ZW 41

8.9K 196 12
                                        

Megat nabhan menghempas tubuhnya ke katil. Nafas dihela kasar. Tali leher dirungkai. Panas terasa biliknya saat itu walhal penghawa dingin sudah pun terpasang.

Mata dipejam rapat mahu menghilangkan rasa letih yang menyerang diri. Namun belum sempat dirinya menjengah ke alam tidur terasa bahunya di sentuh dan di urut-urut.

"Sayang..." Satu suara menjengah pendengarannya. Megat nabhan mencelik mata. Senyuman terhias di wajahnya. Raut wajah ain yang tersenyum manis sedikit sebanyak dapat mendinginkan hatinya.

"Dah lama sampai? Sorry.. i tak dengar you balik". Lunak suara ain ketika berbicara. Tidak disangka wanita yang dahulunya dibenci dan dianggap tiada maruah sudah sah menjadi isterinya sekarang.

"Sokay.. i nak mandi dulu. Kejap lagi i turun." Ujar megat nabhan. Dia bingkas bangun dari pembaringan dan berjalan menuju ke almari. Tuala diambil. Pakaian yang masih melekap di tubuhnya dibuka satu persatu. Ain hanya melihat tingkah laku suaminya. Tidak pula bersuara.

Pili shower dipulas. Terasa kedinginan air menyentuh seluruh permukaan kulit. Seketika ingatannya terimbas pada satu wajah.

Wajah yang sering menganggu fikirannya saat ini. Tidak kira siang atau malam. Wajah itu sering menjelma. Megat nabhan mengeluh.

'kenapa aku asyik teringatkan kau?'

Soalan itu bermain dalam benaknya.


















🌹



















Pintu bilik ditolak. Kepala dijenguk ke dalam. Terlihat sahabatnya itu sedang bermain dengan telefon di tangan.

"Amboiii .. ralit whatsapp bakal tunang sampai lupa kawan sendiri." Perli zehra sambil ketawa. Dia melangkah masuk dan duduk dilabuhkan di pinggir katil.

"Nervous beb! First time ni.." balas aira. Telefon di letak kembali ke meja bersebelahan katilnya. Tangannya meramas-ramas sesama sendiri. Zehra hanya tersenyum. Geli hati dengan sikap sahabatnya itu.

Pintu bilik dikuak.

"Akak.. aydan menangis." Muncul jaja yang merupakan sepupu kepada aira.

"Aku pergi tengokkan aydan dulu. Kau jangan nervous sangat. Rilex and cool." Pesan zehra. Dia terkocoh-kocoh keluar dari bilik aira menuju ke biliknya.

"Anak mama dah bangun.. lapar yerkk?" Sembang zehra sendirian. Aydan yang bergerak-gerak atas katil dikendong. Baju dan bra diselak untuk menyusu aydan. Laju mulut comel itu menyambar.

Diusap kepala aydan lembut. Wajah comel itu diperhati sedalam mungkin. Terbias satu wajah yang pernah menyakiti hidupnya dulu. Wajah aydan saling tak tumpah dengan wajah papanya.

Dari mata turun ke hidung semuanya seperti megat nabhan. Hanya mulutnya sahaja seperti zehra. Perasaan sebak menghimpit dirinya saat itu. Sebak bukanlah ingin menangis kerana ditinggalkan megat nabhan tetapi kerana anaknya sudah menjadi 'yatim' di usia yang sangat muda. Bahkan sejak dari dalam kandungan lagi.

Tanpa zehra sedar waktu sudah berganjak ke petang. Rombongan meminang aira sudah pun tiba. Sesi menyarung cincin selesai. Para tetamu yang hadir sudah menjamu selera di luar rumah.

"Tahniah aira.. aku happy akhirnya kawan aku dah jadi tunang orang." Ujar zehra. Dipeluk erat tubuh sahabatnya itu.

"Aku pun happy sebab kau ada dengan aku." Kata aira setelah pelukan dirungkaikan.

"Cantik juga kawan aku ni. Patutlah farish tak sabar-sabar nak jadikan isteri." Seloroh zehra sambil ketawa lembut. Berona merah wajah aira apabila diusik begitu.

"Jangan cakap macam tu. Malu aku! Kau dah makan belum?"

Zehra mengeluh. Mata hitamnya dijulingkan ke atas.

"Dari awal aku bersalin sampai sekarang mulut kau tak habis-habis tanya soalan yang sama"

"Hei makcik! Mestilah kena tanya. Bukannya aku tak kenal kau macam mana. Makan tak tentu hala. Kau kena ingat sekarang ni kau dah jadi ibu. Tambah pula kau menyusukan aydan. Makan kena cukup tau." Bebel aira. Zehra pura-pura menekup telinganya dengan tapak tangan.

"Orang cakap tutup telinga. Tak nak dengar la tu. Kau tunggu sini aku ambilkan makanan."

"Tak payahlah susah-susah. Kejap lagi aku makan. Jangan risaukan aku". Halang zehra pantas.

"Duduk situ. Jangan degil!" Arah aira. Dijegilkan matanya kepada zehra. Dia terus berlalu pergi meninggalkan zehra di ruang tamu itu.

'cantiknya' desis hati kecil zehra. Matanya meliar memerhati seluruh ruang tamu itu yang dihiasi dengan pelamin. Gabungan warna putih dan lavendar mampu membuatkan sesiapa yang melihat terpukau.

 Gabungan warna putih dan lavendar mampu membuatkan sesiapa yang melihat terpukau

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


'Untung kau aira.. kau dapat rasa detik-detik menjadi tunangan orang. Tapi aku.. jangankan tunang gelaran isteri pun tidak layak untuk aku.'

"Jauh termenung.." satu suara menegur zehra dari belakang. Zehra tersentak. Dia menunduk malu dengan teguran itu. Manakan tidak siang hari pun dia boleh mengelamun.

Zehra bingkas berdiri. Tidak dihirau insan yang berdiri yang di sebelahnya. Malah zehra langsung tidak mengangkat pandangannya. Fikirannya terus ingatkan aydan yang tidur di dalam bilik. Langkah di atur meninggalkan ruang tamu itu.

Hanya beberapa langkah namanya dilaung membuatkan zehra terpaku.

"Zehra widuri.."

Suara itu seperti dikenalnya. Malah selalu menjengah ke pendengarannya dahulu. Pantas zehra menoleh. Dia tergamam. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Lidahnya kelu. Jantungnya berdegup laju apabila insan itu mengukir senyuman.

'khairul.' nama itu hanya terbias dalam hati kecil zehra.


















Enjoy your reading 🌹

Tq

❤️❤️

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang