ZW 47

7.5K 165 11
                                    

"Jahanam !! Macam mana korang buat kerja?"

Ruang bilik tidur itu bergema dengan suara megat nabhan. Bantal yang berada berdekatan dengannya ditendang.

"Kerja mudah pun korang tak boleh settle? Tak guna aku hired korang untuk settle kes ni?" Bebel megat nabhan lagi. Nafasnya turun naik menahan amarah yang kian membelenggu diri.

Ketidakpuasan hati begitu mencengkam dalam dirinya saat itu. Lain yang diharap lain yang didapat.

"Aku tak kira. Make sure korang dapatkan juga apa yang aku nak. Kalau tak korang jangan harap dapat makan walaupun satu sen duit aku!"

Terus telefon ditutup. Anak rambut yang terjuntai di dahi diraup kasar. Punggung dihenyak ke birai katil. Kedua belah tangannya mencengkam sisi kepalanya.

Serabut ! Itulah yang dirasanya sekarang. Ada sahaja benda yang tidak kena. Semua mahu menambah bara dalam api kemarahannya ketika itu.

Pintu bilik terkuak dari luar. Muncul ain dengan menjinjit beberapa buah beg kertas berjenama. Megat nabhan mengangkat pandangan. Direnung tajam isteri yang dikahwininya atas dasar suka sama suka itu.

Ain yang perasan akan renungan suaminya hanya membuat tidak tahu. Barang yang dibelinya petang tadi diletak di atas meja solek. Dibelek satu persatu isi di dalam beg kertas itu. Senyuman terbias di wajahnya yang masih bersolek.

Beg.. kasut.. baju..

Ain berkira-kira sendirian dalam hati. Masih belum mencukupi barang yang dibelinya. Ain mencongak membilang hari. Sesekali dia tersenyum kecil.

"Mana you pergi?" Soal megat nabhan dengan suara yang dingin. Matanya masih tunak merenung isterinya. Sesekali ditelan air liur menutup kegersangan yang melandanya saat itu.

Manakan tidak, dengan dress ketat separas paha berwarna merah menyerlahkan lagi kulit putih mulus milik ain. Bentuk tubuhnya yang ramping membuatkan nafsu megat nabhan bergejolak.

"Kerja." Jawab ain sepatah.

Kerusi kecil bawah meja solek ditarik lantas punggungnya dilabuhkan. Bulu mata palsu dibuang dari kelopak mata. Botol miceller water jenama Garnier dicapai. Air jernih itu dituang sedikit ke atas kapas lalu disapu ke seluruh muka.

Megat nabhan yang tidak berpuas hati dengan jawapan ain lantas berdiri dan langkahnya dihala merapati ain.

"You tahukan sekarang dah jam berapa?"

Ain hanya menjeling melalui biasan cermin. Malas mahu melayan karenah megat nabhan yang tidak berhenti bertanya itu ini. Dia hanya membuat tidak tahu. Langsung tidak mengiyakan apa yang dikata oleh megat nabhan.

"I'm talking to you ain !" Kata megat nabhan dengan suara yang agak keras.

"Mine your own business!" Balas ain dengan selamba.

Dia bingkas berdiri menuju ke almari pakaian untuk mengambil tuala. Niatnya mahu membersihkan diri yang melekit dengan peluh. Seharian dia bekerja di bawah terik matahari memperagakan pelbagai jenis pakaian. Kerjanya sebagai modelling tidak menentu. Adakala perlu bekerja di dalam studio, adakala perlu bekerja di luar.

Baru beberapa langkah, megat nabhan merentap lengan ain dengan kasar sehingga terdorong tubuh wanita itu menghadap tubuh sasanya.

Matanya mencerlung marah.

"Let me go megat! You jangan nak kurang ajar dengan i". Bentak ain. Wajahnya berkerut menahan sakit.

"Sepatutnya you jangan kurang ajar dengan i. I ni suami you and you are my wife!" Jerkah megat nabhan. Dicengkam lagi kuat lengan ain. Mahu menunjukkan yang dirinya begitu marah dengan sikap ain.

