ZW 49

7.3K 181 7
                                    

Zehra dan khairul melangkah beriringan menuruni anak tangga menuju ke bahagian ruang makan. Kelihatan puan haliza yang sedang memangku aydan dan encik azman sudah pun berada di meja makan.

Khairul dengan pantas menyambar tangan zehra dan digenggamnya erat. Zehra terkedu. Ini kali kedua lelaki itu memegang tangannya semenjak mereka bergelar suami isteri.

Khairul mengorek senyuman kecil di hujung bibir. Terasa getaran tangan zehra dalam genggaman. Dia tahu isterinya itu pasti sedang berperang dengan perasaan malu.

"Nasi goreng kampung siap. Hari ni adik masakkan special untuk ibu dan ayah." Muncul aira dari arah dapur menatang satu mangkuk berisi nasi goreng yang dibuatnya.

Kerusi bersebelahan dengan puan haliza ditarik lantas duduknya dilabuhkan. Laju sahaja dia mengambil aydan yang berada dalam pangkuan puan haliza. Kemunculan zehra dan khairul di ruang makan itu membuatkan aira tersengeh. Dalam kepalanya muncul pelbagai idea untuk kenakan pasangan pengantin baru itu.

"Sweetnya pengantin baru ni.. awalnya pengantin baru turun makan. Kenapa tak bermanja-manja dulu." Ujar aira dalam nada memerli. Dia mengawal senyumannya apabila zehra menjegil mata kepadanya. Wajahnya berona merah. Malu dengan usikkan aira itu. Tambahan pula diusik di depan puan haliza dan encik azman.

Puan haliza yang berada bersebelahan aira dengan pantas melayangkan satu cubitan pada lengan aira.

"Auchh ! Sakitlah bu.. ayah tengok ibu ni cubit adik." adu aira.Digosok lengannya yang pedih dengan cubitan ibunya.

"Kalau ikutkan hati ibu nak jer ibu cubitkan mulut tu sekali. Biasa dia!" Kata puan haliza geram. Aira memuncungkan bibir tanda merajuk. Encik azman yang melihat tingkah dua beranak itu hanya menggeleng.

"Kamu pun satu adik, ada pula mengusik zehra macam tu. Tengok! Merah dah muka dia." Ujar encik azman. Khairul yang mendengar akan hal itu sempat mengerling ke wajah zehra. Jelas pipi isterinya itu memerah.

Khairul mengambil tempat berhadapan dengan puan haliza manakala zehra bersebelahan dengannya. Aydan yang melihat mamanya terus merengek.

"Alooo merengek dah aydan ni. Rindu kau kot sebab semalam seharian dengan aku." Kata aira. Dihulur aydan kepada zehra.

Zehra yang faham karenah anak lelakinya itu segera memeluk tubuh kecil comel aydan. Diam terus suara rengekkan aydan apabila berada dalam pelukan mamanya. Khairul yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya tersenyum.

"Jemput minum khairul. Buat macam rumah sendiri." Pelawa encik azman. Dihulur cawan berisi air kopi kepada khairul. Khairul mengangguk.

Aira memandang zehra. Ditilik zehra atas dan bawah. Wanita itu begitu cantik berpakaian blouse berwarna ungu dipadankan dengan kain hitam dan juga tudung jenama Fareha code Anne.

"Ibu, ayah.. saya ada perkara sikit nak bincang". Kata khairul sopan. Encik azman yang sedang mengunyah nasi hanya mengangguk.

"Bincang tentang apa khairul?" Soal puan haliza.

"Saya nak minta izin bawak zehra dan aydan balik rumah saya hari ni". Balas khairul.

"Tentang hal tu tak payah kamu minta izin pada kami. Ayah izinkan. Lagi pun ayah pernah kata pada zehra, ayah izinkan ke mana sahaja zehra pergi asalkan dengan lelaki yang bergelar suami". Kata encik azman panjang lebar.

Puan haliza hanya tersenyum. Baginya tak usahlah khairul meminta izin kepada mereka kerana khairul berhak ke atas zehra dan aydan.

"Dah kemas barang-barang kamu?" Kali ini encik azman memberi tumpuan kepada zehra.

"Dah ayah.. Terima kasih ayah, ibu kerana sudi terima zehra dalam keluarga ni. Terima kasih juga kepada kau sebab sentiasa ada dengan aku. Aku terhutang budi sangat pada kau". Kata zehra sebak. Tangan aira dicapai dan digenggam erat.

Sungguh dia banyak terhutang budi kepada keluarga aira. Kalau diminta untuk dia membalas kembali budi itu mungkin dia tidak mampu. Kerana sungguh besar pengorbanan aira dan keluarganya.

"It's okay zehra. Kau tak payah ucap terima kasih sangat. Aku, ibu dan ayah ikhlas tolong kau dan aydan. Tak ada istilah terhutang budi. Kau dah macam adik aku." Balas aira. Dibalas genggaman tangan zehra sambil ia tersenyum.

Usai sarapan pagi zehra bersiap-siap untuk pulang ke rumah khairul. Aydan yang berada dalam dukungannya merengek-rengek tidak selesa.

"Jaga anak dan cucu ayah baik-baik. Ayah harap khairul dapat bahagiakan zehra selayaknya. Ayah tak nak perkara lama terulang lagi. Ayah amanahkan mereka berdua dalam jagaan khairul." Bisik encik azman kepada khairul semasa mereka berdua saling berpelukan.

"Insha allah ayah.. saya akan jaga zehra dan aydan sepertimana saya jaga diri saya sendiri. Ayah jangan risau. Nanti ada masa terluang kami datang ke sini lagi." Balas khairul setelah pelukkan dilepaskan.

Zehra melambai lemah keluarga angkatnya. Kereta khairul bergerak perlahan keluar dari perkarangan rumah encik azman. Aydan di pangkuan sudah tidur lena. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit itu hanya sepi tanpa bicara.

Zehra melempar pandangan ke luar tingkap. Tiada perasaan mahu berborak bersama khairul. Dia lebih suka melayan perasaan. Mengimbau kembali segala onak dan duri yang terpaksa dihadapinya sebelum bergelar isteri kepada khairul.

Khairul sesekali mengerling ke sisi. Isterinya itu kelihatan seperti sedang mengelamun. Entah apa yang difikirkan zehra dia sendiri tidak tahu.

"Sayang okey? Abang tengok sayang macam tak happy jer". Khairul memberanikan diri bersuara.

Zehra tersentak.

Dia menoleh sekilas ke arah khairul. Senyuman tipis dipamerkan sebagai jawapan kepada soalan khairul itu.

"Sayang ada masalah ke? Kongsi dengan abang. Jangan diam macam ni. Abang risau." Tutur bicara khairul yang lembut sedikit sebanyak melembutkan hati zehra yang tidak keruan.

"Mama dah tahu kita nak ke sana?" Soal zehra. Dia cuba untuk berselindung dengan apa yang dirasakannya saat itu. Kerana dia sendiri tidak tahu apa yang bermain di fikiran dan hatinya.

"Dari kelmarin lagi dah tahu. Siap pesan lagi jangan lambat. Takut tak sempat nak makan tengah hari bersama. Maklumlah nak sambut menantu katakan." Seloroh khairul.

Zehra hanya ketawa kecil.

Dia menepuk-nepuk aydan yang bergerak-gerak dalam ribaannya. Matanya kembali fokus memandang ke luar tingkap. Kembali melayan perasaannya yang tidak menentu.













Sorry agak hambar...
Sorry juga sebab banyak hari tk update 😁

Sorry10000000000000x

❤️ Please vote and comment ❤️

Tq










ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now