ZW 53

8.6K 216 22
                                        

"Betul tak nak abang hantarkan?"

Zehra menggeleng. Selendang yang terletak elok di kepalanya dibetulkan. Hari ini dia mengenakan sepasang baju kurung milik arwah uminya.

Baju kurung pahang bunga besar berwarna putih dan berlatarkan warna merah hati begitu sesuai dengan kulit zehra yang putih kemerah-merahan itu.

"Saya balik lewat sikit petang ni. Banyak stok baju yang baru masuk. Lagipun dah banyak hari saya cuti. Kesian fina sorang-sorang handle butik tu." Lembut sahaja zehra berkata.

Aydan yang berada dalam babycoat merengek. Zehra segera mendukung aydan. Ditepuk-tepuk punggung anaknya untuk meredakan rengekkan aydan.

Beg tangannya dicapai dan dia melangkah keluar dari bilik tidur diikuti khairul di belakang. Kelihatan puan kamariah sedang membaca majalah di ruang tamu.

"Bik timah.." panggil khairul.

Terkocoh-kocoh bik timah berlari dari arah dapur. Kain buruk yang dipegangnya pantas diselitkan pada apron. Aydan yang berada dalam dukungan zehra segera diambil.

"Nak pergi kerja dah zehra? Mama ingatkan zehra cuti lagi". Tegur puan kamariah. Majalah di tangannya ditutup. Diberikan sepenuh perhatian kepada anak dan menantunya.

"Ha'ah ma.. 3 hari dah zehra cuti. Kesian pula kat fina." Balas zehra. Tidak sampai hati untuk cuti lama memandangkan fina hanya seorang diri menguruskan hal butik pakaiannya. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan pekerjanya bekerja seorang diri.

"Zehra pergi sendiri atau khai yang hantar?"

"Zehra pergi sendiri ma.. mungkin petang ni zehra balik lambat sikit."

Puan kamariah hanya mengangguk faham. Tidak menyoal lebih cukuplah hanya itu yang dia tahu. Dia yakin zehra tidak menipunya.

"Zehra pergi dulu". Tangan tua milik puan kamariah disalam. Kemudian khairul yang sedang bermain dengan aydan dirapatinya.

Zehra berdehem menutup rasa gugup. Entah kenapa setiap kali dia berdekatan dengan khairul dadanya mesti berdebar.

"Ab-abang.." tangan dihulur untuk menyalami khairul. Khairul tersenyum. Dapat juga dia mendengar zehra memanggilnya dengan panggilan itu. Selama ini hanya perkataan 'awak' sahaja meniti di bibir isterinya itu.

Zehra menyalami tangan suaminya. Sengaja dia memanggil khairul 'abang' kerana ingin melihat reaksi khairul. Khairul tanpa segan silu melabuhkan ciuman pada dahi zehra. Sempat dibisik sesuatu ke telinga zehra.

"I love you forever".

Zehra menyembunyikan senyumannya. Wajah merah menahan malu. Satu cubitan manja singgah di perut khairul membuatkan suaminya itu menghamburkan ketawa.

"Amboi anak menantu mama ni.. romantik sungguh". Puan kamariah yang sedari tadi hanya memerhati bersuara.

"Muka merah-merah ni kenapa sayang? Nak cendol?" Seronok pula khairul mengusik isterinya. Zehra yang geram dengan tingkah khairul menjeling tajam.

Terhambur ketawa khairul dan puan kamariah dengan reaksi zehra itu.

"Jangan dilayan sangat karenah khai ni zehra.. Silap hari bulan tak pergi kerja la kamu." Ujar puan kamariah. Dia membontoti langkah khairul dan zehra sehingga ke muka pintu.

"Hati-hati bawak kereta tu". Sempat dititip pesanan kepada khairul dan zehra. Suami isteri itu meninggalkan perkarangan rumah puan kamariah dengan kereta yang berasingan.











🌹












Zehra tiba di butiknya tepat jam 9 pagi. Kelihatan fina sedang menyusun barang di dalam butiknya. Pintu butik ditolak berserta dengan ucapan selamat pagi kepada fina.

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang