"Sila-sila.. Jemput makan semua. Jangan malu-malu." Puan haliza mempelawa tetamu yang datang. Kawasan rumahnya sedikit sesak dengan kehadiran tetamu yang diundang.
Tidak terlepas juga dengan zehra yang begitu sibuk menolong di dapur. Manakala aira pulak sedang melayan rakan-rakannya di satu sudut berdekatan dengan kolam ikan milik puan haliza. Sesekali kedengaran tawa riang dari mereka.
"Biarin saya yang buat. Cik zehra ke depan saja layan tetamu." Ujar bibik kepada zehra. Bekas yang terisi buah oren sunquick mahu diambilnya namun pantas zehra menghalang.
"Tak apa.. Biar saya buat. Setakat potong buah oren ni apa la sangat." Balas zehra. Tangannya masih lincah memotong buah oren sunquick itu kepada empat bahagian. Kemudian disusun rapi ke dalam bekas.
"Nanti apa kata tuan dan puan. Mereka pasti memarahi saya." Kata bibik. Dia terjenguk-jenguk. Risau mungkin jika puan haliza ada di situ.
"Jangan risau.. Mereka takkan marah. Nah! Bawak ke depan." Suruh zehra. Bibik menggaru kepala yang tidak gatal. Terbalik sudah. Sekarang ini siapa yang bibik sebenarnya. Dia ataupun zehra.
Zehra mengangkat kening sambil terus menyuakan bekas itu kepada bibik. Mahu atau tidak terpaksa jugak bibik mengambilnya. Zehra mengukir senyuman bila sahaja bibik berjalan keluar dari dapur.
"Bik , kamu ada lihat zehra tak?" Tanya aira. Sedari tadi dia mencari kelibat bffnya itu namun tiada.
"Cik zehra ada di dapur."
"Dapur? apa dia buat?" Tanya aira lagi sekali. Pelik !
"Err.. Dia tolong bibik buat kerja. Bibik sudah larang sama dia tapi cik zehra ngak mahu dengar." Jawab bibim takut-takut. Takut dimarahi oleh aira. Aira yang mendengar akan hal itu segera masuk ke dalam rumah.
"Woii !! Apa kau buat?" Sergah aira. Zehra yang ralit memotong agar-agar terkejut. Mujur tak tercampak pisau di tangannya sekarang.
"Kalau ya pun bagilah salam. Terkejut aku !" Marah zehra. Dijelingnya aira yang tersengih seperti kerang busuk itu.
"Tak payah tunjuk rajin sangat. Jom ikut aku ke depan." Aira terus menarik tangan zehra. Terlepas terus pisau di tangan zehra. Belum sempat lagi agar-agar itu dipotong.
"Agar-agar tu macam mana?"
"Biarkan.." Langkah kaki diatur menuju ke arah puan haliza dan encik azman. Suami isteri itu sedang rancak berbual dengan seorang wanita. Disamping wanita itu terdapat seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya.
"Kenalkan ni la anak saya aira.. Itu zehra , anak angkat saya." Sebaik sahaja duduk dilabuhkan puan haliza terus memperkenalkan diri mereka berdua.
Puan halijah mengangguk sambil tersenyum. Wajah aira dan zehra ditilik. Manis ! Tapi lebih manis lagi zehra yang bertahi lalat ditepi bibir.
"Aira, zehra ni puan halijah. Kawan mama dan ini anak teruna dia Megat nabhan." Ujar puan haliza. Aira berbalas senyuman dengan megat nabhan namun tidak pada zehra. Dia hanya menunduk memandang ke bawah.
Megat nabhan hanya diam. Sesekali matanya dilarikan ke seluruh wajah zehra. Entah kenapa dadanya sedikit berdebar. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Ah! Dia sendiri tidak tahu.
"Cantik anak dara awak liza.. Sebelum ni saya datang sini tak pernah nampak pun."
"Mereka tak tinggal sini. Aira dan zehra duduk rumah sewa. Lagi pun dekat dengan tempat kerja." Balas puan haliza.
Aira menyiku lengan zehra.
"Apa?" Tanya zehra perlahan. Aira menjuihkan mulutnya kepada megat nabhan. Zehra yang tidak tahu menahu apa yang ditunjukkan aira kepada segera mengalihkan pandangan.
Deg !!
Mata zehra dan megat nabhan bertentang. Zehra menelan liur begitu dengan megat nabhan. Masing-masing berpandangan selama 5 detik. Cepat-cepat zehra berdehem.
"Saya masuk dulu." Zehra meminta diri. Sumpah dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu buatkan seluruh bulu romanya menegak.
Tandas dituju. Lama zehra berteleku di dalam tandas. Debaran di dadanya seakan tidak mahu berhenti. Sesekali dia menggeleng kepala. Adakala jari jemarinya meramas sesama sendiri.
🌹
Megat nabhan dan puan halijah dalam perjalanan pulang ke rumah. Banyak perkara yang mereka bualkan termasuklah tentang aira dan zehra.
"Mama nak tanya pendapat kamu. aira atau zehra?"
Megat nabhan diam. Langsung tidak menjawab walaupun sepatah.
"Kalau bagi mama , mama lebih sukakan aira. Cantik.. Berkerjaya.." Puji puan halijah. Entah kenapa kali pertama memandang aira hatinya terus terpaut suka. Baginya aira ada ciri-ciri menantu pilihan.
"Walaupun zehra tu tak kurang cantiknya tapi mama lebih suka aira." Sambung puan halijah lagi. Dia menoleh ke arah megat nabhan. Paha anaknya itu dicubit
"Aduh ! Sakit la mama." Megat nabhan menggosok-gosok pahanya yang perit akibat cubitan puan halijah. Confirm lebam !
"Siapa suruh tak bagi tumpuan pada mama. Mama bukan bercakap dengan tunggul." Puan halijah menjeling. Sakit pula hati tuanya dengan sikap megat nabhan.
"Sorry.. Mama cakap pasal apa tadi. Papa?"
"Apa kena mengena dengan papa pulak ni?"
"Dah tu?"
Puan halijah mengeluh kuat. Stress dengan megat nabhan mungkin.
"Aira.. Mama nak aira jadi menantu mama."
Terhambur ketawa sinis dari megat nabhan. Puan halijah mengerut kening.
"Menantu apa ni ma.. Tak payah merepek la." Balas megat nabhan. Baru kenal malam ini dah suruh dijadikan isteri pulak.
"Mama serius. Lagi tiga bulan dari sekarang nabhan mesti kenal-kenal dengan aira. Lepastu tunang dan terus kahwin. Mama dah tak sabar nak ada menantu."
"No mama.. Nabhan tak kan ikut. "
"Why?"
"Permintaan mama ni mengarut. Entah-entah perempuan tu dah ada boyfriend. Ikut suka mama jer nak jodohkan nabhan dengan dia."
Kereta membelok masuk ke perkarangan rumah. Enjin dimatikan dan megat nabhan terus membuka pintu kereta.
"Mama dah selidik dah.. Aira tu single. Elok sangatlah dengan nabhan. Lagipun kamu bukannya muda lagi. Tahun depan dah 28 . Orang lain umur sebaya kamu anak dua tiga orang dah."
"Tu orang lain bukan nabhan. Nabhan tak berminat dengan perempuan tu."
"Dia ada nama okey."
"Whatever! Start now nabhan tak nak cakap pasal dia lagi." Ujar megat nabhan. Dia terus melangkah keluar meninggalkan puan halijah yang masih berada di dalam kereta.
Tak dihirau langsung panggilan puan halijah. Yang penting telinganya tak akan dengar lagi nama aira.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Roman d'amour✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...