- First of all i want to say thank you for all readers yang selalu support i untuk terus menulis. Without u gais maybe ZEHRA WIDURI takkan 'wujud' ..
Thank you so much 🌹❤️ ..Zehra menatap cincin emas bertahtakan batu permata yang terselit kemas di celahan jari manisnya. Cincin itu begitu cantik terletak di jarinya. Diusap lembut cincin yang baru sahaja dipakai lima jam yang lepas.
Suasana bilik yang sunyi sepi membuatkan zehra ralit melayan perasan. Nafas dihela lemah. Peristiwa siang tadi kembali menjengah ke kotak fikirannya.Tidak sangka lelaki itu akan bertindak di luar permikirannya
Perancangan awal hanya ingin bertunang bertukar apabila khairul sendiri membuat keputusan di saat akhir. Di saat semua tetamu sudah hadir lelaki itu menyuarakan hasrat untuk tidak mahu meneruskan segala yang dirancang.
"Nanti !"
Khairul muncul di muka pintu rumah menyentakkan semua yang ada di situ. Puan kamariah ibu kepada khairul sudah tidak keruan dengan kedatangan mengejut khairul itu.
Bukankah anaknya itu perlu tunggu sahaja dirumah sehingga semuanya selesai. Cincin yang dipegangnya tidak jadi untuk disarungkan ke jari manis zehra.
"Pertunangan ni tak boleh diteruskan." Ujar khairul. Zehra terkejut begitu juga dengan puan kamariah. Mereka saling berpandangan sebelum dengan pantas puan kamariah berdiri menghadap khairul.
"Khai apa semua ni? Kenapa buat perangai macam ni? Jangan nak malukan mama." Kata puan kamariah resah.
Dia memerhati setiap wajah yang berada di situ. Puan haliza dan encik azman sudah tidak keruan. Aira yang sedang memangku aydan turut terkejut dengan tindakkan drastik khairul itu.
Firash yang duduk berdekatan dengan khairul pantas berdiri. Wajah sepupunya itu ditatap dengan pandangan hairan.
"Apa hal bro? Kau jangan buat masalah. Kenapa tak boleh bertunang pula."
"I'm sorry ma.. khai tak boleh teruskan." Balas khairul. Dia yang lengkap berpakaian melayu serba putih melangkah ke arah zehra yang duduk di atas pelamin.
Direnung wajah zehra tajam. Seoalah memberitahu akan isi hatinya saat itu. Air mata mula bergenang di tubir mata.
'Ya Allah.. ujian apa lagi yang kau turunkan buatku'. Getus hati kecil zehra.
"Saya minta maaf." Hanya itu yang terlafaz di bibir khairul.
"Saya tak boleh teruskan pertunangan ni sebab.."
"Khai ! Fikir baik-baik nak.. khai sendiri yang nak bertunang dengan zehra. Kenapa khai nak putuskan pula. Mama dah atur semuanya khai.. tolong jangan malukan mama." Pecah tangisan puan kamariah. Lututnya lemah untuk berdiri. Bila masa sahaja dia boleh rebah.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...