Waktu kecil, Ayah tak suka sangat makan roti inti kelapa dan pau inti kelapa.
Waktu berlalu, roti inti kelapa dan pau isi kelapa sudah berasa sedap, kena dengan tekak. Tambah-tambah hari hujan, kena pula dengan kopi 'o' cap Televisyen, fuh! Ada satu peribahasa berkaitan kelapa atau nyiur yang bermaksud mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yang baik dan benar, dan yang buruk dibuang. 'Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang', itu peribahasanya. Dulu, kata-kata hanya berlegar di sekitar kita dan dalam media massa yang masih terhad. Sekarang, ditambah dengan internet dan media sosial, untuk memilih yang baik dan benar sangatlah sulit, namun memilih yang baik benar tetaplah menjadi keutamaan.
Jika kita sudah terdedah dengan soal memilih yang baik dan benar sejak awal, Insya-Allah moga kita terus istiqamah dalam mencari yang baik dan benar, seterusnya itulah yang menjadi pilihan kita.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Historia CortaAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...