ZW 9

12.3K 217 0
                                        

"Cepatlah zehra.. Kita dah lambat ni." Laung aira dari luar rumah. Bonet kereta Proton X70 miliknya ditutup. Sesekali peluh yang mengalir didahi di lap dengan tuala kecil.

Matahari begitu tegak atas kepala. Maklumlah hari sudah menginjak ke tengah hari.

"Lambat pulak minah sorang ni. Zehra.. Apa yang kau dekat dalam tu. Cepatlah sikit." Gesa aira kalut. Pintu pemandu dibuka dan terus masuk ke dalam kereta.

Zehra kelam kabut mencapai beg tangannya dan berlari keluar. Pintu rumah dikunci rapat dan terus menolobos masuk ke dalam kereta.

"Hishh lambat!" Marah aira. Sempat dijeling zehra disebelahnya.

"Sorry laa.." Balas zehra sambil tersengih. Sitbelt segera dililit di pinggang. Keselamatan harus dijaga ya..

"Ramai ke tetamu yang datang nanti?" Suara zehra memecah kesunyian. Sudah lebih 30 minit mereka di dalam kereta. Aira yang fokus dengan pemanduannya menoleh sekilas ke arah zehra.

"Ermm.. Ramai juga la. Mungkin dalam 500 orang macam tu. "

"Ouhh.. " balas zehra pendek. Mulutnya memuncung. Ramai jugak ibu ayah aira jemput untuk majlis esok. Macam kenduri kahwin pulak.

"Ala... Kau bukan tak tahu kawan ibu ayah kan ramai. Setakat nak buat majlis kecil-kecil tak padan pulak. Alang-alang dah buat, baik panggil semua yang mana kenal." Sambung aira lagi.

Kereta membelok masuk ke satu simpang. Dari jauh sudah kelihatan rumah banglo dua tingkat milik ibu dan ayah aira. Kelihatan juga satu susuk tubuh seakan menanti mereka di pintu rumah.

"Haa.. dah sampai pun anak-anak ibu." Kata puan haliza. Dia terus memeluk tubuh zehra yang baru sahaja turun dari kereta dan selepas itu tubuh aira pula menjadi sasaran pelukannya.

"Zehra sihat nak? Aira ada buli zehra ke?" Soal puan haliza lembut. Pipi mulus milik zehra diusapnya perlahan.

"Alhamdulillah zehra sihat ibu. Ibu nampak makin cantik sekarang." Puji zehra. Puan haliza tersenyum malu. Aira yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati lantas bersuara.

"Amboii ibu.. Zehra saja? Adik pun nak jugak". Kata aira sambil mendepakan tangannya luas. Tak aci la asyik zehra saja yang dapat perhatian dari ibu. Dia pun nak juga.

"Manja tak bertempat." Ujar puan haliza. Dipeluk erat tubuh aira sambil belakang tubuh itu ditepuk-tepuk geram.

Aira yang merupakan anak tunggal di dalam keluarga puan haliza dan encik azman memang akan membahasakan dirinya dengan panggilan adik.

"Sudah-sudahlah tu jejak kasih. Mari masuk." Tegur encik azman. Dia sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Setelah ditegur begitu zehra, aira dan puan haliza baru perasan yang mereka masih berada di luar rumah. Masing-masing melepaskan ketawa.

🌹

Megat nabhan melangkah masuk ke dalam rumah. Petang ini dia pulang sedikit lewat. Banyak perkara dia perlu selesaikan. Dari hal yang penting kepada hal yang remeh temeh.

Hal remeh temeh itu semestinya tentang ain. Entah kenapa wanita itu seperti tidak faham bahasa. Lagi ditolak lagi menjadi-jadi perangai. Pening kepalanya mahu melayan.

"Lewat kamu pulang nabhan." Teguran dari sang ibu mematikan langkah megat nabhan. Puan halijah yang sibuk dengan telefon di tangan dipandang. Tali leher dilonggarkan. Rimas !

