Mempertahankan agama, bangsa dan tanah air ialah tugas kita semua.
Mempertahankan agama, bangsa dan tanah air bergantung kemahiran yang kita miliki. Ada yang memang kerjayanya sebagai anggota keselamatan, siang dan malam memastikan semuanya selamat. Ada yang kerjanya terlibat dengan perniagaan dan perusahaan, memberi peluang kepada orang lain untuk bekerja serta memastikan ekonomi negara terus berkembang. Ada yang berkecimpung dalam pendidikan, memastikan pewaris negara berilmu dalam pelbagai bidang untuk negara terus maju ke depan.
Selagi bernyawa, apa-apa pun tugas yang sedang kita lakukan pada saat ini, besar ataupun kecil pada pandangan kita sendiri, kita sebenarnya sedang menyumbang khidmat bakti untuk negara kita. Inilah caranya kita mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta!
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...