Zehra mengesat peluh di dahi. Matahari begitu tegak atas kepala membuatkan cuaca pada hari itu begitu terik.
Sudah satu jam dia berada di stesen bas itu menunggu teksi. Orang semakin ramai membuatkan tempat duduk agak terhad. Zehra mengengsot ke tepi apabila seorang lelaki yang tidak dikenali melabuhkan duduk berhampiran dengannya. Bauan yang kurang menyenangkan mula menusuk hidung.
Lelaki itu bagaikan tidak nampak kewujudan zehra apabila dia dengan senang hati menyucuh rokok jenama Dunhill. Asap rokok mula bertempiaran memenuhi udara.
Zehra menekup hidungnya dengan tapak tangan. Dialihkan wajahnya ke kiri. Tekaknya mula merasa mual dan gatal. Kepalanya mula terasa pening. Peluh semakin membasahi dahi zehra. Tangannya menggenggam tepi baju erat. Menahan diri dari pengsan.
'Sabar zehra.. Sabar..' Gumam hati kecilnya.
"Encik.. Boleh jauhkan sikit asap rokok tu. Kesian dekat akak yang mengandung tu." Tegur salah seorang gadis yang berada di situ. Lelaki itu pantas menoleh melihat zehra. Dia segera bangun dari duduknya.
"Sorry.. Saya tak perasan tadi." Ujar lelaki itu. Zehra hanya mengangguk. Lelaki itu menjauh dari kedudukannnya dengan zehra.
"Terima kasih adik.." Kata zehra.
"Sama-sama.. Dari tadi lagi saya perhatikan akak macam tak selesa. Sebab tu saya tegur". Balas gadis itu. Zehra hanya tersenyum. Tidak mahu bercakap banyak kerana tekaknya mula terasa mual kembali.
Zehra melepaskan pandangannya pada jalan raya. Sepatutnya dirinya yang sarat mengandung ini harus ditemani suami. Bukannya dibiarkan seorang diri. Tapi apakan daya megat nabhan lebih mementingkan diri sendiri.
Perbualannya dengan megat nabhan di rumah pagi tadi mula memenuhi ruang fikiran.
'Awak .. Boleh saya cakap sikit." Tegur zehra. Megat nabhan yang sibuk memakai baju dan wangian hanya memandang sekilas.
"Hmmm.. Cakaplah."
Zehra menarik nafas dan dihembus perlahan. Hujung lengan bajunya dipintal. Belakang tubuh megat nabhan diperhati. Segak suaminya berpakaian kasual seperti itu. T-shirt berkolar jenama Polo dan juga seluar jeans skinny. Rambutnya disikat rapi. Sisi wajahnya dipenuhi jambang halus yang menyerlahkan lagi kekacakan megat nabhan.
"Boleh tak awak hantar saya ke klinik. Saya ada check-up hari ni." Ujar zehra. Megat nabhan pantas menoleh. Wajahnya dikerutkan.
"Selalunya elok jer kau pergi sendiri. Kenapa hari ni nak berhantar bagai."
"Saya tak larat nak ke bustop tu. Jauh.. Lagi pun saya tengah sarat. Kalau jalan banyak nanti kaki saya lenguh." Terang zehra satu persatu. Dia berharap dalam hati megat nabhan ada secebis rasa kasihan padanya.
"Dah tak larat siapa suruh mengandung. Kan dah menyusahkan aku". Kata megat nabhan selamba. Telefon dan kunci kereta dicapai. Dia berura-ura mahu melangkah keluar dari bilik.

YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Storie d'amore✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...