"Banyak kerja ma.." Jawab megat nabhan lemah. Sungguh dia tidak larat hari ini. Puan halijah lantas mendongak memandang megat nabhan. Berkerut keningnya. Selalu anaknya tidak begini. Jelas terpancar raut wajah megat nabhan seperti ada masalah.

"Ke ada masalah?" Tebak puan halijah. Megat nabhan hanya menggeleng. Walaupun apa yang diteka puan halijah betul megat nabhan sedaya upaya menyembunyikannya.

"Kamu jangan lupa malam ni.." Ujar puan halijah.

"Nak ke mana?" Tanya megat nabhan hairan.

"Lupalah tu. Kan mama dah beritahu kamu kelmarin. Malam ni kawan mama ada buat kenduri tahlil. Jadi dia jemput kita."

"Bukan mama selalu pergi dengan papa ke? Kenapa ajak nabhan pulak." Megat nabhan pelik. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja mamanya mengajak ke sana. Sudahlah dia tidak biasa. Jarang benar megat nabhan mahu hadirkan diri ke majlis sebegitu.

"Papa kan outstation. Bukannya selalu kamu temankan mama. Mana la tahu di sana nanti ada yang kamu berkenan. Cepat la mama dapat menantu." Kata puan halijah.

Megat nabhan menjeling.

Terhambur ketawa dari puan halijah dengan reaksi megat nabhan itu. Dia tahu anaknya tidak suka jika dikenenkan dengan mana-mana perempuan. Bukannya dia tidak pernah kenalkan anak kawannya kepada megat nabhan. Setiap kali itulah megat nabhan akan menolak. Alasannya dia belum bersedia untuk kahwin.

Haihh ! Apa lah nasib. Orang lain cucu berderet-deret tapi puan halijah masih lagi dalam fasa memujuk anaknya untuk berkahwin.

"Dah la mama nabhan masuk bilik dulu." Seusai berkata megat nabhan terus membawa diri ke tingkat atas. Tidak mahu lama-lama bersembang dengan puan halijah. Dia tahu akan ada lagi soalan yang akan ditanya oleh mamanya berkaitan dengan 'kahwin'.

Megat nabhan menghempas tubuhnya ke katil. Penghawa dingin yang merebak ke seluruhan bilik sedikit sebanyak menyejukkan tubuhnya yang sedikit berkeringat. Tangan di bawah ke belakang kepala sebagai alas. Seketika fikirannya menerawang jauh mengingatkan kejadian pagi tadi.

"I sayangkan you megat." Ujar ain dan seraya dengan itu dia terus memeluk tubuh megat nabhan. Mujur sahaja ketika itu mereka berada di ruang pejabat megat nabhan sendiri. Kalau tidak mesti semua pekerja di situ dapat melihat adegan tidak senonoh itu.

"Stay away from me!" Bentak megat nabhan. Tubuh ain ditolak. Baju yang sedikit berkedut dikibas-kibas tanda marah.

"Kenapa susah sangat you nak terima i? Perempuan lain you boleh layan. Tapi i ?" Kata ain bernada cemburu.

Megat nabhan tersenyum sinis.

"Sebab perempuan lain tak macam kau yang 'lapar' lelaki." Bidas megat nabhan. Ain tersentap. Sungguh dia terasa dengan megat nabhan.

"Sampai hati you cakap macam tu."

"Yes! Memang aku sampai hati. Tak ada guna untuk aku jaga hati kau sebab kau bukan siapa-siapa dengan aku."

"Sekali lagi kau ganggu hidup aku, aku akan pastikan kau.." Kata-kata megat nabhan terhenti. Jarinya ditunding tepat ke muka ain. Matanya dilarikan dari atas dan ke bawah

"Lenyap terus dari sini!" Sambung megat nabhan dan dia terus melangkah keluar dari situ.

"Perangai kau semakin menjadi-jadi ain. Aku tak tahu sampai bila aku boleh sabar." Gumam megat nabhan sendirian.

Stress !!





Author akan try untuk update sehari satu bab 🥰
Hope you alls semua enjoy..

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang