"Macam ada tetamu je rumah kau." Kata aira. Zehra hanya diam. Dia pun tidak tahu perihal itu. Pagi tadi sebelum dia ke tempat kerja elok saja rumah itu tiada orang.
Tak pula puan halijah atau pun megat nabhan memberitahunya tentang apa-apa. Aira menghentikan keretanya di hadapan rumah puan halijah. Dia keluar dari kereta diikuti zehra. Barang yang dibeli mereka berdua dikeluarkan.
"Meh aku bawakan. Kau tu mengandung. Tak elok bawa barang berat." Ujar aira. Dia mengambil tilam bayi yang dipegang zehra. Begitu juga beberapa beg kertas yang berisi pakaian dan juga mandian bayi.
Aira kemudian berjalan menuju ke pintu rumah. Zehra hanya membuntuti dari belakang. Telinga mereka berdua menangkap suara puan halijah yang sedang bercakap.
"Auntie tak sabar nak jadikan ain menantu auntie. Saya dah bincang dengan megat. Insha-Allah kalau tak ada aral melintang hujung minggu ni kita langsungkan pernikahan mereka." Kata puan halijah kepada Puan zarina.
Ain yang duduk bersebelahan dengan megat nabhan tersipu malu. Tidak lama lagi jejaka itu akan menjadi suaminya.
Tak sabar rasa nak peluk tubuh tegap megat nabhan. Bibirnya yang berlekuk membuatkan nafsu ain sebagai seorang wanita tergugat. Bagaikan dapat dirasa bibir itu merayap-rayap di seluruh tubuhnya. Ain tersenyum.
"Saya pun halijah.. Tak sabar nak berbesan dengan awak. Sebelum terlupa saya nak tanya. Macam mana dengan isteri megat? Dia setuju ke megat kahwin dengan ain?" Serta merta wajah puan halijah berubah cemberut. Entah kenapa dia tidak suka mendengar nama itu. Potong mood betul !
"Tentang perkara tu zarina tak payah risau. Lagi pun dia sendiri yang izinkan megat kahwin dengan ain. Katanya dia dah tak boleh hidup dengan megat. Biasalah zarina.. Orang kalau mengandung anak haram ni memang tak nak hidup bahagia dengan suami sendiri." Puan halijah mula menabur fitnah.
Aira yang mendengar hal itu segera menoleh ke arah zehra. Riak wajahnya terkejut. Wajah zehra yang mendung bagaikan memberi satu jawapan yang tepat pada aira. Penumbuknya dikepal.
"You janjikan lepas jer kita kahwin you akan ceraikan isteri you?" Soal ain. Suaranya menggedik. Lengan megat nabhan diusap tanpa segan silu. Puan halijah tersenyum melihat tingkah ain itu. Tidak pula terasa untuk marah.
"Yup ! I ceraikan dia. You jangan risau. Lagi pun.. I dah mula sayangkan you. Memang selama ni i silap sebab tolak cinta you but sekarang i dah sedar. Siapa lebih baik. I dah boleh beza antara permata dan kaca. I'm sorry.." Ujar megat nabhan.
Tangan ain digenggam.
Baru sekarang dia sedar siapa ain yang sebenar. Wanita itu tidaklah sejahat yang disangka. Dia dapat rasakan cinta ain ikhlas buatnya. Silapnya juga kerana dulu dia butakan mata dan hatinya melihat keikhlasan ain. Hatinya ketika itu hanya dipenuhi dengan nama zehra. Tapi tidak sekarang. Nama zehra telah terpadam dari hatinya selepas sahaja dia mendapat tahu kecurangan zehra.
Ain yang banyak memberi semangat kepadanya di saat itu. Mengisi kekosongan hati yang tak pernah penuh dengan cinta zehra.
"Hebat drama anak beranak ni.." Aira muncul dari luar rumah. Ditepuk tangannya beberapa kali. Megat nabhan dan puan halijah terpana.
"Hebat kau kan megat.. Habis madu sepah di buang. Gelaran apa yang patut aku bagi pada kau erk? Jantan dayus atau jantan tak guna?" Ujar aira. Dia tunak membalas pandangan tajam megat nabhan. Dirinya langsung tidak gentar.
"Aira.. Sudahlah.. Aku merayu pada kau." Muncul zehra di belakang aira. Dia membalas pandangan megat nabhan dan puan halijah yang menyinga.
"Kau diam! Aku nak slowtalk dengan dua mangkuk hayun ni." Marah aira. Dia berjalan mendekati puan halijah. Tubuh tua itu diperhati.
"Auntie cakap zehra mengandung anak haram? Boleh tak saya tanya siapa bapak haram tu?" Ujar aira sambil menjeling megat nabhan. Puan zarina dan ain hanya menjadi pemerhati.
"Jaga mulut kau aira !" Tengking megat nabhan. Aira membuat wajah terkejut.
"Lahhh ... Kau rupanya bapak haram tu. Tckk tckk tckk .. Kesian kau kan. Sedap mengata anak sendiri padahal diri sendiri yang haram".
"Jangan sampai aku lempang mulut kau betina!"
Aira membuat wajah seperti takut.
"Opss!! Takutnya.."
"Aira.. Lebih baik kamu keluar dari rumah auntie. Jangan nak masuk campur hal keluarga auntie." Halau puan halijah.
"Saya takkan masuk campur kalau auntie sekeluarga layan zehra dengan baik. Auntie ni manusia ke iblis? Sampai menantu sendiri pun auntie kutuk , hina ikut suka hati auntie jer. Ke auntie dah nak mampus sebab tu tak habis-habis buat dosa kering?" Lancang aira membidas puan halijah.
Megat nabhan mengorak langkah mendekati aira. Lengan aira dicengkam kuat dan ditolak tubuh aira menjauhi puan halijah.
"Lagi sekali kau kurang ajar dengan mama aku, mati kau aku kerjakan!" Ugut megat nabhan.
"Marah nampak.. Aku bukan nak masuk campur urusan keluarga korang. Aku cuma nak pesan jagalah mulut dan tingkah laku tu. Kita ni hidup tak lama. Bila-bila masa boleh mati. Tambah lagi manusia macam kau! Aku takut kau tak sempat nak minta maaf atas perbuatan kau pada zehra."
"Lagi satu aku nak pesan kalau dah tua buat cara tua. Mulut tu kena jaga! Jangan asyik nak menfitnah jer.. Takut nanti masuk kubur terus ke neraka. Yelah .. Manusia mulut longkang macam auntie ni mana boleh masuk syurga. Tambah lagi manusia perampas! Lagi cepat masuk neraka sebab meruntuhkan rumah tangga orang." Perli aira. Wajah ain berubah serta merta. Dia membetulkan duduknya.
"Aira.. Sudahlah.." Zehra menarik tangan aira ke belakang. Dia tidak mahu sahabatnya itu terus menerus mencari gaduh dengan megat nabhan dan ibunya.
"Seronok pula bahan dua manusia ni zehra.. Tengoklah muka tu.. Muka tahan marah. Kesian.. Okeylah ! Aku balik dulu. Apa-apa roger jer aku. Kalau dua ekor iblis tu buat macam-macam pada kau aku akan pastikan mereka menyesal seumur hidup. Aku cakap aku buat."
Dia memeluk tubuh zehra sebelum kakinya melangkah keluar. Zehra cepat-cepat menaiki anak tangga meninggalkan empat manusia itu. Megat nabhan mengetap rahangnya menahan amarah. Manakala puan halijah pula tidak berhenti memaki zehra.
Please vote and comment
❤❤❤
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Storie d'amore✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...