ZW 65

16.2K 261 35
                                    

"happynya sayang abang ni.."

Terasa sepasang tangan menjalar di pinggang. Aku tersenyum. Kepala aku sandarkan pada dada si dia. Nyamannya terasa sehingga membuatkan aku tanpa sedar memejamkan mata.

"I love you.."

Ucapan itu..

Ucapan yang selalu ku dengar setiap hari, setiap saat dan setiap waktu. Tanpa jemu dia bisikkan ke telinga. Ibarat muzik yang selalu didendangkan tanpa jemu.

"Abang janji nanti abang bawa sayang dan aydan holiday. Abang tahu sayang dah lama teringin nak pergi Paris."

Pelukan semakin dieratkan.

"Ya.. sayang teringin nak ootd  kat sana. Mesti cantik kan?" Ujarku sambil tersenyum.

Dia ketawa kecil. Kemudian terasa pipiku dikucup olehnya lembut.

"Sayang abang ni sentiasa cantik di mata abang." Balasnya. Kami terdiam buat seketika. Sebelum tubuhku ditarik untuk berhadapannya dengannya.

Mata kami saling bertentangan. Dia tersenyum sehingga membuatkan aku terleka.

Wajah ini..

Tanpa sedar jari jemariku menjalar bermain di segenap raut wajah itu. Dari mata turun ke hidung kemudian turun ke bibir.

Wajah ini yang membuatkan aku kenal erti cinta yang sebenar. Wajah ini yang selalu mengajarku apa itu rasanya kebahagiaan.

"Please.. jangan tinggalkan sayang." Pintaku.

Tanganku diraih dan dikucupnya lama. Dia kemudian mengucup ubun-ubun kepalaku sambil membisikkan sesuatu.

"Abang takkan tinggalkan sayang. Itu janji abang.."

Matanya menatap anak mataku bersama seribu rasa yang sukar untuk aku fahami.

"Abang sentiasa ada dengan sayang.." katanya lagi.

"Dalam ni.." Kemudian dadaku disentuh dengan hujung jari telunjuknya. Aku tersentak.

Kosong !!

Ya ..

Hanya kosong !!

Tiada dia mahupun sesiapa. Hanya ada aku seorang dalam bilik ini. Keluhan terkeluar dari bibirku.

Bayangan itu kembali datang menjengah. Suaranya kembali terngiang-ngiang di pendengaran. Kehangatan tubuhnya kembali terasa olehku.

Tiket penerbangan yang berada dalam pegangan menarik perhatianku. Kalau ikutkan tarikh hari ini aku akan terbang ke Perancis bersama dia dan aydan.

Tapi semuanya hanya tinggal kenangan. Bingkai gambar bersebelahan katil ku gapai. Raut wajah yang murah dengan senyuman itu menyapa pandangan.

"Abang.."

Ku usap sekeping gambar yang selalu menjadi tatapanku di akhir-akhir ini.

"Sayang redha.. jika ini ketentuan-Nya. Percayalah! Sayang redha.."

Air mata yang aku tahan sedari tadi kini kembali mengalir. Setelah sebulan pemergiannya kini aku kembali menangis.

Ya Allah.. aku bohong dengan diriku sendiri. Aku yakin aku kuat tetapi sebaliknya yang barlaku. Aku tak kuat Ya Allah..

Redha?? Persoalan itu selalu bermain dalam fikiranku.

Redhakah aku dengan ketentuan-Mu? Ataukah hanya sekadar di mulut ucapan redha itu tetapi bukan lahir dari hati yang betul-betul boleh menerima.

Aku buntu.

Ya Allah.. kuatkanlah hatiku. Agar aku boleh menerima hakikat ini. Hakikat sebenar bahawa suamiku sudah tiada.

Terkadang persoalan ini bermain di benak aku. Adakah aku tak layak untuk bahagia? Adakah hidupku hanya layak untuk menangis dan terus menangis?

Entahlah! Aku sendiri tidak tahu. Mungkin sudah takdir untuk aku. Aku kena terima walaupun berat.

Megat nabhan..

Nama itu banyak mengajarku erti kedukaan. Terlalu banyak luka yang dia toreh dan tak mungkin luka ini akan sembuh walaupun lelaki itu bersujud memohon maaf.

Tentu kalian pelik kan? Megat nabhan yang terkenal dengan sifat baran dan ego itu mohon maaf? Ya.. dia mohon maaf kepadaku kerana tidak lama lagi dia juga akan turut jejak langkah arwah suami aku.

Megat nabhan ditangkap sehari selepas kejadian itu berlaku. Atas kesalahannya dia dijatuhkan hukuman mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh iaitu hukuman gantung sampai mati.

Puaskah hati aku kerana dia telah menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya? Jujur aku katakan ya.. aku puas! Tapi dalam masa yang sama aku sedih.

Kerana anak itu bakal bergelar anak yatim di usia yang muda. Sama seperti anakku aydan. Anak yang dikandungkan ain tidak lama lagi akan lahir ke dunia.

Tak dapat aku lupa bagaimana sedihnya ain dan puan halijah ketika itu. Setelah hakim memutuskan hukuman yang akan dijalani oleh megat nabhan. Dengan rendah diri puan halijah memohon agar aku menarik balik tuduhan itu atas anaknya. Namun semuanya dihalang oleh ain.

Wanita itu mati-matian tidak bersetuju dengan keputusan puan halijah. Bagi ain biarlah megat nabhan menerima semua itu. Lelaki itu banyak menyakiti orang sekelilingnya terutamanya aku.

Akan tamatkah cerita aku? Ya! Semuanya akan ditamatkan di sini. Tiada sambungan ataupun pengganti yang boleh menggantikan kedudukan khairul dalam hati aku.

Untukmu suamiku.. percayalah! Dalam hati ini tiada cinta lain selain cinta kepadamu. Hingga akhir nafasku..

Sekian..

Ini ceritaku..

ZEHRA WIDURI ..















Syukur .. akhirnya naskah ni
ditamatkan juga ..

Tq kepada semua pembaca yang
banyak memberi sokongan dan komen
sepanjang saya menulis naskah ini ..

Saya yakin mungkin ada
setengah para readers yang tak puas hati
dengan Ending story ni ..

Tapi percayalah .. setiap yg hidup
mesti akan temui ajal ..
Begitu juga dengan naskah ni ..
walaupun ianya sad ending 😊
Dari awal lagi author dah atur ..
Sorry andai naskah ini tak mendapat di hati kalian semua.. saya sudah cuba sedaya mungkin untuk menarik 'hati' kalian mendalami naskah ini ..

Akhir kata dari saya ..

Jangan lupa baca naskah terbaru saya
bertajuk NOKTAH 😊 ..
Dah publish yerk satu bab ..
kalau banyak permintaan malam ni
author publish bab Ke-2 ..

❤️ THANK YOU ❤️

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now