"Kirim salam pada ibu ayah.." Sempat lagi dititip pesanan kepada puan haliza dan encik azman. Zehra berjalan perlahan menuju ke pintu rumah. Suasana di dalam rumah masih lagi terang dengan cahaya lampu.
Pintu rumah ditolak. Baru selangkah kakinya masuk kelihatan megat nabhan sudah berpeluk tubuh sambil menyandar pada sofa seperti sedang menunggu kepulangannya. Tidak lepas juga puan halijah yang berada di ruang tamu itu.
"Mana kau pergi?" Tanya megat nabhan. Suaranya agak dingin. Matanya tertumpu pada beg kertas yang dijinjit zehra.
"Keluar dengan aira. Saya naik dulu." Jawab zehra. Dia malas mahu berlama di ruang tamu itu. Megat nabhan menjongket sebelah keningnya.
"Siapa beri kau keizinan untuk keluar dengan aira?" Soalan dari megat nabhan mematikan langkah zehra. Zehra mengeluh. Silap dia juga kerana tidak memaklumkan tentang itu kepada megat nabhan. Zehra berpaling.
"Maafkan saya sebab tak beritahu awak. Saya lupa." Ujar zehra meminta maaf. Biarlah dia beralah kerana dia tidak mahu perkara ini berlanjutan. Dia kenal sangat dengan sikap megat nabhan yang suka perbesarkan hal yang kecil.
"Iyelah tu lupa. Jangan-jangan sengaja tak nak beritahu. Yelah.. Takut pecah tembelangkan." Perli puan halijah tanpa memandang ke arah zehra. Ibu mertuanya masih sibuk membaca majalah kecantikan.
"Tembelang apa pulak ni ma..?" Soal megat nabhan yang masih belum faham kiasan puan halijah itu. Puan halijah pantas menutup majalah di tangannya. Dia berdiri.
"Tembelang curang belakang kamu." Matanya tepat memandang zehra. Zehra mengerut dahi. Tak sangka puan halijah sanggup melempar tuduhan yang tak berasas itu.
"Apa mama cakap ni? Curang apanya.. Memang betul saya keluar dengan aira. Kalau mama tak percaya mama boleh call aira tanya dia sendiri." Balas zehra cuba pertahankan dirinya.
Puan halijah mencebik bibir. Meluat pula dengan tingkah zehra yang diangganya berpura-pura baik itu.
"Kau jangan nak kurang ajar dengan mama." Ujar megat nabhan.
"Saya kurang ajar?" Zehra menunding jari telunjuk ke arah dirinya sendiri.
"Apa awak merepek ni? Salah ke saya bela diri sendiri? Takkan saya nak mengaku benda yang saya tak buat." Balas zehra. Makin lama makin dia tidak faham dengan perangai keluarga megat nabhan. Dari anak sampai ke ibu semuanya memeningkan kepala.
"Nabhan..tunggu apa lagi cepatlah cakap. Tadi beria sangat." Kata puan halijah kepada megat nabhan. Geram pula dengan sikap anaknya itu yang ibarat pahat dengan penukul. Sekali ketuk baru bertindak.
"Aku nak mulai esok kau berhenti kerja. Aku tak nak kau kerja dekat tadika tu lagi. Tempat kau di sisi aku. Jaga makan minum aku."
Terbuntang mata zehra ketika itu. Dia memandang megat nabhan dan puan halijah silih berganti. Terkejut dengan arahan megat nabhan itu.
"Kenapa saya kena berhenti kerja pulak?" Soal zehra hairan. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja dia kena berhenti kerja.
"Sebab kau isteri aku." Jawapan yang megat nabhan beri langsung tidak masuk akal. Seolah-olah keputusan yang megat nabhan buat atas paksaan orang lain.
"Bukannya saya tak jaga makan minum awak. Pernah ke saya abaikan awak? Tak pernah kan.. So? Apa masalahnya kalau saya kerja." Soal zehra kesal. Kesal dengan sikap megat nabhan yang'Selfish'. Lagipun perkara ini mereka pernah berbincang sebelum mereka sah bergelar suami isteri. Zehra meminta keizinan megat nabhan untuk berkerja selepas kahwin dan lelaki itu mengizinkannya.
"Tengok nabhan.. Dia lebih pentingkan kerja dari suami sendiri. Dasar isteri derhaka!" Cemuh puan halijah.
"Mama.. Kalau saya berhenti kerja siapa nak tanggung saya? Anak mama? Cuba mama tanya anak mama apa yang dia buat selama saya jadi isteri dia? Bagi nafkah? Setakat nafkah batin saja semua orang pun boleh. Nafkah zahir? Ada dia fikir perasaan saya selama seminggu saya jadi isteri dia? Tak ada kan.." Balas zehra panjang lebar.
Megat nabhan menghampiri zehra. Lengan zehra dicengkamnya kuat.
"Sekali lagi kau kurang ajar dengan mama aku, kau nahas." Ugut megat nabhan. Matanya mencerlung memandang zehra. Isterinya itu langsung tidak gerun dengan pandangannya. Malah dengan kasar zehra merentap kembali lengannya dari dicengkam megat nabhan.
"Tak ada niat saya nak kurang ajar dengan mama awak. Saya minta maaf. Tapi saya nak awak tahu saya takkan berhenti kerja!" Ujar zehra dan terus dia berlalu menuju ke anak tangga.
"Perempuan macam tu yang kamu nak sangat. Kurang ajar ! Hei ! Sampai mati aku takkan terima kau sebagai menantu aku!." Tengking puan halijah.
Zehra menghentikan langkahnya. Dia memusing tubuhnya di anak tangga kedua.
"Saya tak kisah kalau mama tak terima saya sebagai menantu tapi mama kena ingat saya pun takkan terima anak mama sebagai suami saya sampai bila-bila. Perkahwinan ni bukan atas kehendak saya. Saya rasa anak mama pun tahu hal ni kan.." Kata zehra sambil dia memandang tepat ke arah megat nabhan. Lelaki itu menunduk menekur lantai. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah.
ENJOY YOUR READING GUYS ..
Vote and comment 🌹
Tq
❤❤
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...