ZW 15

11.7K 225 7
                                        

Megat nabhan menghentikan keretanya di bahu jalan. Tidak jauh dari situ kelihatan zehra sedang menyusun barang untuk dia berniaga. Megat nabhan melirik jam di pergelangan. Masih awal lagi untuk dia berjumpa dengan Encik Borhan.

Megat nabhan segera menuruni kereta dan berjalan ke arah zehra. Lagaknya yang macho sesekali menarik perhatian sesiapa yang berada di situ.

"Hai.." Tegur megat nabhan. Dia mengorek senyuman. Zehra hanya memandang sekilas sebelum kembali menyambung kerjanya. Dia langsung tidak bersuara.

"Bagi saya nasi lemak."

Zehra mengangguk. Segera dia menyiapkan pesanan megat nabhan.

"Saya tak ada duit kecil.." Ujar zehra.

"Saya halalkan.." Balas megat nabhan.

Zehra menggeleng tidak mahu terima. Dua hari berturut-turut lelaki itu memberi wang yang sangat banyak kepadanya. Dia hairan. Ikhlaskah lelaki ini atau ada agenda yang lain. Zehra berburuk sangka.

"Nama siapa?" Megat berbasa basi. Dia mahu mengorek serba sedikit tentang diri gadis itu.

'Agak dah.. Lelaki macam ni la kan. Gatal !' Getus hati zehra meluat. Zehra diam. Jelingan tajam dihadiahkan buat megat nabhan.

'Sombong ! Tapi aku suka..'

"Umur?"

Tanya megat nabhan lagi dan sekali lagi hanya jelingan yang dia dapat. Megat nabhan menilik zehra dari atas ke bawah. Melihat akan ketinggian dan bentuk badan zehra dia tahu gadis ini masih muda.

"Amboii .. Sombongnya.. "

"Kalau encik tak ada apa-apa lagi yang nak dibeli, encik boleh pergi. Saya tak ada masa nak layan soalan encik." Bidas zehra.

Sungguh sejak kali pertama lelaki ini datang ke gerainya zehra dapat rasakan ada yang tidak kena pada diri lelaki tersebut. Dari segi senyuman dan renungan tersirat seribu makna yang tak terungkai.

"Zehra !! " terdengar satu suara memanggilnya.

"Bungkuskan nasi lemak lima ya.. Kejap lagi kak tim datang ambil ". Jerit kak tim di seberang jalan. Dia yang mahu menghantar anaknya ke tadika menitip pesanan.

"Zehra.. Cantik nama secantik orangnya." Ujar megat nabhan.

Zehra sekali lagi menjeling. Dia menghempas bekas yang disusun tanda protes. Megan nabhan menyisip cermin mata gelapnya. Dia berjalan meninggalkan zehra.

Dalam otaknya direncana segala benda yang akan dibuat untuk menarik perhatian zehra. Sungguh dia mula menyukai gadis itu atau lebih tepat lagi cintanya sudah berputik untuk zehra

🌹

Pin !!

Pin !!

Pin !!

Bunyi hon kereta menganggu pendengaran zehra. Dia yang sedang berjalan untuk pulang ke rumah segera menoleh. Jelas kerutan di keningnya apabila melihat gerangan yang sedang mengekorinya itu.

Megat nabhan menurunkan cermin keretanya.

"Jom abang hantar awak balik." Ujar megat nabhan.
Zehra membuat mimik muka geli.

'Ish apahal mamat ni. Berabang bagai'. Getus zehra dalam hati. Langkah kaki tetap diatur tanpa mempedulikan megat nabhan.

"Jangan takut. Abang tak makan orang la." Megat nabhan cuba memujuk.

"Boleh tak jangan kacau saya. Rimas !" Balas zehra marah.

"Garangnya.."

"Saya tak kenal encik. Jadi encik tak payah berlagak baik dengan saya." Kata zehra. 

"Abang ikhlas ni.. Mari abang hantarkan balik. Tak elok anak dara jalan sorang-sorang."

"Tak payah ! Terima kasih." Jalannya dilajukan. Seboleh mungkin dia mahu cepat sampai ke rumah. Sempat zehra mengomel seorang diri.

"Ikhlas konon... Entah-entah perogol."

Namun tanpa zehra sedar omelannya didengari megat nabhan. Megat nabhan menggenggam stereng. Rahangnya bergerak-gerak. Matanya tajam memerhati zehra yang kian menjauh.

"Perogol kau gelar aku zehra.." Otaknya ligat merencanakan sesuatu.

🌹

Zehra cepat-cepat menutup pintu rumahnya. Kemudian dia menyelak langsir tingkap. Nafasnya termengah-mengah.

"Kak long.." Tegur asma. Hairan dia melihat tingkah zehra yang terjenguk-jenguk ke luar rumah.

Zehra yang tidak menyedari kehadiran asma di belakangnya terkejut.

"Umi.. Terkejut kak long." Ujar zehra. Dadanya diurut.

"Kenapa ni?" Tangannya di bawa ke dada zehra. Degupan jantung zehra yang laju sedikit sebanyak membuatkan perasaan asma tidak senang.

"Err.. Tak ada apa-apa." Selindung zehra.

"Jangan tipu umi. Cuba cakap kenapa?"

"Err.. Kak long masuk bilik dulu." Ujar zehra dan terus berlari menuju ke bilik tidurnya. Asma yang hairan segera menyelak langsir tingkap.

Tiada apa yang pelik kecuali hanya ada sebuah kereta yang tidak pernah dilihatnya berada di bawah pokok tidak jauh dari rumah mereka.









Chapter kali ni agak pendek..
Hope dpt puaskan hati korang ..

Author cuba untuk perbaiki mana kurang ..
Please vote and komen ..

Enjoy your reading 🌹

❤❤





ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang