1 MINGGU KEMUDIAN ..
Zehra menuruni anak tangga satu persatu menuju ke dapur. Suasana rumah itu agak sunyi memandangkan tiada siapa yang belum bangun walaupun hari sudah pun pagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi zehra untuk bangun awal. Peti ais dibuka. Bekas berisi ikan bilis diambil.
Cadangnya dia ingin masak nasi goreng kampung. Bahan semuanya sudah tersedia. Megat nabhan yang sudah bersiap untuk ke pejabat terbau sesuatu dari arah dapur. Bau yang selalu menusuk dalam hidungnya sejak seminggu yang lalu.
Bau masakan zehra. Tiba-tiba sahaja perutnya berkeroncong lapar. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Diperhati satu persatu makanan yang sudah terhidang atas meja. Ada nasi goreng kampung, secawan teh o panas, roti bakar bersama peanut butter dan juga jus oren kesukaan puan halijah.
"Siapa yang masak ni?" Teguran dari puan halijah menghentikan lamunan megat nabhan. Puan halijah menarik kerusi di hadapan megat nabhan dan terus duduk.
"Zehra.." Balas megat nabhan sepatah. Pinggan diambil dan nasi disenduk. Megat nabhan menyuap suapan pertama ke mulutnya. Sedap! Tidak dinafikan masakan zehra memang menepati citarasanya. Puan halijah menjuih bibirnya. Teh o panas dituang ke dalam cawan. Lalu roti bakar bersama peanut butter diambil untuk dimakan.
"Selamat pagi mama.. Kenapa tak makan nasi goreng tu?" Zehra yang baru muncul dari dapur terkejut dengan kehadiran megat nabhan dan puan halijah di meja makan. Dia perhati puan halijah yang cantik bergaya.
"Tak ada selera." Balas puan halijah. Dia menjeling kepada zehra.
"Mama sakit ke?" Soalan zehra dibiarkan sepi.Ibu mertuanya itu langsung tidak memandang ke arahnya. Megat nabhan pula membuat dirinya seakan tidak wujud di situ. Zehra mengeluh perlahan.
"Mama dah lewat.. Mama pergi dulu." Ujar puan halijah kepada megat nabhan. Zehra segera menghulur tangannya untuk bersalaman dengan puan halijah. Namun huluran tangannya langsung tidak bersambut.
Megat nabhan yang selesai bersarapan terus menyambar beg kerjanya. Dia memandang wajah zehra. Lama sehingga wanita itu berasa segan. Perlahan megat nabhan mendekati zehra.
"Kau isteri aku.. Apa pun aku suruh kau kena patuh." Bisik megat nabhan dan terus berlalu pergi.
🌹
Seperti biasa waktu kerja zehra akan tamat tepat jam 6 petang. Waktu itu semua kanak-kanak sudah pun dijemput ibu bapa masing-masing. Hanya tinggal para guru sahaja yang bersiap untuk pulang ke rumah.
"Zehra.. Pagi esok awak datang awal sikit ya. Sebab ada parents nak daftarkan anak mereka. Deeja cuti esok sebab dia balik kampung melawat maknya." Ujar Kak ayu yang merupakan owner tadika tersebut. Zehra mengangguk faham. Kunci tadika itu diserahkan kepada zehra.
Telefon zehra berdering. Tertera nama aira. Cepat-cepat zehra menjawab panggilan itu.
"Jom keluar". Suara aira menerjah pendengaran zehra.
"Assalamualaikum.." Balas zehra. Dia tersenyum apabila aira ketawa di hujung talian.
"Walaikumussalam.. Amboii .. Perli aku la tu."
"Yelah.. Salam tak panggil tup-tup ajak kita keluar." Bidas zehra. Dia berjalan perlahan menuju ke stesen bas berdekatan.
"Sorry.. Jom keluar. Teman aku shopping ke makan ke.." Kata aira. Zehra menilik jam di pergelangan tangannya.
"Dah lewat petang la.. Mana sempat kau nak datang ambil aku."
"Siapa kata tak sempat. Aku ada belakang kau ni." Kata aira. Zehra yang mendengar terus menoleh. Kelihatan kereta aira berada betul-betul di belakangnya. Aira melambai tangan ke arah zehra dari dalam kereta. Macam mana lah dia boleh tak perasan aira.
"On ke tak?" Tanya aira lagi. Mereka masih lagi berkomunikasi melalui telefon.
"Mestilah on.. Janji kau belanja." Balas zehra sambil ketawa. Aira mengangkat ibu jarinya kepada zehra tanda setuju.
🌹
"Macam mana kau sekarang? Okey?"
Zehra menyedut air milo ais yang dipesannya. Orang agak ramai di medan selera itu. Walaupun hari sudah menginjak ke malam namun masih ramai yang keluar masuk membeli barang keperluan.
"Aku macam ni lah.. Tak ada perubahan." Balas zehra. Dia ralit memerhati sepasang suami isteri yang sibuk melayan karenah anak kecil mereka. Zehra tersenyum sendirian apabila anak kecil itu menyua aiskrim kepada ayahnya. Tingkah anak kecil itu mencuit hati zehra.
"Wehh !" Aira menampar tangan zehra apabila wanita itu langsung tidak memberi reaksi pada soalannya.
"Aku tanya kau ni. Aduh ! Sempat lagi mengelamun." Marah aira. Zehra tersengih.
"Kau tanya apa tadi?"
"Tengok! Itulah mengelamun lagi. Aku tanya hubungan kau dengan megat macam mana?"
Reaksi wajah zehra berubah.
"Macam itulah." Balas zehra sepatah. Entah kenapa moodnya tiba-tiba hilang bila dengar nama itu.
"Itu jer jawapan kau?"
"Yes! Kenapa? Tak percaya?" Sempat lagi diajuk cara percakapan salah seorang pelakon Senario itu.
"Aku bukannya tak percaya cuma.. Yalah! Kau kahwin dengan dia pun sebab terpaksa. Dan aku yakin kau tak bahagia."
"Kau cintakan megat?" Soal aira lagi. Zehra terdiam. Lama dia berkeadaan begitu sebelum soalan aira dijawab.
"Kau sendiri tahu perasaan aku kan. Aku tak boleh terima dia. Aku dah janji dengan diri aku untuk takkan cintakan dia. Dengan apa yang dia buat pada aku selama ni. Susah untuk aku lupakan."
Aira menggapai tangan zehra dan digenggam erat.
"Aku minta maaf bagi pihak ibu. Kalau ibu tak paksa kau untuk kahwin dengan megat hidup kau takkan macam ni. Jangan seksa diri kau dengan perkahwinan ni. Kalau kau tak bahagia kau boleh tuntut fasakh. Aku tolong kau.."
Zehra menggeleng.
"Aku tak pernah salahkan ibu atas apa yang jadi. Aku tahu niat ibu baik. Semua ni ketentuan-Nya. Aku terima dengan hati yang terbuka. Kalau Dia berkehendak siapa kita nak menindakkanya." Balas zehra.
Telefon zehra berdering. Zehra memandang wajah aira.Aira mengangkat kening ingin tahu. Liur ditelan sebelum panggilan itu diangkat. Telefon ditekap ke telinga.
"Kau balik sekarangg !!" Jerkah megat nabhan di hujung talian. Zehra berdebar. Apa pula akan jadi lepas ini. Segalanya diserahkan kepada yang maha Esa.
ENJOY YOUR READING GUYS 🌹
Please vote and comment ..
Tq
❤❤
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...