"Ingat i hairan dengan status 'suami' you tu? Jangan masuk campur urusan hidup i".

Dengan kuat ain merentap kembali lengannya. Matanya terjegil menentang pandangan tajam megat nabhan. Dia langsung tidak gentar dengan pandangan 'maut' itu. Baginya megat nabhan itu ibarat seekor semut. Hanya tahu berkasar dengan perempuan tetapi pengecut di belakang.

"I sendiri pun tak kisah soal you and why you perlu ambil tahu semua tentang i? Kemana i pergi and dengan siapa i keluar itu urusan i. And you tak berhak untuk masuk campur!" Tambah ain lagi.

Dia puas bila dapat berkata begitu. Dia ingin megat nabhan tahu yang dia bukanlah seperti orang lain. Yang boleh 'diikat' kaki dan tangan.

Megat nabhan mengetap bibir. Rahangnya bergerak-gerak bersama penumbuk yang dikepal. Entah kenapa dia nampak ain besar kecil sahaja saat itu.

"Last warning dari i. Lagi sekali you buat perangai biadap you ni.. you akan menyesal." Ujar megat nabhan setelah agak lama dia berdiam diri.

Ain mencebik. Ditolak dada megat nabhan dengan hujung jari.

"Why? You nak pukul i? Pukul la ! You ingat i takut dengan jantan dayus macam you? Ni ain mardina la! I tak gentar sedikit pun dengan ugutan you." Kata ain mendabik dada.

Tidak dihirau langsung perasaan suaminya ketika itu. Rasa berdosa dalam dirinya tidak pernah hadir apabila bersikap kurang ajar dengan megat nabhan.

Megat nabhan yang dikuasai dengan rasa marah tanpa sedar mengangkat tangannya tinggi untuk menampar pipi ain. Namun semuanya terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.

"You jangan cabar i ain mardina". Ujar megat nabhan. Suaranya dikendurkan.

"Yes! I cabar you. Pukul la! I tak takut. Kalau you berani sangat you ceraikan i sekarang. Ceraikan i megat nabhan!!" Jeritan ain bergema ke seluruh bilik.

Dia tidak boleh bersabar lagi dengan megat nabhan. Semakin hari semakin benci dengan sikap lelaki itu. Megat nabhan terlalu mengongkong dirinya. Ada ketika dirinya berasa menyesal dengan pernikahan ini.

Megat nabhan langsung tidak mempedulikan kata-kata ain. Dia mendekatkan wajah ke telinga ain.

"Kau besar kepala dengan aku malam ni. Tapi kau jangan lupa aku boleh buat macam benda dengan diri kau. Jangan sampai kau merayu-rayu minta pertolongan." Bisik megat nabhan. Digigit cuping telinga ain sebelum dia meninggalkan ain yang terdiam.

"Apa awak buat dekat tangga tu?" Puan halijah tersentak. Diurut dadanya yang berdebar dengan teguran suaminya.

Sejak tadi dia memasang telinga mendengar pergaduhan antara megat nabhan dan ain. Hati tuanya memberontak untuk menghalang pergaduhan itu.

Tetapi apabila diingat kembali akan pesanan yang pernah dititipkan suaminya puan halijah mematikan niatnya itu.

"Bising sangat atas tu bang.. jangan-jangan megat bergaduh dengan ain." Ujar puan halijah.

"Habis tu apa kena mengena dengan awak?"

Puan halijah terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu  menjawab soalan suaminya itu. Dia terkulat-kulat berdiri di hujung anak tangga. Jarinya memintal hujung baju menahan debaran.

"Ingat lijah.. aku tak pernah main-main dengan pesanan aku hari tu. Kalau awak masuk campur lagi urusan rumahtangga mereka, aku akan pastikan awak menyesal seumur hidup."

Puan halijah menelan liur.





















Tq for reading ..

Please vote and comment 🌹

Tq

❤️❤️

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now