ZW 32

7.9K 172 5
                                    

Tengkuknya yang mual diurut dengan minyak angin panas. Perutnya kosong menandakan tiada lagi isi yang boleh dimuntahkan lagi. Kepala yang berdenyut memaksa dirinya hanya baring di atas katil.

Telefon bimbit dicapai. Nombor seseorang didail. Telefon ditekap ke telinga.

"Kak ayu.. Hari ni saya cuti boleh? Saya tak sihat." Zehra memulakan perbualan. Jari jemarinya memicit kepala yang berdenyut seakan mahu pecah.

"Kelmarin pergi klinik kan? Dr cakap apa?" Soal kak ayu selaku owner tadika tempatnya bekerja. Zehra berdehem bagi melancarkan suaranya yang tiba-tiba serak.

"Pregnant". Sepatah sahaja yang keluar dari mulut zehra. Suara jeritan riang kak ayu dari hujung talian kedengaran. Diselang seli dengan suara deeja yang menanya itu ini.

Perasaan sebak menghimpit pangkal hati zehra saat itu. Sepatutnya jeritan dan sorakkan riang itu datang dari megat nabhan bukannya dari orang lain.

"Thanks kak ayu." zehra menamatkan perbualannya. Telefon diletak bawah bantal. Sunyi sepi rumah itu. Tiada siapa yang mengambil tahu keadaan dirinya sekarang.

Sakit demamnya tiada yang peduli. Meskipun dari suami sendiri. Zehra mengeluh. Matanya dipejam. Otak dikosongkan tidak mahu memikirkan apa-apa. Antara jaga dan lena dia terasa bahunya digoncang kuat.

"Zehra.. Bangun.." Suara megat nabhan menusuk ke pendengaran zehra.Terpisat-pisat zehra bangkit dari pembaringan. Dia memandang megat nabhan yang sudah melabuhkan duduknya di birai katil.

"Aku masakkan bubur. Makan". Dulang yang berisi semangkuk bubur dan juga segelas air kosong diletak atas pahanya.

"Buka mulut." Megat nabhan menyua rapat sudu bubur ke bibir zehra. Zehra mengetap bibir. Dia memandang tunak wajah megat nabhan.

"Apa semua ni?" Soal zehra lemah. Dia hairan dengan sikap megat nabhan yang tiba-tiba berubah baik seperti ini.

"Makan.." Gesa megat nabhan.

Zehra menggeleng.

"Saya tak suruh awak masak pun."

Megat nabhan mengeluh. Direnung zehra dengan pandangan tajam.

"Salah ke aku nak buat baik dengan isteri aku? Nak ambik berat pasal isteri aku. Salah?" Ujar megat nabhan. Suaranya yang lembut menusuk dalam hati zehra.

"Tapi.."

Belum sempat zehra habis berkata megat nabhan pantas memintas.

"Aku tahu aku banyak buat salah pada kau selama ni. Aku tak layan kau seperti selayaknya seorang isteri. Aku berdosa pada kau. Aku minta maaf.." Lirih suara megat nabhan berbicara.

Dia menunduk.

"Aku bingung dengan perasaan aku zehra.. Aku tak tahu apa yang ada dalam diri aku , dalam hati aku. Setiap kali aku tengok kau perasaan marah tu datang. Walaupun aku tahu kau tak buat salah. Tapi aku tak boleh kawal diri aku." Megat nabhan mengangkat pandangannya.

Tangan zehra dicapai. Matanya bertentang dengan anak mata zehra. Bagaikan mencari sesuatu dalam anak mata yang pernah membuai perasaannya dahulu.

"Dulu aku cuba sedaya upaya dapatkan kau. Aku cari pelbagai cara untuk 'ikat' kau. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku cintakan kau. Sangat-sangat cintakan kau. Tapi sekarang aku sendiri tak tahu perasaan tu macam mana. Sebab perasaan tu dah tak ada dalam diri aku zehra.. Dah tak ada ! Yang ada cuma rasa puas bila tengok kau menangis."

Zehra menarik tangannya dari pegangan megat nabhan. Entah kenapa dia sakit dengan pengakuan jujur dari megat nabhan.

"Saya tak pernah minta untuk awak cintakan saya. Saya tak pernah minta untuk bertemu dengan awak. Tapi perbuatan awak pada saya sangat melampau. Awak buat saya seperti tak ada harga diri megat.. Dan awak.."

Zehra tidak mampu meneruskan kata-katanya. Dia sebak. Namun tidak pula mengalirkan air mata.

"Awak sendiri dah mengaku tak cintakan saya jadi saya minta awak lepaskan saya." Kata zehra. Megat nabhan bingkas bangun. Dia berdiri sama paras dengan zehra.

"No ! Aku takkan lepaskan kau."

Zehra tersenyum kecil.

"Mungkin sekarang awak cakap macam tu tapi saya percaya satu hari nanti akan terlafaz juga dari mulut awak." Balas zehra. Dia mahu melangkah keluar dari bilik itu namun dengan kasar megat nabhan mencengkam lengannya.

"Aku tahu kenapa kau nak sangat aku ceraikan kau. Sebab nanti senang la kau nak keluar dengan jantan keparat tu kan? Senang la kau nak 'bersama' dengan bapak anak haram kau ni!" Suara megat nabhan sudah meninggi. Entah kenapa dia berasa marah dengan sikap zehra yang tak habis-habis menyuruhnya lafazkan cerai.

"Shut up megat ! Setiap perkataan yang keluar dari mulut awak semuanya menyakitkan hati saya. Awak cakap apa? Anak yang saya kandungkan ni anak haram? Ya ! Memang anak haram ! Sebab ia datang dari benih yang langsung saya tak cinta. Awak tahu siapa yang saya tak cinta? Awak !"

Zehra menunding jari telunjuknya tepat pada megat nabhan. Matanya jegil dengan muka yang membengis.

"Dari awal lagi saya dah agak awak tak ikhlas mohon maaf pada saya. Awak dengar sini megat, mulai saat ni saya takkan menitiskan air mata saya walaupun setitis hanya kerana awak. Itu janji saya!" Kata zehra sebelum dia berlari keluar dari bilik tidurnya dan megat nabhan.

'Kau ego megat nabhan.. Suatu hari nanti kau akan menyesal dengan ego kau..'


















Sorry agak pendek ..
Kering idea author.. Memang mencabar sangat chapter kali ni ..

ENJOY YOUR READING GUYS ..

Please vote and comment 🌹

Tq

❤❤

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now