Terkocoh-kocoh ain berlari ke bilik puan halijah.
"Mama!! Mama!!"
Diketuk-ketuk pintu bilik puan halijah berulang kali. Tidak dihiraukan lagi dengan keadaan sekeliling. Apa yang penting sekarang dia perlu memberitahu tentang itu kepada puan halijah.
"Mama buka pintu ni." Laung ain lagi.
"Kejap!" Kedengaran suara puan halijah menyahut. Tidak sampai satu saat pintu dibuka dari dalam. Muncul puan halijah yang sudah lengkap berpakaian cantik di muka pintu bilik.
"Ada apa ain? Ketuk pintu bilik mama macam nak roboh". Kata puan halijah. Dimasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg. Hari ini dia ingin ke spa memanjakan diri setelah sebulan dia tidak ke sana.
"Mama kena tolong ain". Kata ain. Diraih tangan ibu mertuanya bersama perasaan gemuruh dan takut.
"Hei kenapa ni?"
"Zehra ma.. zehra .." Kalut ain cuba untuk memberitahu sesuatu.
"Cuba cakap betul-betul dengan mama. Kenapa ni? Jangan buat mama risau".
"Zehra kena culik." Ujar ain. Puan halijah terkejut tetapi hanya sekejap. Dia kemudian menayangkan riak wajah biasa.
"Habis tu apa kena dengan mama?" Soal puan halijah selamba. Sejujurnya moodnya untuk ke spa sudah hilang selepas mendengar nama itu.
"Ada kena mengena ma.. silap hari bulan anak kesayangan mama masuk penjara." Perli ain. Puan halijah mengerutkan kening. Tidak faham dengan kata-kata ain itu.
"Apa maksud ain? Mama tak faham. Just straight to the point. Mama tak suka la teka teki macam ni." Desak puan halijah. Ain menarik nafas. Didekatkan dirinya dengan puan halijah.
"Megat culik zehra." Bisik ain. Tidak mahu orang lain mendengar akan hal itu. Walhal ketika itu hanya ada mereka berdua sahaja.
"What?!!" Suara puan halijah meninggi. Terkejut dengan kenyataan ain itu. Matanya membulat bersama tangan yang ditekap ke dada.
"Apa ain cakap ni. Jangan merepek boleh tak?" Marah puan halijah. Dia tidak suka apabila ain seperti mahu menuduh megat nabhan.
"Ain tak ada masa nak merepek. Ain cakap benda yang betul. Ain dengar sendiri suara zehra menjerit minta tolong."
"Suara tv kot.. tak mungkin la megat nak buat macam tu. Mama tak percaya." Puan halijah cuba menyangkal kebenaran yang bakal terbongkar itu.
Ain mendengus. Bagaimana lagi mahu buatkan ibu mertuanya itu percaya.
"Mama percaya atau tak itu terpulang. Apa yang penting sekarang kita tak boleh biar benda ni berlarutan. Silap hari bulan kita boleh dituduh bersubahat." ujar ain lagi.
"Macam mana sekarang ni? Apa kita nak buat?" Puan halijah mula menggelabah. Takut pula bila difikirkan dia bakal dipenjara kalau pihak polis dapat tahu dia bersubahat dengan kes penculikkan zehra ini.
"Kita jumpa family zehra. Mama tahu kan rumah mereka?"
"Mama tak tahu." Jawab puan halijah.
Ain berdecit.
"Aduhh!! Habis tu macam mana kita nak tolong zehra? Megat memang dah gila! Ain tak nak zehra jadi mangsa megat lagi ma.. cukup-cukuplah dulu kita seksa hidup dia. Kalau boleh ain nak tebus balik semua kesalahan ain pada zehra ma.." Sayu sahaja suara ain ketika berkata.
Dia memang banyak salah dengan wanita itu. Dia la punca rumahtangga zehra retak. Dia pemusnah! Dia perampas!
"Mama rasa mama tahu mana nak cari rumah family zehra. Ain tunggu sini jap".
Puan halijah berlari masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar bersama sekeping kertas di tangannya lalu dihulurkan kepada ain.
"Mama ada simpan kad jemputan kahwin zehra. Dia ada datang sini jemput mama dan papa. Masa tu ain dengan megat tak ada." Terang puan halijah.
Ain mengorek senyuman. Dalam masa yang sama dia bersyukur kerana tuhan permudahkan segalanya.
"Jom kita pergi sekarang".
🌹
"Apa?!!"
Khairul terbangun dari duduknya. Terkejut dengan kenyataan ain dan puan halijah itu. Bibirnya diketap dan penumbuk digepal.
"Kamu yakin megat dalangnya?" Soal encik azman pula.
Mereka semua berkumpul di rumah puan kamariah setelah mendapat berita tentang kehilangan zehra.
"Ya pakcik. Saya yakin megat yang culik zehra."
"Kau tahu dekat mana megat sembunyikan zehra?" Kali ini khairul pula yang menyoal.
Seboleh mungkin dia ingin tahu di mana megat nabhan menyembunyikan isterinya. Lelaki itu memang tidak boleh lihat hidupnya senang bersama zehra. Ada sahaja olah yang dia buat untuk pisahkan mereka.
"Tak silap saya.."
"Jaga perempuan tu jangan sampai terlepas. Kejap lagi aku datang. Pastikan kau kurung dia dalam apartment aku. Jangan sampai orang tahu kerja kau."
Megat nabhan yang tidak menyedari kehadiran ain di situ begitu leka memberi arahan. Ain melekapkan telinganya ke pintu bilik air. Mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh megat nabhan.
"Perempuan? Apartment? Apa yang megat dah rancang?" Ujar ain bersendirian.
"Apartment. Yes! Megat kurung zehra kat apartment. I think mama tahu dekat mana apartment tu".
Kali ini semua mata tertumpu pada puan halijah. Puan halijah menelan liur.
❤️ Please vote and comment guys ..
Tq
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Roman d'amour✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...