Menikmati kopi, menikmati sisa cuti sakit dan menikmati pembacaan, dalam masa yang sama fikiran terus berjalan.
Begitu juga dalam perjalanan, mesti singgah minum kopi dan makan, saat yang paling menggembirakan apatah lagi apabila perut benar-benar lapar. Cari tempat makan itu sebahagian daripada perjalanan jika ke mana-mana saja. Jika dulu-dulu, banyak terpaksa mencari dan bertanya kepada yang sudah biasa pergi ke sesuatu tempat, sekarang terokai saja media sosial dan internet, pasti banyak tempat untuk diteroka dan lihat saja komen-komen, boleh buat pilihan dengan cepat. Nak makan apa-apa, ikut selera, banyak pilihan, dapat memenuhi kehendak semua yang ada. Tempat yang luas kegembiraan bagi anak-anak, walau hujan, itu bukan masalah. Sudah buat pilihan, nikmati nikmatnya hidangan sambil menikmati pemandangan.
Hidup mesti dilalui dan dinikmati walau dengan secangkir kopi, ceritanya tak akan pernah habis, ada pahit dan ada manis, walau kopi sudah habis.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...