Hari yang indah, pagi yang tenang. Nafas dihirup sedalam mungkin dan dihembus dengan perlahan. Jarum jam berdetik tanpa henti setiap hari. Bagaikan menjadi muzik pada halwa telinga.
8 pagi !
Zehra memicit sunscreen 3W Clinic ke tapak tangan. Dicalit sedikit di dahi, pipi, hidung dan juga dagu. Diusap bagi meratakan suncreen itu ke seluruh wajah. Tidak perlu bedak untuk dipakai. Cukuplah sekadar suncreen sahaja. Suncreen penting ya uollss! Untuk melindungi kulit wajah kita dari sinar UV dan UVB.
Kemudian dicapai pula Doll liptint by Sendayu Tinggi dan dioles ke bibirnya. Tujuan untuk melembapkan bibir sekaligus menaikkan seri wajah. Tak adalah muka kita pucat macam author. Opsss !! Sorry author termengumpat pula 😂 ..
( I marah ni.. sedap mulut jer cakap muka i pucat. Kang delete balik semua tu baru tahu 🤭 )
Selesai bersolek ala kadar zehra mencapai tudung sarung Souk code Cinnamon cake. Ditilik dirinya atas dan bawah. Dari tudung turun ke baju sehinggalah ke seluar palazo. Semuanya cantik terletak.
Seketika zehra berfikir. Kenapa dia beria memakai tudung segala bagai sedangkan dia cuma berada di rumah. Bukannya dia hendak ke butik memandangkan dia masih lagi dalam 'mood' bercuti.
"Perlu ke aku pakai tudung dalam rumah ni? Lagi pun yang ada cuma mama, bibik dan.."
Zehra berhenti berbicara sendiri. Satu nama itu tidak disebutnya.
'ke aku malu nak berhadapan dengan dia dalam keadaan aku tak berhijab?' getus hati kecil zehra.
Zehra berdecit. Dia mengetuk perlahan kepalanya sambil mengomel sendirian.
"Kenapa dengan kau ni zehra.. apa yang nak dimalukan sangat. Dia suami kau. Sepatutnya dari malam pertama lagi kau dah buka tudung depan dia. Itulah! Malu tak bertempat."
Dia ketawa sendirian apabila teringat kembali reaksi khairul pada malam itu. Bersungguh-sungguh lelaki itu pujuk suruh dia buka tudung sewaktu tidur tapi dia tetap dengan perangai degilnya. Akhirnya khairul hanya membiarkan dia tidur dalam keadaan bertudung.
"Bodohnya kau zehra.." ngumamnya sendirian. Termalu sendiri dengan sikapnya itu. Dengan pantas tudung yang tersarung di kepala dicabut dan disangkut kembali ke dalam almari.
Zehra menilik dirinya. Rambut disanggul menampakkan batang lehernya yang jinjang. Setelah berpuas hati dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Sempat lagi dijenguk aydan yang masih tidur.
Bahagian dapur dituju. Kelihatan pembantu rumah yang dipanggil bik timah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi.
"Masak apa bik? Mari saya tolong." Tegur zehra. Dengan cepat zehra mencapai teko kosong.
"Puan zehra ke depan saja. Bik siapkan makan." Kata bik timah. Disambar teko kosong itu di tangan zehra.
"Mama mana bik?" Soal zehra.
"Puan kamariah ada di luar ambil angin pagi katanya". Jawab bik timah.
Zehra terkulat-kulat berdiri tepi kabinet dapur memerhati bik timah membuat kerja. Perasaan tidak senang mula menjalar dalam diri.
Melihatkan tingkah bik timah yang tidak henti membuat kerja zehra segera mencari jalan untuk buatkan bik timah tidak berada di dapur. Muncul satu idea dalam kepalanya.
"Bik tolong tengokkan aydan kat atas. Saya dengar macam dia menangis." Ujar zehra.
"Tapi bibik tak dengar apa-apa pun." Jawab bik timah. Dipandang zehra dengan pandangan curiga. Zehra menggaru lehernya yang tidak gatal.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...