekali lagi menghubungi zehra. Namun tetap juga tidak berangkat. Aira mengerling dari ekor mata. Dia ketawa sinis. Khairul yang perasan aira mentertawakannya hanya buat tidak tahu. Dicuba lagi dan lagi menghubungi zehra.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Roman d'amour✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...