Banyak yang menginginkan kuasa, ada yang akhirnya dapat, ada yang tak dapat-dapat.
Ada pula yang tak berminat dengan kuasa, tetapi mendapat kuasa. Kuasa bermakna tanggungjawab. Kata-kata popular yang selalu diingati tentulah ungkapan pak cik Ben, "Kuasa yang besar datangnya dengan tanggungjawab yang besar." Edmund Burd dalam buku Mutiara Kata susunan Adi Alhadi pula berkata, "Semakin besar sesuatu kuasa, semakin besar bahaya penyalahgunaannya." Sudah ada kuasa, sudah ada tanggungjawab, maka perlulah dilaksanakan seperti yang dirancangkan dengan niat yang betul dan cara yang betul.
Kuasa perlulah digunakan dengan bertanggungjawab. Niat yang betul dan cara yang betul, Insya-Allah hasilnya menjadi berkat. Jika sebaliknya berlaku, kuasa yang ada selalunya tidak akan kekal lama kerana berkat itu rahmat daripada Allah SWT.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...
