2 BULAN KEMUDIAN ..
Zehra bercekak pinggang berhampiran sebuah kereta mercedes Benz yang berhenti di bahu jalan. Dipandang tepat insan yang berada di dalam kereta tersebut. Kepalanya digeleng perlahan sambil pintu kereta itu dibukanya.
"Ampunkan patik tuanku permaisuri. " ujar khairul tersengih.
"Janganlah setiap hari.. Segan saya." Kata zehra memecah kesunyian. Khairul pandang sekilas zehra disisinya.
"Tak payah seganlah. Bukannya tak biasa."
"Sorry susahkan awak." Ujar zehra.
Khairul menggeleng.
"Tak susahkan pun. Saya lagi suka. Boleh tengok awak setiap hari." Balas khairul.
"Macam mana kerja tempat baru? Mesti best kan". Soal khairul. Keretanya belok memasuki satu jalan
"Mestilah best.. Sebabnya tak ada awak yang selalu kacau saya." Jawab zehra. Terjungkit kening khairul dengan jawapan zehra.
"Amboiii.. Seronok ya.."
Zehra ketawa kecil. Semenjak kejadian dia demam 2 bulan lepas hubungannya dengan khairul bertambah baik. Tambahan pulak lelaki itu banyak membantunya malah pekerjaannya yang baru ini pun khairul yang cadangkan kepada rakannya untuk mengambil zehra bekerja di situ.
Memandangkan tadika rakannya itu baru sahaja beroperasi jadi masih ramai kaki tangan pekerja ua diperlukan untuk mengajar dan juga mengasuh kanak-kanak.
"Kita makan dulu lepastu saya hantar awak balik." Kereta khairul berhenti di hadapan sebuah restoran. Zehra hanya mengangguk. Langkah khairul diikuti. Khairul memilih meja yang agak tersorok.
"Silakan duduk tuan puteri." Khairul menarik kerusi. Lagaknya seperti seorang yang sangat gentleman.
"Thank you.." Zehra pantas melabuhkan duduknya. Khairul yang kedudukannya di hadapan zehra dipandang sekilas. Selebihnya pandangan dilempar ke luar restoran.
"Nasi goreng kampung dua , milo ais dua." Khairul membuat pesanan kepada pekerja restoran itu. Macam tau sahaja kegemaran zehra nasi goreng kampung.
"Apa plan awak lepas ni?" Soal khairul. Zehra menjungkit keningnya.
"Plan? Plan apa?" Soal zehra kembali. Pelik ! Tiba-tiba saja tanya macam itu. Zehra menyisip straw ke bibirnya. Air diteguk beberapa kali.
"Kahwin ke?"
Zehra tersedak. Terbatuk-batuk dibuatnya ketika itu. Khairul hanya ketawa melihat reaksi zehra. Dadanya diurut-urut bagi melegakan rasa perit tersedak air.
"Calon pun tak ada"
"Depan mata ni bukan calon?"
Zehra mengerut kening menayangkan riak wajah pelik. Khairul menjongket keningnya beberapa kali.
"Kalau awak sudi bulan depan kita kahwin. Nak?" Tanpa sedar khairul sudah melamar zehra di restoran tersebut. Walaupun khairul berkata sambil ketawa namun ia memaksudkan perkara itu. Dan masih mengharap zehra menerima lamarannya.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...