Peperiksaan SPM masih berbaki, bermulanya 2 Mac 2022. Perjuangan berbekalkan ilmu dan pena masih berlangsung.
Dada seharusnya diisi dengan ilmu, itu acap kali disebut. Membaca dan ilmu sangat berkait. Membaca, memahami, menafsir, bertanya, menghadam dan praktik, semuanya proses yang terlibat untuk mendapatkan ilmu. Ada yang suka membaca untuk peperiksaan, ada yang suka membaca untuk tahu. Apa-apa pun, untuk mendapatkan ilmu itu harus dimulakan dengan tabiat membaca, perlu dibiasakan dan diulang-ulang. Jika tak dibiasakan, orang beratur di luar, kita akan beratur di dalam tanpa rasa bersalah kerana tak membaca dan melenting tatkala ditegur.
Menuntut ilmu menuntut kesabaran kita, menuntut kesungguhan daripada kita. Kesabaran dan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu akan banyak membantu kita dalam perjuangan hidup ini, Insya-Allah.
![](https://img.wattpad.com/cover/287100685-288-k213715.jpg)
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Storie breviAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...