ZW 29

8.3K 162 1
                                    

Aira tiba di restoran makanan fast food itu tepat jam 2 petang. Terkocoh-kocoh dia sambil dibimbit dua buah beg kertas di tangannya. Dari jauh kelihatan seseorang sedang menunggunya. Aira berjalan merapati.

"Hai .. Sorry i'm late." Tegur aira. Dia lantas melabuhkan punggungnya di hadapan khairul. Lelaki itu menelifonnya tengah hari tadi untuk berjumpa. Entah atas urusan apa khairul mahu bertemu dengannya dia sendiri tidak tahu.

"Sokay.. Banyak shopping". Sempat khairul mengerling beg kerta di sisi aira. Aira tersengih. Disorok beg kertas itu di bawah meja.

"Sekali sekala hilangkan stres." Jawab aira sambil ketawa kecil.

"Ada apa awak nak jumpa saya." Soal aira. Air pepsi kesukaannya dihirup. Sebelum tiba di situ sempat lagi dia memesan kepada khairul supaya membelinya air pepsi. Nak dibayar balik khairul tidak mahu terima. Kononnya sekali sekala belanja.

"Saya nak tanya pasal zehra. Betul ke dia dah kahwin?" Soalan khairul itu sedikit sebanyak mengundang debar di hati aira.

'Rahsiakan tentang perkahwinan aku dari khairul. Aku tak nak dia tahu.'

Pesanan zehra kembali terngiang-ngiang di telinga aira. Lama dia berdiam diri sebelum khairul mencuit jarinya.

"Mengelamun pula dia." Kata khairul. Aira ketawa kecil menutup malu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Err... Mana awak tahu?"

"Mana saya tahu tak penting. Yang penting betul ke zehra dah kahwin. Itu ja saya nak tahu." Lama aira berfikir.

'Nak beritahu ke tak , nak beritahu ke tak. Takkan aku nak mungkir janji. Aduhh...' Ngomel aira sendirian.

"Err..first of all saya minta maaf. Saya tak berniat nak rahsiakan perkara ni dari awak. Tapi ni permintaan zehra. Dia tak nak awak tahu."

"But why?"

"I don't know.. But , awak janji jangan beritahu zehra tentang ni. Pleasee.." Rayu aira. Khairul mengangguk faham.

"Lelaki tu ke suami zehra?"

Aira mengerut kening.

"Awak kenal dengan megat?" Khairul mengangguk.

"So lelaki tu nama megat la. I see.." Tak disangka akhirnya zehra berkahwin juga dengan lelaki itu. Konon takkan cintakan mana-mana lelaki. Pembohong !

"Khairul.. Saya tahu apa awak fikir. Untuk pengetahuan awak perkahwinan antara zehra dan megat bukan atas persetujuan zehra. Actually, ibu saya yang paksa sebab.."

Aira diam. Tidak sanggup untuk meneruskan percakapannya.

"Sebab apa? Aira, please.. Beritahu saya. Jangan diam macam ni. Saya kena tahu. Saya pergi tempat kerja dia semua cakap dia tak ada. Saya try call, whatsapp  semua tak boleh. Saya tahu dia tukar nombor. Betul kan?" Desak khairul. Dia perlu tahu semua yang tersembunyi. Aira mengangguk. Dia menarik nafas sedalam mungkin.

"Sebab zehra dirogol." Kata aira sangat perlahan.

Terbuntang luas mata khairul mendengarkan pengakuan aira itu. Dia tersandar ke kerusi. Riak wajahnya berubah.

"Sebab tu ibu saya paksa megat bertanggungjawab atas apa yang dia buat pada zehra. Ibu tak nak zehra jadi mangsa keadaan. And you know bila melibatkan maruah ni semua orang akan cemuh , hina. Ibu tak nak semua tu jadi." Ujar aira panjang lebar. Rahang khairul bergerak. Penumbuknya digenggam. Jika megat nabhan berada depannya sekarang pecah muka lelaki itu dikerjakan.

"Saya nak nombor telefon zehra. Now !" Khairul pantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Patutlah selama ini dia cuba menghubungi zehra tetapi tidak pernah berjaya. Rupanya zehra cuba larikan diri darinya.

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now