Mereka tiba di perkarangan rumah puan halijah tepat jam 8.30 malam. Kelihatan puan halijah sudah menunggu kehadiran mereka. Begitu juga dengan megat nabhan.
"Silakan masuk.." Pelawa puan halijah kepada puan haliza dan juga encik azman. Zehra dan aira hanya membuntuti dari belakang.
Zehra sopan mengenakan baju kurung tinggalan arwah uminya manakala aira pula memakai dress taburan bunga kecil berwarna pastel. Dari jauh megat nabhan memerhati dua gadis itu. Pandangan matanya lebih tertancap ke arah zehra yang ayu bertudung. Keduanya sama cantik tapi matanya lebih suka memerhati zehra si gadis pujaan hati.
Selesai sahaja makan malam mereka semua berkumpul di ruang tamu. Zehra mengambil tempat bersebelahan aira. Melihat akan itu megat nabhan segera duduk di kerusi berhadapan dengan zehra.
"Perut pun dah kenyang boleh la kita berbincang ya.." Ujar puan halijah.
"Tuan punya badan pun dah ada kat sini." Balas puan haliza bersama senyuman.
Aira dan zehra berpandangan sesama sendiri. Tidak faham akan situasi yang sebenar. Puan haliza kemudian mengalih pandangan kepada aira. Tangan anak dara nya itu diusap lembut.
"Ibu dah setuju nak jodohkan aira dan megat. Ibu harap aira tak menolak."
Mendengar akan itu serta merta riak wajah aira berubah. Begitu juga dengan zehra dan megat nabhan. Mereka bertiga terkejut dengan apa yang diperkatakan puan haliza.
Aira bertembung pandang dengan megat nabhan manakala zehra pula hanya menekur lantai.
"Err.. Ibu tak bincang dengan adik pun pasal ni." Ujar aira. Dia masih lagi terkejut. Tangan zehra dipegangnya kuat. Meminta sedikit kekuatan dari sahabatnya itu untuk hadap situasi yang tidak pernah difikirnya.
"Maa.. What going on? Megat tak tau pun pasal ni." Kata megat nabhan pulak. Wajah puan halijah dan puan haliza direnung silih berganti.
"Sekarang megat dah tahu kan. Mama sendiri yang meminang aira untuk megat. Hujung bulan ni kita langsungkan majlis kahwin. Mama harap megat tak menolak." Balas puan halijah. Kedengaran sangat kejam tindakannya itu. Tapi perlu diketahui segala apa yang dirancang semuanya demi kebaikan megat nabhan.
"Ibu tak boleh buat adik macam ni. Adik tak nak.." Bisik aira perlahan namun masih dapat didengari oleh semua yang berada di situ. Kali ini puan haliza pulak berubah riak.
"Ibu dah setuju pun. Kenapa adik tolak? Adik dah ada pilihan hati ke?"
Aira diam. Dia bungkam untuk menjawab soalan cepumas itu. Sejujurnya dia tidak ada kekasih yang boleh menyelamatkan dalam situasi ini.
"Diam maknanya tak ada kan? Jadi adik setuju saja la."
"Zehra macam mana?" Soal aira.
Dipandang wajah puan haliza dan encik azman silih berganti. Dia tahu jika dia setuju untuk berkahwin dengan megat nabhan secara tak langsung zehra terpaksa jalani hidup sendirian. Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Biarlah dia dan zehra sama-sama berkahwin dan bahagia. Dia tidak sanggup untuk melihat zehra kembali bersedih seperti dahulu.
"Kenapa dengan zehra? Zehra okey kan kalau aira kahwin?" Kali ini puan haliza menumpukan perhatiannya pada zehra.
"Hah ?! "Zehra bingung.
"Err... Zehra tak kisah ibu. Asalkan aira bahagia". Sambung zehra lagi. Bibirnya menguntum senyuman. Walhal dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Dia kemudian meminta diri untuk ke tandas. Tidak betah dia berlama di situ. Tambahan pula mereka semua sedang berbincang tentang aira dan megat nabhan. Dia sebagai orang luar tidak berhak untuk masuk campur.
