ZW 3

14.4K 299 0
                                    

"Sedap tak aku masak?" Tanya aira sambil tersengih. Suapan pertama berjaya masuk dalam mulut. Kening zehra terjongket.

"Ermm .. Not bad.. Boleh buka kedai makan macam ni." Balas zehra. Dicedok sambal sardin itu ke dalam pinggannya.

"Kan.. Kalau aku jadi chef kau jadi pembantu aku. Sama-sama kita usahakan restoran angan-angan kita."

"Macam tu pulak. Ingatkan betul-betul nak jadi chef. Angan-angan tak nak la aku." Ujar zehra. Aira hanya ketawa.

Seusai makan malam mereka duduk di ruang tamu menonton televisyen rancangan kesukaan aira. Aira perasan zehra seakan tidak memberi tumpuan sangat. Sahabatnya itu lebih kepada berada di dunianya sendiri.

"Woii !! " lengan zehra disigung. Zehra tersentak.

"Termenung lagi. Punya la syok rancangan ni kau boleh termenung. Ingatkan apa?" Tanya aira. Zehra menggeleng.

"Tak ada apa-apalah."

Aira menyungging bibirnya sinis.

"Kau nak tipu aku pun agak-agak la. Aku masak benar dengan perangai kau zehra. Sudah-sudahlah ingatkan perkara yang lepas. Sampai bila kau nak macam ni?"

Zehra menghembus nafas kasar.

"Entahlah aira.. Setiap hari aku cuba lupakan semua yang jadi tapi benda tu makin dekat dengan aku. Aku boleh nampak wajah widuri masa dia.."

Zehra tak mampu untuk teruskan percakapannya.

"Semua salah aku. Kalau masa tu aku dengar dia panggil aku mesti sekarang dia masih ada depan mata aku lagi." Sambung zehra setelah diamkan diri agak lama.

"dah-dah la salahkan diri kau. Semua yang jadi ada hikmah." Kata aira. Keropok twistie disuap ke mulut. Melihatkan keadaan zehra yang sedikit okey dia beranikan diri bertanya soalan itu kepada zehra.

"Boleh aku tanya kau sesuatu?"

Zehra mengangguk.

"Kenapa panggil arwah adik kau widuri bukan wardah? Widuri tu nama kau kan?"

"Sebenarnya arwah umi yang mula panggil nama tu. Katanya nama widuri ada maksud yang tersendiri. Lepas sahaja arwah ayah aku meninggal wardah tak berhenti menangis. Siang malam sampaikan arwah umi tak tahu apa nak buat."

"Aku ingat lagi riak arwah umi masa tu. Nampak jelas dia tak boleh nak hadap benda ni. Mana dengan sakitnya lagi , wardah pulak tk henti nangis. Umi menjerit nama aku widuri dan tiba-tiba ja wardah berhenti menangis". Jelas zehra satu persatu.

"Ouhhh .. " panjang muncung aira memahami cerita di sebalik nama widuri. Zehra ketawa kecil dengan telatah aira.

"Sebelum aku terlupa esok aku start kerja tempat baru. So macam biasa kau kejutkan aku awal pagi tau. Aku tak nak terlambat." pesan aira.

Zehra mengerut dahi tanda hairan.

"apasal pulak aku yang kena kejutkan kau. Jam ada kan ? "

"Alaaa .. Pleaseee .. " aira mencantumkan kedua belah tapak tangannya sambil mengerdip mata berkali-kali.

"Yelahh.. "

"Thank youu zehra.. Sayang kau." Terus aira memeluk zehra dan berlari masuk ke dalam biliknya.

"Tv ni siapa nak tengok?" Ujar zehra.

"Kau la tengok". Laung aira kuat dari dalam bilik.

****

Zehra mengunci pintu dengan mangga. Hari ini dia berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya. Tak seperti hari-hari lain aira yang akan menghantarnya menaiki kereta.

Tapi memandangkan hari ini hari pertama aira bekerja di tempat baharu zehra dengan senang hati menawar diri untuk ke tempat kerja sendiri. Dia tidak mahu menyusahkan aira yang sudah banyak membantunya.

Selepas kejadian kemalangan melibatkan wardah , aira la orang yang banyak memberinya semangat. Dibenarkan menumpang di rumah aira satu sen pun duit perlu dikeluarkan. Adakalanya zehra berasa segan tapi perasaannya itu hanya dibalas dengan kata-kata dan ketawa aira.

"Tak payah segan sangat dengan aku. Bukan sehari dua aku kenal kau. Dari zaman sekolah rendah lagi ha. Kita ni sekampung. Ibu bapa aku pun kenal kau dan family kau. So tak payah nak malu-malu dengan aku. Aku dah anggap kau sebahagian dari keluarga aku."

"Sorang saja? Mana aira?" Tanya kak salwa yang merupakan rakan zehra di tempat kerja.

"Aira kerja tempat baru kak sal. Jadi saya datang sorang ja. Tak nak lah menyusahkan dia. Lagipun tempat kerja aira sekarang jauh sikit dari sini. "Ujar zehra.

Kak salwa mengangguk faham. Selesai sahaja punchcard zehra berjalan menuju ke rak yang tersusun segala sabun dan wangian pakaian. Di susun atur mengikut jenama.

Beginilah rutin kerja di pasaraya besar. Setiap hari kerja nya mengira stok dan menyusun semua jenis barang jika barang tersebut baru tiba dari kilang-kilang besar.

"Ehem !! " deheman seseorang mengejutkan zehra.

Berdiri di hadapanya sekarang khairul rakan sekerja. Zehra mengangkat kening tanda isyarat bertanya.

"Makan dengan siapa jap lagi?"

"Entah.. Kak sal kot. Kenapa?"

Khairul menarik wajah masam. Baru nak ajak keluar makan sama-sama.

'Potong stim betul kak sal ni' gumam hati kecil khairul.

"Dah kenapa muka tu monyok jer ? Nak ajak keluar makan?" Seakan mengetahui isi hati khairul zehra bertanya.

Khairul tersenyum lebar dan mengangguk laju.

"Boleh ke?"

"Tengok la macam mana nanti." Balas zehra. Khairul berdecit.

"Betul-betul la zehra. Aku nak belanja kau ni."

Zehra berhenti dari menyusun barang lantas memandang khairul.

"Boleh tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Syaratnya kak sal mesti ada sekali. Aku tak nak makan berdua dengan kau."

"Alaa.. Kenapa pulak? Kau ni asyik-asyik kak sal. Tak sporting langsung. " Ujar khairul tidak puas hati dengan syarat yang diberikan zehra.

Baru acah-acah nak dating.

"Sporting ke tak tu syarat aku. Nak tak nak kena terima. Kalau tak kau makanlah sorang-sorang." Kata zehra dan terus berlalu pergi dari situ.








3 chapter 1 malam 😌 Idea mencurah² meh .. So kita kasi up jer laa .. Vote and comment okey ..

Dah lama tak menulis ni kekok sikit rasa .. Dari cinta ke seram .. Dan sekarang cinta balik 😂 sapa yang pernah follow gadiskacamata dulu tau laa siapa saya 😌 ..

Gadiskacamata dah tk dak tau sebab ganti dengan Bellnawra .. bellnawra pun tk aktif kat akaun satu lagi sebabnya tak boleh log-in. Sekarang akaun nickname amaiyraania pulak tpi still dengan aura BELLNAWRA ..

So korang yg tk pernah baca story mory bell terus ke akaun Bellnawra yaa. Tq 🥰

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now