Kita melayan manusia sebagai manusia menggunakan pertimbangan akal.
Dalam masa yang sama, ada yang memilih untuk jadi binatang sebagaimana peribahasa Melayu, melepaskan anjing tersepit. Yang memilih untuk jadi binatang, maka dilayannya orang lain seperti binatang juga. Ya, nafsu boleh membuatkan kita lebih hina daripada binatang, itu pun kalau kita masih mengingati ajaran yang kita pelajari. Memilih untuk jadi binatang, kita lebih cenderung dan lebih banyak memihak kepada nafsu, lebih banyak melebihkan emosi negatif, lantas pertimbangan akal menyusut menjadi sedikit (tetap ada kerana kita dijadikan begitu).
Manusia tetaplah manusia. Binatang tetaplah binatang. Namun, manusia boleh jadi lebih hina daripada binatang. Pilihan di tangan kita kerana asal kita makhluk yang mulia.
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Historia CortaAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...