"fina, ni stock yang baru sampai kelmarin. Nanti awak susun la mana patut." Ujar zehra sambil dia meneliti kertas di tangannya.
Fina gadis berusia 19 tahun yang merupakan pekerjanya hanya mengangguk faham. Tidak bercakap banyak seperti orang lain.
Skrin laptop yang memaparkan digit-digit nombor dilihat sekali imbas. Sehari dua ini kerja di butik pakaian yang diusahakanya begitu banyak. Adakala sampai tidak menang tangan.
Loceng yang berada di pintu utama butiknya berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk. Zehra masih lagi tekun membuat kerja. Dibiar sahaja pelanggan itu, memandangkan fina ada untuk melayan karenah mereka yang datang.
"Busy ke?"
Satu suara menegurnya membuatkan zehra mengangkat pandangannya pantas. Raut wajah itu mengukir senyuman lebar.
Zehra berdehem. Entah kenapa debaran jantung mengetuk dadanya. Digigit bibir menahan rasa malu dengan senyuman jejaka itu.
"Busy la juga.." balas zehra ringkas.
Dia berpura-pura menulis sesuatu di atas kertas. Padahal tiada benda pun yang dia ingin tulis. Otaknya 'blank' bila berhadapan dengan insan itu.
Khairul ketawa kecil.
Dia menongkat dagu memerhati zehra. Dari mata turun ke hidung selepas itu terhenti pada dua ulas bibir milik zehra widuri.
Khairul menelan liur.
Zehra yang perasan dengan tingkah khairul bertembung pandang dengan khairul.
Zapp !!
Sepantas kilat dialihkan matanya ke arah lain. Tidak sanggup bertentang mata dengan khairul, jejaka yang dalam diam sudah menambat hati kecilnya.
"Cantik.." Perlahan sahaja suara khairul namun dapat ditangkap oleh telinga zehra.
"Siapa cantik?"
Khairul berdehem.
Dibetulkan kedudukannya.
'aduhh.. macam mana boleh terlepas cakap pula ni'. Getus hati kecil khairul.
"Jom keluar makan". Ajakan khairul dibalas dengan gelengan.
"Saya dah kenyang."
"Kenyang atau segan dengan saya." Khairul cuba bermain tarik tali. Sebelah tangannya diseluk dalam kocek seluar.
"Kenyang."
Zehra tetap dengan jawapan 'tipunya'. Walhal tiada siapa yang tahu macam mana lapar rasa perutnya saat ini. Tetapi disebabkan ego seorang wanita dia sanggup menahan rasa lapar itu.
"Betul ni?" Sekali lagi khairul menyoal inginkan kepastian.
Zehra mengangguk.
Dia kembali berpura-pura sibuk dengan kerjanya. Tetapi dengan tiba-tiba perutnya berkeroncong menghasilkan satu bunyi.
Kroooottttt ... (Author tk sure bunyi perut lapar macam mana 😂.. hentam saja la labu..)
Automatik wajah zehra berona merah. Tangannya ditekap pada perutnya. Malunya kian menebal apabila khairul menatapnya dengan ketawa halus.
"Panjang nau bunyi perut tu." Perli khairul.
Zehra menarik wajah masam. Geram dengan kata-kata khairul itu.
"Tak payah buat muka masam macam tu. Kita pergi makan lepastu terus cari barang hantaran."
Khairul sudah memberi arahan. Beg tangan zehra yang berada tidak jauh darinya dicapai dan digalas ke bahu. Lantas tangan zehra ditarik mengikut langkahnya.
Zehra yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya menurut. Sempat dititipkan pesanan kepada fina.
🌹
Mereka tiba di restoran ULAM lima belas minit selepas itu. Restoran yang menyediakan pelbagai jenis lauk pauk masakkan kampung itu begitu ramai dengan pengunjung.
Selepas memilih beberapa jenis lauk untuk dimakan, khairul dan zehra mengambil tempat yang sedikit tersorok di dalam restoran itu.
"Minum apa bang?"
Seorang anak muda lelaki tiba di meja makan mereka untuk mengambil pesanan. Belum sempat zehra membuka mulut khairul pantas memintas percakapannya.
"Milo ais dan horlick." Kata khairul.
Lelaki itu hanya mengangguk faham sebelum beredar dari meja mereka. Zehra mengerutkan kening. Hairan dengan khairul yang tahu minuman kesukaannya.
"Bukan sehari dua saya kenal awak. Segala tentang awak semua saya tahu." Ujar khairul bagaikan mengerti apa yang bermain di fikiran zehra.
Zehra mengetap bibir.
"Boleh saya tanya awak satu soalan?" Zehra bersuara setelah selesai mereka menjamu selera. Khairul mengangguk. Disedut air horlicknya bagi menghilangkan rasa dahaga.
"Kenapa awak begitu yakin?" Soalan dari zehra itu mengundang kembali ketawa khairul. Belakang tubuhnya disandar ke kerusi.
"Sebab saya ikut kata hati."
"Tapi awak sendiri tahu perkara tu takkan jadi".
"Zehra.." meleret suara khairul menyebut nama gadis pujaannya.
"Meskipun sekarang awak kata begitu tapi saya yakin satu hari nanti perkara sebaliknya yang akan berlaku." Dengan yakin khairul berkata.
Zehra menghela nafas panjang.
"Saya janda dan tak sesuai dengan lelaki seperti awak."
"Perlu ke awak bangkitkan soal itu? Saya tak pernah pandang tentang kedudukan awak sekarang zehra. Tapi saya pandang soal masa depan aydan. Dia perlukan seorang ayah dan awak juga perlukan seorang suami. I been waiting for you for many year and now i want to end it all". Ujar khairul tegas.
Dia tidak main-main dengan hasratnya yang satu itu. Cukuplah selama ini dia hanya menjadi 'mata' memerhati segala tingkah zehra. Dia tidak mahu melepaskan peluang ini lagi.
Segala apa yang diperkatakan khairul menusup masuk ke dalam hati zehra. Bagaikan dapat menangkap kejujuran di atas setiap kata yang dilafazkan khairul.
"Tapi.."
Gelengan khairul mematikan ayat yang ingin diungkap zehra.
"Izinkan saya mengisi kekosongan di hati awak. Please.. i'm begging you." Sinar mata khairul membuatkan zehra terdiam seribu bahasa.
Vote and comment
Tq
❤️❤️
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romansa✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...