Ayah terjumpa kata-kata yang lebih kurang begini maksudnya mengikut pemahaman Ayah dalam laman Instagram @joker.qu0tes, " Sesiapa saja boleh buat anda tersenyum tetapi tidak semuanya atau tidak setiap orang boleh membuatkan anda gembira."
Jika kita perhatikan dalam kehidupan seharian yang kita sedang lalui dan yang telah berlalu, pastinya ada yang membuat kita tersenyum. Dari orang tua sehingga ke anak kecil, semuanya boleh membuat kita tersenyum. Kadang-kadang, binatang seperti kucing pun boleh buat kita tersenyum walau kucing tidak boleh bercakap dan banyaklah pula yang suka bercakap dengan kucing. Tersenyum mungkin juga itu tandanya gembira, mungkin juga tidak, itulah kemungkinannya. Gembira itu tidak boleh disorok, boleh dilihat pada wajah. Banyak perkara boleh membuatkan kita tersenyum, banyak juga perkara yang boleh membuat kita gembira. Anak-anak selalunya membuat kita gembira, kadang-kadang tak jadi nak marah dengan keletah mereka, dengan kata-kata mereka. Itu antara kuasa yang ada pada anak-anak. Kita marah macam mana pun, dia akan tetap datang dekat dengan dia.
Tersenyum dan gembira, lihatlah diri kita, nilailah diri kita. Pastilah senyum dan gembira kita mahukan untuk menceriakan hidup kita. Jika tidak boleh buat orang lain gembira, jika tidak boleh buat orang lain tersenyum, senyumlah kerana senyumanmu begitu menawan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Cerita PendekAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...