ZW 12

12.1K 205 2
                                    

"Zehra.." Laung satu suara. Zehra segera menoleh. Kelihatan khairul sedang berlari anak mendekatinya.

"Hai.." Sapa khairul. Tangannya diangkat separas bahu. Zehra menjeling. Entah apa yang merasuk lelaki itu tiba-tiba sahaja menegurnya begitu. Selalunya khairul pandai menyergah sahaja.

Khairul yang melihat akan reaksi zehra itu mengetap bibir. Rasa amarah menyerang diri tapi cepat-cepat dia meredekannya. Senyuman manis diukir.

"Sorang je? Mana kak sal?"

"Kak sal cuti la.." Jawab zehra.

Mereka ketika itu sedang berada di bahagian pakaian dalam wanita. Kawasan di situ agak tertutup. Khairul tekun memerhati zehra. Dari mata turun ke hidung. Selepas itu matanya mendarat pada bibir merah jambu zehra.

Liurnya ditelan.

"Kau tak ada kerja ke yang melangut kat sini?" Tanya zehra. Segan pulak dia apabila ada yang memerhati caranya bekerja. Khairul sepatutnya berada di stor susun barang.

Khairul tersentak. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ada.. Kejap lagi lah aku buat. Err.. Aku ada perkara nak bincang dengan kau sikit."

"Nak bincang pasal apa?"

Zehra mencapai pulak pen dan sehelai kertas. Ditulis beberapa abjad nombor di situ. Tangannya sibuk membuat kiraan.

Khairul menarik nafas. Entah kenapa dia berasa berdebar. Bukannya sebelum ini dia tak pernah berhadapan dengan situasi sebegitu. Tapi entahlah ! Dia sendiri pun tak tahu.

"Tentang kita.."

Pergerakan zehra terhenti. Dia menoleh ke arah khairul yang masih berdiri tidak jauh darinya. Lama dia berkeadaan begitu sebelum satu nafas panjang dihela.

"Kau dah tahu jawapan aku kan. Jadi tak ada apa yang perlu kita bincang lagi." Jawab zehra acuh tak acuh.

Jujur dia mulai rasa meluat dengan sikap khairul. Lelaki itu tak habis-habis bercakap tentang hati perasaan bila berjumpa dengannya. Macam tak ada topik lain yang lebih menarik.

"Kau tipu aku kan? Sebenarnya kau sukakan aku tapi kau nafikan sebab kau malu. Betul tak?"

Khairul cuba menyedapkan hatinya. Kalau boleh dia tak mahu terima jawapan yang menghampakan lagi.

"Apa kau merepek ni?"

"Mengaku depan aku sekarang zehra. Kenapa kau tolak cinta aku? Ke kau dah ada boyfriend?"

"Untuk pengetahuan kau aku tak ada boyfriend. Puas hati?"

"Habis tu kenapa kau tolak cinta aku?"bentak khairul. Suaranya sedikit meninggi.

Zehra memandang sekeliling. Mujur ketika itu hanya mereka berdua di ruangan itu. Kalau tak tentu sahaja ada orang yang pelik dengan mereka berdua.

Zehra yang duduk bersila di lantai segera bangun. Malas mahu melayan karenah kebudak-budakan khairul. Umur saja tua tapi otak tak matang langsung.

"Aku tak habis cakap lagi dengan kau."

Khairul bertindak memegang lengan zehra. Zehra yang terkejut dengan tindakan khairul merentap lengannya kembali. Matanya mencerlung marah.

"Apa ni khairul? Kalau orang tengok macam mana? Tolong hormat aku sebagai perempuan!" Marah zehra.

Khairul mendengus.

"kau nak aku hormat kau sedangkan kau sendiri tak hormat perasaan aku. Kau tahu tak aku dah lama cintakan kau. 2 tahun aku pendam perasaan ni."

"Macam benda aku buat untuk tarik perhatian kau. Tapi semua tu kau langsung tak pandang. Tak layak sangat ke aku ni untuk berdamping dengan kau?" Luah khairul.

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now