Tombol pintu tandas dipulas. Namun belum sempat pintu ditutup ada sepasang tangan kekar menghalang dari luar. Bau minyak wangi Ralph Lauren menusuk ke hidung zehra.
Sekuat tenaga zehra menghalang pintu dari terbuka. Namun tenaganya tidak setanding dengan tenaga lelaki itu. Pantas sahaja insan itu menyelinap masuk.
Zehra menjegilkan mata. Dia berundur setapak ke belakang. Megat nabhan tersenyum sinis. Tangannya disilang ke dada sambil belakang badan disandar ke pintu.
"Tepilah ! " Zehra cuba menolak tubuh megat nabhan namun tidak berjaya. Lelaki itu membatukan diri tanpa menganjak sedikit pun.
"Kau cantik bila marah macam ni zehra." Jarinya cuba mengusap pipi zehra. Cepat saja zehra menepis.
"Jangan sentuh aku!" Ujar zehra keras. Dia benci dengan sentuhan itu.
"Marah ? Lelaki lain sentuh kau boleh pulak". Bidas megat nabhan.
"Apa kau merepek ni ha? Gila !" Cemuh zehra. Megat nabhan mengetap bibir. Rahangnya bergerak-gerak. Dengan kasar dia menolak tubuh zehra sehingga belakang gadis itu bertemu dengan sinki. Pipi zehra dicengkamnya kuat.
"Aku gila?"
Mata mereka berpandangan sesama sendiri. Zehra langsung tidak melarikan anak matanya. Malah dia merenung mata hitam megat nabhan dengan rasa benci yang mendalam.
"Aku gila sebab kau.." Tangan megat nabhan melingkar ke pinggang zehra. Sebelah tangan yang tadinya mencengkam pipi zehra dilepaskan dan dibawa ke belakang kepala zehra.
Dia merapatkan kepala zehra ke arahnya. Matanya tepat merenung bibir zehra yang merah pucat itu. Bibir zehra bagaikan menggamit dirinya. Zehra memejam mata apabila ulas bibirnya di urut lembut oleh bibir megat nabhan.
Sesaat .. Dua saat .. Tiga saat ..
Zehra tersentak. Pantas dia menolak megat nabhan.
"Lepaslah !" Pinta zehra.
"Kalau aku tak nak?" Kening megat nabhan terjongket. Dia semakin mengeratkan pelukannya di pinggang zehra.
"Tolong jangan layan aku macam aku ni murah sangat". Suara zehra tegas.
"Oh i see.. Kau lupa macam mana meraungnya kau saat aku sentuh kau dulu? Bukan sekali tapi tiga kali". Ujar megat nabhan sambil dinaikkan tiga jari jemarinya.
Zehra mencerlung marah.
"Setiap sentuhan kau bukan di atas kerelaan aku. Dan aku tak pernah redha atas apa yang kau buat pada aku selama ni !" Balas zehra. Dia menumbuk perut megat nabhan kuat. Terlepas terus pelukkan megat nabhan di pinggangnya.
Megat nabhan terbatuk kecil. Senak perutnya dengan tumbukan zehra. Zehra mengangkat jari telunjuknya tepat pada megat nabhan. Wajahnya tiada langsung sekelumit senyuman. Yang terbias hanyalah aura kebencian yang membuak-buak.
"For your information megat nabhan, aku bukan zehra yang dulu. Zehra yang tahu menangis, zehra yang takut. Tapi aku.. ZEHRA WIDURI ! Aku takkan biarkan kau buat sesuka hati atas diri aku walaupun nyawa aku sebagai galang ganti !"
Zehra terus meninggalkan megat nabhan. Pintu tandas dihempasnya kuat.
ENJOY YOUR READING GUYS 🌹
Vote and comment okey 👌
Tq
❤❤
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romantizm✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...