Megat nabhan bengang. Sudah beberapa hari dia mengikuti jejak langkah zehra. Kemana sahaja wanita itu pergi dia tahu. Ianya seperti menjadi kewajiban dalam diri megat nabhan.
Tetapi setiap kali dia ingin melancarkan sesuatu pasti ada sahaja halangan yang datang. Acap kali dia bertembung dengan zehra tetapi setiap kali itu juga dia tidak berpeluang untuk bertindak.
Megat nabhan merungkai kasar tali lehernya. Butang kemejanya dibuka dan terus dicampak bajunya ke lantai.
Sebelah kakinya diangkat. Tangannya diletak atas lutut. Direnung tajam dinding itu. Dikepal penumbuknya dengan rahang yang bergerak-gerak.
Ain yang baru sahaja selesai membersihkan diri terkejut dengan keberadaan megat nabhan dalam bilik itu. Diperhati suaminya yang begitu leka merenung dinding.
Ain mengatur langkahnya mendekati megat nabhan. Sisi wajah suaminya dilihat takut-takut. Jari jemarinya bermain dengan hujung baju bagi meredakan rasa hati yang sedikit gelisah.
Ain berdehem. Nafas ditarik dan dihembus.
"You.." panggilan ain agak perlahan. Megat nabhan tidak menyahut. Melihatkan akan tingkah megat nabhan begitu ain memberanikan diri menyentuh bahu suaminya yang terdedah.
"You.." diurut lembut bahu tegap itu. Megat nabhan menoleh. Matanya mengerling tangan ain yang memegangnya kemudian renungan tajam dihadiahkan kepada ain.
Dengan kasar megat nabhan menepis. Ain tersentak. Dia berundur setapak ke belakang apabila megat nabhan berdiri bertentang dengannya.
"Siapa benarkan kau pegang aku?" Perlahan dan dingin soalan itu keluar dari bibir seorang lelaki bernama megat nabhan.
Ain terkulat-kulat. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia agak takut.
"Aku tanya siapa benarkan kau pegang aku?!!" Tengking megat nabhan. Matanya mencerlung marah memerhati ain.
"So..sorry. i.. i just.." tergagap-gagap ain berkata.
Megat nabhan melangkah laju dan terus kedua pipi ain dicengkam.
"Kenapa? Kau nak cakap apa?" Ujar megat nabhan serius.
"I cu-cuma nak minta izin balik rumah parents i esok." Jawab ain. Dipegang tangan megat nabhan yang semakin kuat mencengkam kedua belah pipinya.
Dia sakit !
Megat nabhan tersenyum sinis.
"Sejak bila kau pandai minta izin bagai ni? Bukan selama ni kau cuma tahu keluar ja tanpa pedulikan aku. Sampaikan kau sanggup menjalang di belakang aku." Kata megat nabhan. Ain diam. Air matanya bergenang di tubir mata.
"Aku tahu.. mungkin kau dah menyesal lepas kena dengan aku malam tu. Huh! Baru kau langit tu tinggi atau rendah. Kau cabar aku lagi."
Tekaan megat nabhan tepat sekali. Memang ain menyesal. Menyesal dengan tingkah lakunya selama ini.
"I tahu i salah.. i minta maaf.." Dengan rendah diri dilontarkan kata maaf itu pada megat nabhan. Dia tahu selama ini dia banyak berbuat salah pada suaminya itu. Terlalu banyak sehingga tidak dapat dihitung dengan jari.
Salah dari segi tingkah laku dan juga dari segi lisan. Dia banyak berbohong dan langsung tiada rasa hormat dalam dirinya terhadap megat nabhan. Dia lupa, dia alpa. Dia lupa Tuhan itu maha berkuasa. Dia alpa megat nabhan adalah suaminya.
Dan sekarang dia sudah menerima padah dengan setiap dosa yang dilakukannya dahulu. Segala apa yang menjadi miliknya sudah ditarik. Wang, harta dan juga kasih sayang seorang suami.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...