"Widuri dah meninggal zehra.. Adik kau dah meninggal".
Mendengar sahaja ayat itu terasa longgar kedua belah lutut dan tidak semena-mena zehra jatuh terjelopok di tanah. Aira segera mendapati zehra.
"Kau tipu aku kan." Ujar zehra. Dia tidak percaya. Dia nampak widuri sebentar tadi. Suara widuri begitu jelas menusuk pendengarannya meminta makanan.
Adakah dia salah orang? Ataupun dia sudah gila? Gila yang tanpa dia sedar.
"Aku tak tipu kau. Dah setahun widuri meninggal. Aku sangka kau dah boleh terima semua ni." Balas aira.
"Aku tahu kau kuat. Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita zehra. Percayalah! Setiap apa yang terjadi ada hikmah nya. " nasihat aira.
Air mata yang tadinya seakan terhenti kini lebat membasahi pipi zehra. Tersengguk-sengguk zehra menangis sambil diperhati aira yang bersimpati.
"Semuanya salah aku aira.. Salah aku!!" Zehra menumbuk-numbuk dadanya seakan menyesali sesuatu.
"Kalau la hari tu aku teman widuri semua ni takkan jadi. Mesti sekarang widuri masih hidup." Zehra menyalahkan diri.
Sungguh dia tak mampu untuk hadap ujian ini. Selepas satu ujian , satu ujian menimpanya. Ayah , umi dan widuri. Seorang demi seorang pergi meninggalkannya. Membiarkan dia seorang diri jalani kehidupan. Terkontang-kanting tanpa arah tujuan.
"Berhenti salahkan diri kau. Semua ni takdir Allah. Allah dah tentukan semuanya dari azali lagi. Tak akan ada sorang manusia yang terlepas dari kematian. Kau, aku semua akan mati nanti. Lambat dan cepat saja. " kata aira. Tangan zehra digenggam erat bagai menyalurkan kekuatan.
"lap air mata kau. Tak elok nangis waktu senja macam ni. Masuk dalam mandi dan terus solat. Nanti kita makan sama-sama". Pujuk aira. Zehra yang masih melayan rasa sedih hanya menurut apabila tangannya ditarik aira masuk ke dalam rumah.
****
" Amin Ya Rabbal Alamin." Zehra mengaminkan doanya. Selesai menunaikan tanggungjawabnya kepada yang maha berkuasa. Lama dia berteleku di atas sejadah. Membasahkan bibirnya dengan zikirullah.
Selepas berzikir Al-Quran dicapai. Satu juz dibaca malam ini. Terasa hatinya sedikit tenang. Seketika matanya tertancap pada anak patung beruang di atas katil. Zehra mencapai anak patung itu dan merenung sedalam mungkin.
Fikirannya melayang mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang membawa tragedi yang menimpa widuri. Semuanya berlaku di atas kecuaiannya sendiri.
FLASHBACK ..
"Kak long jemput adik lewat sikit tau hari ni. Make sure adik tunggu sampai kak long sampai tau. Jangan ikut orang yang adik tak kenal. Faham?" Pesan zehra kepada widuri.
Hari ini merupakan hari ketujuh widuri mula sekolah selepas sebulan pemergian umi. Selalunya setiap pagi umi yang akan hantar widuri ke sekolah walaupun ada kala umi tidak sihat. Kini tugas itu sudah digalas oleh zehra.
Pipi widuri dikucupnya lama. Widuri memeluk tubuh zehra erat seakan tidak mahu lepas.
"Nanti mesti adik rindu kak long." Ujar widuri. Diperkemaskan pelukan di batang tubuh kakaknya.
"Kak long pergi kerja ja kan. Bukannya kak long pergi jauh dari adik". Balas zehra. Dia menyamakan kedudukannya separas dengan widuri.
"Iyelah.. Mana tahu mungkin adik yang pergi jauh dari kak long." Kata-kata widuri itu sedikit sebanyak memberi rasa tidak senang dalam hati zehra.
Zehra berdecit.
"Apa cakap macam tu. Kak long akan pastikan adik takkan pergi mana-mana. Adik kena ada di sisi kak long selamanya."
"Tapi kita tak tahu bila kita mati kan kak long?" Tanya widuri lurus.
"Dah tak payah cakap pasal tu lagi. Janji dengan kak long adik takkan cakap yang bukan-bukan lagi lepas ni. " zehra menghulur jari kelingkingnya.
"Janji!" Widuri mencangkuk jari kelingkingnya ke jari zehra tanda berjanji.
"Teacher dah tunggu tu. Belajar rajin-rajin." Kepala widuri diusap sebelum zehra melangkah ke jalan raya. Zehra menoleh ke belakang dan melambai ke arah widuri sambil tersenyum. Entah kenapa hatinya berat untuk meninggalkan widuri saat itu.
Lagi beberapa langkah untuk dia tiba ke seberang jalan kedengaran bunyi hon dari kereta yang tidak tahu dari arah mana begitu kuat.
PINNNNN !!!!!!
STREEETTTT !!!!!
BUMMMMM !!!!!
Bunyi dentuman itu membuatkan tubuh zehra terpusing 360 darjah.
Jelas di pandangan mata satu susuk tubuh sudah menggeletik jatuh tertiarap atas jalan. Pakaian sekolah serba biru itu berlumuran darah.
Tangan itu melambai ke arah zehra dan mata mereka bertentangan. Mulut itu sempat menyebut satu perkataan dengan sangat perlahan sebelum tubuh itu kaku tidak bergerak.
"Kak long.."
"Ya Allah !! Adikkkkk !!! " raung zehra kuat.
ENDFLASHBACK
Tok ! Tok !
Ketukan di pintu bilik menyedarkan zehra dari lamunan. Air mata dilap dengan belakang tangan.
"Jom makan." Tersembul wajah manis aira di muka pintu.
"Aku tunggu di dapur." Sambung aira. Zehra mengangguk. Telekung dibuka dan disangkut dalam almari.
Patung beruang kembali di letakkan ke atas katil.
"Kak long minta maaf adik. Kak long tak dengar masa tu adik panggil kak long sebab bekal makanan adik tertinggal. Adik kejar kak long tanpa sempat cikgu adik tahan. Maafkan kak long. "
Buat kesekian kalinya zehra menangis di hadapan patung beruang itu.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...