"Awan lindung matahari," kata Ayah. Kata Adik, "Matahari menyorok dalam awan." Itulah selalu berlaku, jarang kita sependapat, tapi kita ke tempat yang sama.
Kita sering tak sependapat dalam banyak perkara, bermula dengan perkara yang kecil sehinggalah perkara yang besar. Kadang-kadang apabila difikirkan, bukanlah senang untuk menemui titik persamaan, penuh dengan duri. Adakalanya sampai ke sudah tak berjumpa dengan titik persamaan tapi kita tetap bersama dalam banyak perkara. Itu bermaksud sebenarnya kita sudah mempunyai satu ikatan yang kukuh, cuma kita tak bersama dalam banyak hal walau titik persamaan nampaknya seperti mudah ditemui.
Kehidupan memang satu misteri kerana titik persamaan sering dicari. Selagi ada usaha untuk meneruskan pencarian, selagi itu ada sinar harapan, Insya-Allah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...