Kucing memang suka menjilat. Hidung sendiri pun kucing jilat. Setiap tingkah laku, setiap tabiat sudah tentu bersebab. Begitu juga dengan manusia.
Setiap orang ada tingkah laku tersendiri. Setiap tingkah laku, hanya tuan punya badan yang jelas dengan sebabnya. Orang lain boleh meneka, boleh jadi betul, boleh jadi salah. "Ya, baik! Baik ada makna tu!" kata Pak Ali merujuk kepada Abang Jamil yang menyuruh Rohani memanggilnya dengan panggillan tersebut. Itu antara dialog yang kita ingati dan tingkah laku boleh berubah sekelip mata kerana sebab tertentu. Ada tingkah laku yang sudah menjadi tabiat. Ada juga tingkah laku mengikut keadaan atau situasi dan ada juga tingkah laku disebabkan pengalaman serta peristiwa.
Kita tidak boleh lari dari sebab. Sebab boleh menbentuk diri dalam melalui hidup sehari-hari. 'Sebab' seharusnya menambah kualiti hidup kita pada setiap masa kerana hidup yang lebih baik memerlukan sebab yang betul. Sebab yang betul dapat menggerakkan tingkah laku kita dan seterusnya tingkah laku itu sebaik-baiknya dapat menjadi ikutan orang lain.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...