Kainnya diperbetul dalam keadaan tergesa-gesa. Tubuh kekar yang masih menindihnya di tolak kuat. Tudung yang terdampar di lantai rumah dicapai sebelum dia berlari keluar dari situ. Tidak dihirau bajunya yang koyak rabak.
Zehra berlari sekuat hati. Tapak kakinya melecet kerana tidak berkasut. Sakit apabila terpijak batu-batu kecil yang tajam. Namun rasa sakit itu tidak dapat menandingi rasa hatinya saat ini. Air mata yang tidak henti mengalir dikesat dengan belakang tangan.
Gedebukk !!
Tubuh kecil itu tersungkur menyembah bumi. Rasa ngilu di selakangan kian menjalar. Namun itu tidak membuat zehra berputus asa. Dia menggagahkan diri untuk berdiri. Langkah kaki diatur perlahan.
Megat nabhan terbaring lemah di atas katil bilik itu. Tubuhnya berkeringat menerbitkan rasa panas. Nafas dihembus mengah. Senyuman tetap terukir di wajah. Dia puas ! Puas dapat menakluki zehra luar dan dalam.
Megat nabhan bangkit dari pembaringan. Tuala yang tersangkut di kepala katil dicapai lantas dililit ke pinggangnya. Dia berjalan keluar dari biliknya dengan sebatang rokok di mulut. Pintu rumah yang terbuka luas ditutup. Sempat lagi dia mengerling selipar jepun corak bunga itu.
Jam di dinding menunjukkan angka 1 pagi. Tubuhnya berlengas membuatkan dia rasa ingin membersihkan diri. Selesai membersihkan diri megat nabhan kembali ke biliknya. Seluar pendek paras lutut bersama singlet hitam disarung. Cadar katil yang berkeronyok dikemas. Matanya terpandang akan tompokan darah yang masih melekat. Seketika dia tersenyum.
"Aku akan merinduimu zehra.." Diusap bekas tompokan darah itu sebelum tubuhnya kembali direbahkan.
🌹
Tok !
Tok !
Tok !
Pintu bilik zehra diketuk berulang kali. Namun tiada sahutan dari anaknya itu. 'Takkan tidur lagi kot..' Getus hati asma.
Jam sudah menginjak ke angka 9 pagi. Selalunya zehra tidak pernah bangun lewat. Anak daranya itu seorang yang tidak suka tidur sehingga ke tengah hari.
Asma memulas tombol pintu. Dilihatnya zehra sedang berselubung dalam selimut. Asma segera merapati. Duduknya dilabuhkan di pinggir katil. Dahi zehra dirasa.
Panas !
"Kak long.." Bahu zehra digoyang perlahan. Zehra mencelik matanya. Sakit kepala kembali menyerang.
"Umi.. "Zehra cuba untuk bangun namun segera dihalang asma.
"Tak payah bangun.. Kak long demam ni." Ujar asma. Wajah pucat zehra diusap. Namun zehra mengendahkan. Dia menyandar belakang tubuhnya di kepala katil.
"Dah makan ubat?" Zehra menggeleng. Jujur dia tidak berupaya untuk menelan walaupun setitis air. Tekaknya perit.
"Umi tak niaga hari ini?" Soal zehra lemah.
"Tak.." Jawab asma sepatah.Sengaja dia mengambil cuti. Mahu meluangkan masa bersama dengan zehra dan wardah.
Semenjak dia memegang title 'ayah' untuk anak-anaknya asma jarang sekali meluangkan masa bersama mereka. Masanya banyak dihabiskan di dapur membuat nasi lemak dan juga kuih muih untuk dijual.
"Kak long rehat ya.. Umi ke dapur buatkan bubur."
Asma berura-ura untuk bangkit dari duduknya. Zehra segera memegang tangan asma. Dikucup tangan itu lama. Setitis air mata menitis namun cepat-cepat zehra mengesatnya. Tidak mahu asma melihatnya yang sedang menangis.
"Andai kak long ada lukakan hati umi tanpa umi sedar kak long minta maaf dari hujung sampai hujung kaki." Ujar zehra sebak.
"Kak long tak ada salah dengan umi sayang.. Kak long anak yang baik. Umi sayang kak long dunia dan akhirat." Balas asma dan terus dipeluk tubuh zehra.
'Kak long bukan anak yang baik umi.. Kak long kotor..' Kata-kata itu hanya tercetus dalam hati.
Vote and komen guys 🌹
Tq for reading 🥰
♥♥

ANDA SEDANG MEMBACA
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...