Khairul termenung. Tubuhnya disandarkan pada birai katil. Keluhan tidak henti keluar dari bibirnya yang kering.
Suasana bilik yang malap membuatkan khairul semakin dihimpit rasa sedih dan kesal. Buat kesekian kali air mata lelakinya mengalir.
"Sayang.. abang rindukan sayang.." rintih khairul sendirian. Sudah lebih 3 hari zehra hilang. Selama 3 hari juga khairul banyak menyendiri. Masanya banyak dihabiskan di dalam bilik itu.
Aydan pun sudah jarang bersamanya. Anak kecil itu bagaikan mengerti apa yang terjadi. Tiada rengekkan atau pun tangisan. Bukanlah khairul mahu melepaskan tanggungjawabnya menjaga aydan tetapi fikirannya sekarang lebih tertumpu kepada misteri kehilangan zehra.
Langsung tiada khabar berita walaupun dari pihak polis sendiri. Diam, sepi dan tertanya-tanya. Khairul memejamkan mata. Telingannya bagaikan dapat mendengar suara zehra di setiap sudut bilik itu.
"Abang.. one day kalau sayang tinggalkan abang. Abang jagakan aydan ya.."
Khairul menggeleng.
"Sayang tak boleh tinggalkan abang. Abang takkan benarkan itu terjadi".
Ditekup kedua belah telinganya. Khairul menangis sendiri. Begitu perit terasa apabila insan yang kita sayang hilang dalam sekelip mata.
"Khai..."
Pintu biliknya diketuk dari luar. Kedengaran suara puan kamariah sedang memanggil namanya.
Khairul pantas mengesat air matanya. Dia bingkas berdiri. Wajahnya berpura-pura tersenyum sebelum tombol pintu dipulas.
"Jom makan. Dari siang tadi khai tak makan". Kata puan kamariah. Hati tuanya tersentuh dengan keadaan anak lelakinya sekarang.
"Mama makan la dulu. Khai kenyang". Balas khairul. Perutnya langsung tidak berasa lapar. Walhal dari pagi tadi dia langsung tidak menjamah walaupun hanya sebutir nasi.
"Janganlah macam ni. Khai tak kesiankan mama ke? Tak kesiankan aydan?"
Khairul diam.
Puan kamariah mencapai pergelangan tangan khairul.
"Mari! Jamah nasi sikit." Dipimpin khairul menuju ke anak tangga. Mahu atau tidak khairul terpaksa menuruti langkah mamanya.
🌹
Zehra terjaga dari tidurnya. Matanya dipejam celik beberapa kali. Silau dengan keadaan sekeliling yang terang benderang.
Keadaan dirinya masih sama seperti 3 hari yang lepas. Tangannya masih diikat di kerusi. Begitu juga kakinya. Yang berbeza adalah mulutnya tidak lagi ditampal dengan selotep besar.
Tudung yang masih tersarung di kepalanya membuatkan zehra menarik nafas lega. Dipandang lelaki yang setia mengawasinya selama dia berada di situ. Lelaki itu tidak sedar bahawa zehra sedang merenungnya. Dia begitu ralit dengan telefon ditangan.
"Sampai bila kau nak kurung aku?" Soal zehra menghapuskan kesunyian antara mereka. Lelaki itu memanggungkan kepalanya memandang zehra. Dia tersenyum.
"Eh! Princess dah bangun."
"Princess lapar? Ni aku ada belikan nasi dan air untuk kau". Kata lelaki itu lagi. Dia kemudian berjalan menuju ke satu meja. Dicapai dua plastik berwarna merah yang terisi makanan dan juga minuman.
![](https://img.wattpad.com/cover/283988169-288-k813048.jpg)
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...