Pagi itu zehra terlewat bangun. Selepas sahaja solat subuh baru zehra dapat melelapkan mata. Disebabkan itu jugak ketika angka jam menginjak pukul 9 pagi baru zehra terjaga dari tidur.
Letih tubuhnya tidak dihiraukan. Kepalanya terasa sakit kerana tidak cukup tidur. Tuala di tepi almari dicapai dan terus melangkah keluar dari bilik menuju ke bilik air.
Selesai membersihkan diri zehra menuju ke dapur untuk bersarapan. Hanya ada biskut kering dan jugak secawan milo panas untuk mengisi perut yang kosong. Cukuplah sekadar alas perut sementara menunggu tengah hari.
Rumah teres kos sederhana itu terasa sedikit sunyi semasa ketiadaan aira. Selalunya hari minggu begini mereka berdua akan lepak bersama di dapur dan selepas itu masak bersama untuk makan tengah hari.
Zehra mengeluh.
Menyesal pulak dia tidak ikut cadangan aira untuk pulang ke rumah ibu dan ayah. Jika tidak pasti zehra tidak sunyi sebegini.
Angin menerpa masuk ke dalam rumah kerana pintu dapur terbuka. Pemandangan sawah padi yang terbentang luas membuatkan perasaan zehra sedikit tenang.
Titt !! Titt !! Titt !!
Sedang zehra asyik mengelamun telefon bimbit 3310 miliknya berbunyi menandakan ada satu mesej diterima.
'Zehra, aku minta maaf pasal semalam' ..
Khairul..
Nama itu meniti di bibir zehra.
'Tak pa..'
Hanya sepatah balasan dari zehra.
'Kau cutikan hari ni? Kita keluar nak?
Aku datang ambil kau.''Kau kerja kan hari ni? '
'tak apa.. Aku boleh ponteng. Kita keluar
tengok wayang nak?''Tak payah la khairul. Aku nak rehat..
Assalamualaikum..'Zehra menamatkan perbualan mereka. Telefonnya kembali diletak ke atas meja. Dia tahu khairul mengajaknya keluar bersebab. Mesti lelaki itu sekali lagi akan luahkan perasaan terhadapnya.
Tidak tahu bagaimana cara untuk beritahu agar khairul faham akan perasaannya. Sejujurnya tidak ada sedikit rasa cinta dalam diri zehra untuk khairul. Dia cuma menganggap khairul sebagai teman sekerja.
Kalau boleh dia tidak mahu terjebak dengan cinta. Dia takut.
🌹
Khairul berdecit marah. Tak sangka sekali lagi zehra menolah pelawaanya. Sedaya upaya dia merendahkan ego nya sebagai seorang lelaki semata-mata mahu mengajak zehra keluar.
Zehra memang sombong !
Kotak kosong yang berada berdekatan dengan kakinya ditendang sekuat hati. Kalau ikutkan hatinya yang tengah panas ini mahu sahaja dia pergi ke rumah zehra bersemuka dengan gadis itu.
"Apa sebenarnya yang kau nak zehra? Sampaikan aku pun kau tak pandang. Teruk sangat ke aku ni?"
Khairul bercakap seorang diri. Tak dihirau fauzi yang sedang memandangnya. Fauzi yang ketika itu tekun mengira stok terkejut dengan tendangan khairul.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZEHRA WIDURI ✔
Roman d'amour✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...