ZW 28

8.2K 174 11
                                    

Suapan pertama berjaya melepasi bibirnya. Dikunyah perlahan sesekali dia mendesis apabila bibirnya pedih terkena sisa kuah kari. Air suam disisip bagi menghilangkan rasa perit di kerongkong. Nasi campur berlaukkan kari ikan kembung , kerabu taugeh dan juga timun dipandang sepi.

Perutnya yang berkeroncong minta diisi bagaikan sudah kenyang apabila bibirnya membengkak menyebabkannya sukar untuk menikmati makanan tersebut. Cermin kecil yang berada di dalam beg tangannya diambil.

Terbias wajahnya yang membengkak di bahagian mulut. Terdapat juga birat tapak tangan di pipi kanannya namun tidak jelas. Zehra menekan bibir bawahnya dengan jari telunjuk. Terdapat beberapa tompok putih seperti ulser di permukaan bibir. Bukannya satu tetapi tiga. Dipermukaan bibir dua tompok manakala berdekatan dengan gusinya pulak satu tompok ulser.

"Itu baru sikit. Kalau ikutkan hati anak aku lunyai kau dikerjakan. Silap hari bulan dalam kubur la kau sekarang." Entah dari mana datangnya puan halijah ketika itu. Zehra cepat-cepat menyimpan cermin kecil yang dipeganya ke dalam beg. Berlagak seperti tiada apa-apa.

Puan halijah melingkar kedua belah tangannya memeluk tubuh. Belakang badan disandar pada kabinet dapur. Senyuman sinis tidak lekang dari wajahnya yang berusia 53 tahun itu.

"Kebal juga kau ni ya.. Konon semalam menjerit menangis minta tolong. Hei ! Kalau ikutkan hati aku ni tak ingin aku nak halang anak aku dari pukul kau semalam. Tapi tu la.. Kesian pula tengok kau yang bersungguh-sungguh berlakon sakit semua tu."

Zehra yang malas mahu melayan karenah puan halijah bingkas bangun. Dia berjalan menuju ke muka pintu dapur. Tapi dengan pantas puan halijah menghalang. Wanita itu nampaknya masih belum puas hati dengan dirinya. Ada sahaja benda nak cari gaduh.

"Aku belum habis cakap dengan kau lagi. Sepatutnya semalam mulut kau ni bukan setakat kena cubit je tapi kena gosok dengan berus jamban sampai terburai. Perempuan mulut celupar macam kau ni tak boleh pukul sikit-sikit. Alang-alang nak pukul biar sampai mampus!"

"Kadang aku terfikir macam mana mak bapak kau ajar kau dulu. Dah la kurang ajar dengan suami lepas tu perasan bagus pulak. Ish ! Mujur la aku tak ada anak macam kau. Minta simpang malaikat 44."

Zehra menatap tajam wajah puan halijah. Berdesing telinganya apabila ibu mentuanya itu mencemuh dengan melibatkan ibu bapanya yang sudah meninggal.

"Saya tak kisah kalau mama nak hina saya. Tapi mama jangan sekali-kali berani hina arwah umi dan ayah. Jangan sampai satu hari nanti saya hilang rasa hormat pada mama." Ujar zehra tegas. Tidak dihirau puan halijah yang sudah kembang kempis hidung menahan amarah.

"Kurang ajar kau ya! Ilmu guna-guna apa yang kau pakai sampai anak aku nak sangat kahwin dengan kau. Cakap ! Dasar perempuan tak tahu malu ! Kau ingat aku tak tahu kau goda anak aku lepastu kau perangkap dia kan? Kau ni memang jenis perempuan tak ada maruah ! Perempuan murah ! Sepatutnya tempat kau bukan kat sini tapi dekat lorong gelap!" Marah puan halijah. Zehra tersenyum kecil.

"Saya rasa mama pun tahu punca sebenar megat kahwin dengan saya. Dan saya rasa mama tak pekak kot masa ibu cerita perkara sebenar pada mama malam tu. Mama pun tak butakan untuk menilai siapa yang benar siapa yang salah sebab mama sendiri ada malam tu. Mama sendiri nampak macam mana keadaan saya dan keadaan anak mama yang penakut tu."

"Untuk pengetahuan mama dalam hati saya tak ada langsung nama megat nabhan dan selamanya tak akan ada. Saya penat la nak gaduh dengan mama pasal ni. Sebab mama sendiri tahu saya tak harap pun perkahwinan ni terjadi. Tapi tulah.. Anak mama yang terhegeh-hegeh nakkan saya."

