ZW 56

7.8K 190 18
                                        

"Hai , my princess .."

Zehra pantas menoleh. Matanya terbeliak bersama dengan perasaan terkejut yang melanda diri.

"So .. inilah anak kita. Comel!" Megat nabhan tanpa segan silu mencuit pipi aydan. Anak kecil itu mengeliat apabila diganggu tidurnya.

Zehra bingkas berdiri. Dijarakkan kedudukannya dan aydan dari megat nabhan. Pemegang stroller digenggam kejap.

'apa dia buat kat sini?' soalan itu hanya bermain di benak zehra.

Melihatkan zehra yang cuba menjauhkan diri megat nabhan bertindak memegang tangan zehra.

"Boleh tak kau jangan cuba jauhkan diri dari aku? Aku cuma nak jumpa kau dan anak kita". Ditekan perkataan 'anak kita' itu bersama sengihan penuh makna.

"Jaga sikit mulut kau. Ini anak aku! Tak dak ada kena mengena dengan kau."  Kata zehra tegas. Ditarik kembali tangannya dari pegangan megat nabhan.

Sungguh dia tidak suka dengan sikap megat nabhan yang senang-senang mengaku aydan itu anaknya. Sedangkan dahulu dia sendiri yang buang aydan sehingga sanggup gelar aydan anak haram.

"Wow! Semakin garang kau sekarang. I like.. by the way aku tak nak lambatkan masa. Aku cuma nak kau balik pada aku." ujar megat nabhan.

"Apa kau nak sebenarnya? tak habis-habis ganggu hidup aku".

Megat nabhan cuba untuk rapatkan jarak antara mereka tetapi zehra dengan pantas berundur ke belakang. Beberapa pasang mata sedang memerhatikan tingkah mereka.

"Aku tahu kau tak bahagia dengan suami baru kau. So apa kata kalau kau minta cerai dengan dia dan kahwin dengan aku. Simple!" Kata megat nabhan. Zehra mengetap bibir. Berani sungguh lelaki ini mengarahkannya berbuat begitu.

"Kau siapa untuk tentukan kebahagian aku? Untuk pengetahuan kau megat nabhan, aku bahagia bersama suami aku sekarang. Khairul baik. Dia tak macam kau. Hati binatang! Dayus!" Cemuh zehra tanpa mempedulikan perasaan megat nabhan. Lelaki itu layak untuk terima cemuhan.

Megat nabhan mengetap bibir. Kemudian dia tersenyum. Berpura-pura tidak terasa dengan kata-kata zehra. Walhal dalam hatinya geram dengan zehra yang bermulut lancang. Mujur sahaja mereka sekarang berada di tempat awam. Kalau ikutkan hati lelakinya yang tengah panas ini mahu sahaja dia melayangkan penampar ke pipi zehra. Biar wanita itu tahu untuk menghormatinya.

"Khairul? Ouhh... jadi lelaki yang bagi kau gelang tu suami kau? Huh! Berjaya juga dia rampas kau dari aku. Tak sangka. Tapi tu la.. aku kesian juga dengan suami kau. Sebab dapat sisa aku je. Kesian kan?" Perli megat nabhan. Dia ketawa seronok dapat membalas balik kata-kata lancang zehra tadi.

Zehra yang mulanya berasa marah dengan kata-kata megat nabhan kembali tersenyum.

"Biarpun kau cemuh aku itu tak menjadi kudis langsung dalam diri aku. Aku bersyukur sangat sebab terlepas dari genggaman iblis macam kau. Kadang aku terfikir manusia macam kau ni bila nak berubah? Ada isteri tapi tak hargai. Bila dah bercerai mula la gila talak. Mungkin kau ni spesis yang tak tahu malu kot. Iyalah! Ibarat kata hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong". Perli zehra. Dia tersenyum sinis apabila megat nabhan diam tidak membalas.

Megat nabhan yang tidak betah diperli begitu dengan beraninya melangkah merapati zehra. Lengan zehra dicengkamnya kuat bersama wajah yang membengis.

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang