Zehra mengerling jam di meja bersebelahan dengan katilnya. Sudah menjangkau angka 2 pagi. Pundi kencingnya terasa penuh ditambah dengan tekaknya yang haus.
"Aduhhh..." Zehra mengeluh. Kasut tidur disarung ke kaki. Terasa malas mahu turun ke bawah untuk ke tandas. Memandangkan tiada tandas dalam bilik tidurnya zehra menggagahkan diri.
Sudah lama dia tidur berasingan dengan megat nabhan. Selepas megat nabhan dapat tahu tentang dirinya yang mengandung. Suaminya itu langsung tidak memperdulikannya. Adakala tingkah megat nabhan seperti jijik dengan dirinya.
Pintu bilik dibuka. Suasana dalam rumah itu sunyi sepi memandangkan penghuni rumah sudah ke alam mimpi. Zehra menyanggul rambutnya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga.
Langkah terhenti di hadapan bilik megat nabhan. Dari celahan pintu dapat dilihat biasan cahaya menandakan bilik lelaki itu masih terang benderang. Dipandang pula bilik yang bertentangan dengan bilik megat nabhan. Bilik yang dihuni bakal isteri kedua suaminya malam itu gelap.
'Tidur dah kot..' Getus hati zehra. Dia kembali mengatur langkah.
"Janganlah..." Tidak semena-mena telingannya menangkap satu suara yang sangat perlahan seakan sedang berbisik. Di amati suara itu dengan teliti.
Senyap. Zehra mengusap tekuknya yang berasa meremang. Jangan dibuat mengusik malam-malam begini. Perasaan seram dan takut mula menyerang diri.
"Errrmmmmm..." Kali ini suara itu sedikit kuat. Zehra menelan liur. Dia menoleh ke bilik megat nabhan. Sepertinya suara itu datang dari arah sana. Zehra mendekat.
Dipulas tombol pintu yang tak berkunci dan dibuka perlahan. Zehra menjenguk. Dengan pantas dia menolak kuat pintu bilik megat nabhan.
"Megat !!" Jerkah zehra. Nafasnya turun naik dengan mata yang membulat terkejut dengan apa yang dilihat. Jelas di pandangan matanya saat itu megat nabhan asyik bercumbu dengan ain di atas katil yang pernah menjadi tempat tidurnya dahulu.
Megat nabhan terkejut. Ditarik kelakiannya yang mengeras.Terkocoh-kocoh dia bangkit dari pembaringan dan mencapai sehelai tuala melindungi tubuhnya yang berbogel.
"Apa semua ni?" Mata zehra mencerlung ke arah ain yang kalut menutupi tubuhnya yang terdedah. Rambut wanita itu kusut masai. Mukanya pucat tidak berdarah. Baju dan pakaian dalam bergelimpangan di atas lantai.
"I can explain.." Ujar megat nabhan cuba menenangkan keadaan.
"Explain what?!!! Korang tahu tak apa korang buat ni? Korang sedar tak?!!" Jerit zehra lantang.
"Tak payah jerit la. Bingit telinga aku." Balas megat nabhan. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan dia bersalah.
"Awak sedar tak perbuatan awak ni salah? Awak berzina megat !"
"So what? Apa masalah kau? Dosa aku kau tanggung ke?" Setempek megat nabhan membidas zehra. Rambut diraup dan langkah di atur mendekati zehra yang tergamam.
"Semua ni jadi salah kau. Kalau kau layan kehendak aku semua ni takkan jadi." Bisik megat nabhan. Tangannya melingkar ke perut zehra dan diusap lembut.
"Semuanya sebab anak haram kau ni. Kau ingkar arahan aku! Ikutkan hati aku nak jer aku bunuh budak tak guna ni." Jarinya menunjal-nunjal permukaan perut zehra yang berlapik baju tidur. Rasa geram kembali bertamu dalam diri megat nabhan.
"Apa yang bising-bising ni?"
Terpacul puan halijah di muka pintu bilik. Wanita itu jelas terkejut dengan apa yang dilihatnya. Tambahan lagi keadaan ain yang separuh bogel itu. Dipandang pula megat nabhan yang bertuala.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romantizm✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...