"kita singgah kedai depan tu sekejap boleh? Anje lapar burger.."aira bersuara apabila kereta yang dipandu firash melalui simpang untuk ke rumahnya. Dia tidak lagi tinggal di rumah sewanya. Setiap hari firash yang akan menjemputnya pulang dari tempat kerja.
"Aikk? Lapar lagi? Biar betul anje ni. Kita baru lepas makan kepci. Anje sorang snack plate 1 set lepastu loaded potato lagi. Takkan tak kenyang lagi kut.."
"Alaa boleh laa... Malam ni jerr anje makan banyak. Lagipun anje ABC normal la kalau asyik lapar."
Firash berhentikan keretanya di bahu jalan. Dilayan juga kehendak aira itu. Jelas terpancar kegembiraan pada raut wajah bakal tunangnya itu. Firash membelek telefon ditangan. Whatsapp dari sepupunya dibalas. 10 minit kemudian aira muncul.
"Burger daging double special siap!!" Kata aira setelah dia berada di dalam kereta. Celotehnya mengundang ketawa firash.
Dibelek plastik burger sambil menelan liur. Serta merta perutnya berasa lapar. Aroma dari burger itu menusuk ke dalam rongga hidungnya. Senyuman yang tadi lebar kian mengendur. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia teringatkan zehra.
Zehra begitu gemar burger daging yang dibelinya ini. Apa khabar sahabatnya itu sekarang dia sendiri tidak tahu. Kali terakhir dia menghubungi zehra seminggu yang lepas. Selepas itu aira begitu sibuk dengan kerjanya. Kadangkala hanya mesej dari whatsapp sahaja yang dikirim.
Firash yang perasaan perubahan riak wajah aira menegur.
"Ni dah kenapa muka tu monyok jer? Kepci dah makan, burger double special pun dah dapat. Ke lapar pizza pula? Perut 'tong' sungguh anje bie ni." kata firash sambil ketawa. Dia melirik ke aira namun gadis itu hanya diam tidak membalas.
"Sayang.. kenapa ni? Okey-okey, bie minta maaf sebab gelakkan anje."
Aira menggeleng. Segera memintas percakapan firash.
"Anje risaukan zehra. Tiba-tiba jer rasa tak sedap hati. Macam ada something yang jadi." Ujar aira. Dia menyelongkar beg tangannya untuk mengambil telefon.
Aplikasi whatsapp dibuka.
Zehra
Last seen today :
4.45 P.MAira mengeluh.
"Anje tak try call zehra? Mana tau dia dah bersalin ke.
"Tak kot.. zehra sendiri cakap due bulan depan. Kejap anje call zehra.." Balas aira. Ditatap skrin telefon bimbitnya. Belum sempat nombor zehra didail telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Zehra sahabatku di skrin telefon.
"Haa tu zehra call. Jawablah." Kata firash. Dia meneruskan pemanduannya.
"Hellooo..."
"Aira... Datang ambil aku sekarang. Aku tak nak tinggal kat rumah ni lagi."
"Kau kenapa ni? Kau okey tak?" Soal aira cemas. Suara zehra kedengaran seperti kalut.
"Megat dah ceraikan aku. Please.. datang ambil aku. Nanti aku story."
Serentak dengan itu zehra menamatkan perbualan mereka. Aira mengalihkan pandangan pada firash.
"Kita ke rumah megat. Now!" Firash seakan mengerti apa yang terjadi terus menekan pedal minyak. Stereng dipusing bagi mengubah haluan untuk ke rumah megat nabhan.
🌹
Zehra memasukkan semua pakaiannya dan pakaian milik anaknya ke dalam beg. Kalut dia mengemas. Diambil pula bedak dan lipstik miliknya lalu disumbat ke dalam beg yang sama. Tudung disarung ke kepala.
Zehra bingkas berdiri dari tebing katil. Tangannya melekap pada perut yang sejak tadi berasa tidak selesa. Ari-arinya terasa memberat dan senak.
Setelah memastikan semua barang diambil zehra berjalan keluar dari bilik. Anak tangga dipijak satu persatu dengan langkah yang perlahan. Nafas ditarik dan dihembus lembut bagi mengurangkan rasa yang semakin mencengkam di daerah perutnya.
Di hujung anak tangga dia bertembung dengan megat nabhan. Lelaki itu lengkap berpakaian kemas. Di tengah ruang tamu kelihatan ain juga sudah bersiap. Disamping gadis itu tidak ketinggalan puan halijah yang berdiri memeluk tubuh.
"Nampaknya kau memang tak sabar nak keluar dari rumah ni. Kenapa? Jantan tu dah tunggu kau?" Kata megat nabhan.
Zehra hanya menjeling.
Tiada masa untuk melayan bekas suaminya itu. Perutnya diampu dengan tapak tangan. Rasa senak kian menjalar. Seluarnya terasa sedikit basah.
Kasut disarung ke kaki. Zehra berura-ura untuk keluar dari rumah tersebut. Namun belum sempat kakinya melangkah tangannya dicapai megat nabhan.
"Kau tak menyesal?" Soal megat nabhan lembut.
Zehra merentap tangannya kembali.
"Jaga perilaku awak. Kita bukan lagi suami isteri. Dan saya tak pernah menyesal bercerai dengan awak." Jawab zehra.
Rahang megat nabhan bergerak-gerak. Entah kenapa dia berasa geram dengan zehra. Ditambah dengan kehadiran sebuah kereta yang ulang-alik di hadapan rumahnya sedari tadi.
"Hei!! Kau ingat aku kebulur sangat nak pegang tangan kau? Aku jijik! Aku yakin lepas ni kau akan cari aku balik. Kau takkan boleh hidup tanpa aku". Kata Megat nabhan sambil dia berpura-pura mengelap tangannya diseluar yang dipakai. Dijulang egonya tinggi ke langit.
"Jangan terlalu angkuh bila berkata megat nabhan. Saya risau andai kata-kata tu berbalik pada tuannya."
Digalas beg yang sedikit berat dengan pakaiannya. Diperhati luar kawasan rumah. Masih belum kelihatan tanda-tanda aira akan tiba.
"Tunggu apa lagi? Keluarlah! Dasar perempuan kotor." Puan halijah pula mencelah. Ditolak bahu zehra kuat. Zehra terundur ke belakang. Pintu rumah ditutup kuat.
Zehra berjalan perlahan. Sakit di ari-arinya semakin kuat. Secara tiba-tiba terasa seperti ada air yang mengalir deras dari kemaluannya.
Zehra terkejut.
Langkah diatur semakin laju. Sedaya upaya ditahan sakit itu. Beg dipeluk erat. Tangannya menekan perut. Air mata menitis dari tubir mata.
'Ya Allah.. kuatkan semangatku..' doa dititip dalam hati.
Zehra melintas jalan untuk ke seberang namun kakinya tidak berdaya menahan tubuhnya untuk jatuh terjelopok di tengah jalan. Satu cahaya terang menyuluh tepat ke wajah zehra.
PINNNNNN !!!!!
STREEETTT !!!!!
'Ya allah.. selamatkan anak aku..'
Two chapter for today ..
Enjoy your reading guys 🌹
Tq
❤️❤️
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...