Pandangan dilempar jauh. Memerhati setiap pohon di tepi jalan. Sesekali matanya tunak memandang awan yang kian menggelap. Jari jemari bertaut rapat bagaikan mengubati hati yang resah. Debaran di dada yang sekejap laju sekejap tiada bagaikan irama yang hanya dia seorang yang tahu.
Wajah tanpa senyuman berkerut seribu. Cuba menahan rasa sebak yang kian bertandang. Tidak dihirau insan di sisinya yang begitu ralit memandu. Dia ingin melayan perasaanya sendiri. Kejadian itu terimbau kembali menerjah fikiran.
"Zehra !! "Mata aira tunak memandang dua manusia yang sedang terbaring di atas sofa itu. Manakala puan haliza mengurut dada terkejut dengan pemandangan yang disaksikannya.
Megat nabhan terkocoh-kocoh bangun dari menindih zehra. Seluarnya diperbetulkan. Zehra menolak tubuh megat nabhan sekuat hati. Dia bingkas berdiri. Tangisan begitu kuat menyelubungi dirinya. Bajunya yang terkoyak dan rambutnya yang kusut masai bagaikan memberi jawapan kepada aira dan puan haliza.
"Airaa..." Zehra berlari mendapatkan aira dan tubuh sahabatnya itu dipeluk erat.
"Tolong aku.. Hikss ! Di..dia cuba.." Teresak-esak zehra cuba untuk menerangkan perkara yang sebenar. Sungguh dia takut saat itu. Ditambah dengan perasaan malu yang kian menebal dalam diri apabila ditangkap dalam keadaan mengaibkan seperti itu.
"Shhh... Tenang zehra, aku ada.. "Pujuk aira. Rambut zehra diusapnya lembut. Puan haliza yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati mula bersuara.
"Apa megat dah buat pada anak auntie? Jawab !!" Jerkah puan haliza kuat. Amarahnya kian memuncak apabila megat nabhan hanya diam tidak bersuara. Lelaki itu sedaya upaya melarikan anak matanya daripada bertentang dengan anak mata puan haliza.
Puan haliza berjalan merapati megat nabhan. Bahu megat nabhan ditolak kuat.
"Auntie tanya jawablah ! Kenapa diam? Auntie tak sangka begini perangai megat. Selama ni auntie ingatkan megat lelaki yang baik. Rupanya tak ubah seperti syaitan bertopengkan manusia!" Cemuh puan haliza. Sungguh hatinya luluh saat itu. Perasaan seorang ibu terguris apabila anak perempuannya diperlakukan sebegitu.
"Dari awal lagi aku dah agak kau bukan lelaki yang baik megat! Kau memang sesuatu. Sebab tu aku tak setuju untuk terima pinangan mama kau. Kalau kau marahkan aku kenapa mesti zehra yang jadi mangsa?" Kata aira. Zehra yang masih menangis ditenangkan aira.
"Tak guna kita bercakap dengan manusia macam ni. Adik call polis sekarang. Biar polis tangkap perogol ni"! Biar dia tahu apa itu erti 'hormat'!" Arah puan haliza. Megat nabhan yang terkejut dengan arahan itu segera bersuara.
"Perogol?" Seketika megat nabhan ketawa.
"Layak ke saya digelar perogol kalau zehra sendiri yang rela."
Zehra membuntangkan mata. Liurnya ditelan pahit. Aira dan puan haliza melempar pandangan ke arahnya. Mereka juga terkejut dengan kenyataan megat nabhan.
"Auntie tanya anak angkat kesayangan auntie tu berapa kali saya dah sentuh dia. Tanyalah ! Sayang.. Terus terang saja biar semua tahu perangai sayang yang sebenar." Ujar megat nabhan lagi. Dia tersenyum sinis.
"Apa maksud dia zehra? Kau cakap dengan aku, betul ke dia dah sentuh kau?" Soal aira keras. Zehra hanya diam. Bibirnya bergetar mahu menutur kata. Aira mencengkam kedua belah bahu zehra.
"Cakap zehra ! Kenapa kau diam? Cakap !!" Marah aira. Dia mengoncang bahu zehra kuat. Air mata kian menitis ke pipi.
"Ya !! Dia dah sentuh aku.. Tapi semua tu bukan atas kerelaan aku aira.. Aku dipaksa! Jantan tu rogol aku. Dia rogol aku!!" Jerit zehra bersama tangisan. Kakinya yang lemah membuatkan tubuh zehra melurut jatuh ke lantai. Ibarat membuka pekung di dada. Dia malu ! Semuanya angkara megat nabhan. Lelaki ego !
"Tolong aira.. Bawak aku jauh dari jantan tu. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Aku tak nak ada kena mengena dengan dia. Tolong aku.." Rayu zehra. Kedua belah tangan aira digenggam kuat. Aira mengangguk. Dia faham perasaan zehra ketika ini. Dia juga seorang perempuan.