"Hei perempuan ! Aku akan pastikan lepas ni anak aku ceraikan kau. Kau tunggu dan lihat apa aku akan buat. Dan kau jangan sesekali berani panggil aku mama. Aku jijiklah dengar !" Balas puan halijah. Sempat lagi ditolak bahu zehra sebelum dia meninggalkan ruang dapur itu.

















🌹

















Megat nabhan membuka perlahan pintu biliknya. Dilihat zehra begitu tekun menulis sesuatu di atas katil. Wanita itu langsung tidak menghiraukan kehadirannya dalam bilik itu.

Briefcase diletak atas meja lantas tuala yang tersangkut dalam almari diambil. Dia mahu membersihkan badan yang melekit. Zehra yang perasan kepulangan megat nabhan dari kerja hanya buat tidak tahu.

Selesai membersihkan diri megat nabhan berdiri di pinggir katil. Tangannya mencekak pinggang memerhati zehra. Wanita itu buat dirinya seperti tidak wujud di situ.

"Ehem.." Megat nabhan berdehem. Zehra mengangkat kepala sekilas sebelum dia kembali menyambung kerjanya.

"Aku ada perkara nak bincang dengan kau." Ujar megat nabhan. Panggilan 'Aku Kau' masih digunakan walaupun mereka sudah bergelar suami isteri.

"Apadia.." Soal zehra sepatah. Megat nabhan melabuhkan duduknya atas katil berhampiran dengan zehra.

"Pasal mama. Apa kau buat pada mama petang tadi? Sampai dia menangis-nangis kat aku."

Zehra berhenti menulis. Dia mengeluh perlahan. Wajah megat nabhan dipandang.

"Mama mengadu pada awak?"

"Tak kisahlah mama mengadu ke tak. Yang aku kisah sekarang ni perlu ke kau buat mama sampai tahap tu?"

"Saya buat apa? Cuba awak cakap. Apa yang saya buat. Saya pukul mama awak ke? Takkan.." Ujar zehra lembut.

"Memang kau tak pukul dia tapi kau melawan cakap dia. Hei ! Aku sebagai anak dia pun tak melawan cakap dia. Kau siapa? Kau menantu jer kan.. Tak boleh ke kau hormat mama aku sikit. Ke kau dah lupa cara hormat orang tua lepas mak bapak kau meninggal?"

Buku yang berada di tangan zehra tutup kuat. Dipandang megat nabhan dengan seribu satu macam perasaan.

"Kenapa perlu libatkan arwah umi dan ayah dalam hal ni? Walaupun saya anak yatim piatu tapi saya tak lupa semua tu. Awak nak ingatkan saya macam mana cara nak hormat orang? Sepatutnya awak ingatkan mama awak yang tak habis-habis hina saya, hina arwah umi dan ayah. Kenapa ya awak dan mama asyik nak cakap buruk pada orang yang dah tak ada.?"

"Tak betul apa aku cakap. Kau sebagai menantu belajar hormat mak mentua. Bukannya kurang ajar."

Zehra bingkas bangun dari duduknya.

"Sudahlah megat! Saya malas nak gaduh dengan awak. Cukuplah petang tadi mama awak cari pasal dengan saya dan sekarang awak pulak. Saya tak nak tambah dosa saya lagi melawan cakap awak. Awak kan suami, apa yang keluar dari mulut awak semuanya betul kan?Jadi tak ada beza saya tegakkan benda yang betul. Alih-alih saya juga dipersalahkan." Balas zehra. Dia berura-ura mahu keluar dari bilik itu namun sempat dihalang megat nabhan. Tangan zehra dicapai.

"Aku minta maaf.. Tapi aku minta malam ni kau tidur sini. Temankan aku. Lagipun kau dah lama tak layan aku." Kata megat nabhan sambil diusap lembut tangan zehra.

"Saya tidur bilik tetamu. Cukuplah awak layan saya macam anak patung megat. Waktu awak nak awak cari. Waktu tak nak awak buang. Saya pun ada perasaan. Saya minta maaf" Zehra merentap kembali tangannya. Telefon di atas meja dicapai dan dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

'Ampunkan dosaku Ya Allah .. Aku tahu berdosa seorang isteri menolak permintaan suami. Tapi aku 'sakit'. Terlampau 'sakit'. Sakit dengan sikapnya yang melayan diriku tak ubah seperti perempuan murah. Langsung tidak diangkat darjatku sebagai seorang isteri.''

















ENJOY YOUR READING GUYS ..

Please vote and comment 🌹

Tq

❤❤

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now