"Aku bawak kau jauh dari dia. Aku janji." Balas aira. Dia menarik tubuh zehra dalam dakapan. Melepas tangis kekesalan kerana tidak dapat melindungi sahabatnya. Aira menarik tubuh zehra untuk bangun. Mereka menapak ke muka pintu rumah namun langkah mereka terhenti.
"Tunggu dulu adik." Puan haliza menahan. Aira yang lupa akan kehadiran ibunya di situ segera menoleh.
"Adik tak boleh bawa zehra pergi. Ibu tak izinkan." Ujar puan haliza. Kerutan di dahi aira jelas kelihatan. Begitu juga dengan zehra.
"Kenapa ibu? Salah ke adik nak pertahankan sahabat adik? Salah ke adik nak lindungi sahabat adik? Salah ke ibu?" Bertubi-tubi soalan dari aira. Dia hairan. Kenapa ibunya perlu menghalang. Sedangkan ibunya sendiri tahu punca sebenar zehra jadi begitu.
"Tak salah adik nak lindungi zehra. Tapi perkara ni takkan selesai dengan cara melarikan diri. Ibu nak megat bertanggungjawab atas yang dia buat pada zehra. Itu keputusan ibu." Usai berkata puan haliza terus memandang megat nabhan. Zehra dan aira terkejut dengan keputusan itu.
Keputusan yang pastinya akan buat salah seorang dari mereka derita. Zehra menggeleng kepala. Dia berlari mendapatkan puan haliza. Tangan wanita itu dipegang.
"Tolong jangan buat zehra macam ni ibu.. Zehra tak nak kahwin dengan dia. Zehra merayu pada ibu. Tolong tarik balik keputusan ibu tu." Namun puan haliza hanya diam. Wanita itu tetap berkeras dengan keputusannya. Semua yang dia buat demi kebaikan zehra. Walaupun orang akan anggap dia pentingkan diri tapi dia tidak kisah. Asalkan maruah zehra tidak diinjak lagi.
Megat nabhan yang sememangnya menunggu saat itu tanpa membuang masa terus bersetuju.
"Saya setuju. Saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya dah buat pada zehra. Lagipun saya yakin takkan ada lelaki lain yang mahukan zehra setelah apa yang terjadi." Sempat lagi megat nabhan mencemuh zehra. Zehra yang sudah tidak dapat menahan perasaan dengan sekuat hati menampar wajah megat nabhan.
"Kau memang jantan tak guna! Kau pergunakan aku untuk kepentingan diri kau. Aku tahu saat ini semua orang takkan dengar cakap aku. Semuanya akan berpihak pada kau. Kau suka sebenarnya kan? Kau dah menang! Kau juara dalam 'permainan' ni. Tapi kau perlu ingat, kau hanya dapat jasad aku bukan hati aku."
"Woiii !! " Zehra tersentak. Air mata yang terbit dari tubir mata diseka.Suara megat nabhan begitu kuat menusuk dalam gegendang telinganya. Dia terus memandang wajah yang baru 3 jam sah bergelar suaminya.
"Menyesal? Kan aku dah cakap kau akan jadi milik aku". Kata megat nabhan sambil senyum sumbing. Zehra yang malas mahu melayan megat nabhan kembali melempar pandangan ke luar tingkap. Suara celoteh dj radio memenuhi ruang kereta itu. Mengganti kesunyian yang mereka sendiri cipta. Tidak lama kemudian lagu permintaan dari pendengar radio diputarkan.
🎶Dengarkanlah duhai kasih ..
Cinta di hati hanya untukmu ..
Tak bisa pindah ke lain hati ..
Walau jodoh dari orang tua ..🎶 Percayalah duhai kasih ..
Ku menentang perjodohan ini ..
Hanya dirimu yang ku cintai ..
Jangan pergi meninggalkan aku ..'Kenapa lagu ini seolah-olah kena dengan diri aku? Mati-matian aku menentang perjodohan ini. Mati-matian aku tegakkan kebenaran bahawa dalam hati aku tak akan ada cinta buat megat nabhan. Bezanya cuma orang lain masih ada kekasih yang menyayangi tapi aku.. Aku hanyalah boneka 'hidup' buat megat nabhan..'
Yuhuuu .. Akhirnya dapat juga publish chapter ni..
Hope tak mengecewakan korang ..*NOTE : nak feel lagi boleh dengar lagu di atas ☝
ENJOY YOUR READING GUYS .. 🌹
Please vote and comment 🥰
Tq
❤❤❤❤❤
* kasi love banyak sikit *
![](https://img.wattpad.com/cover/283988169-288-k813048.jpg)
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...