Ada musuh yang sudah nyata, tapi kita pun tak nampak dia dengan mata kepala kita. Ada musuh yang sudah nyata dan memang kita nampak dengan mata kepala.
Musuh nyata memang bahaya, apatah lagi musuh dalam diam. Banyak peribahasa Melayu tentang musuh. Antara yang paling terkenal ialah musuh dalam selimut yang bermaksud musuh yang sangat dekat atau ada dalam lingkungan sendiri menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam kamus yang sama, gunting dalam lipatan bermakna membinasakan sahabat, (bangsa dll) sendiri. Apabila satu-satu isu timbul atau ada peristiwa yang berlalu dan masih berlaku, banyak yang menunjukkan rupa yang sebenar, memusuhi kebenaran atau menjadi musuh kepada kebenaran. Musuh kepada kebenaran tak harus dibiarkan apatah lagi apabila kita mempunyai kuasa untuk mencegahnya.
Kita tak seharusnya pejam mata atau buat tak tahu, kerana musuh itu boleh jadi sememangnya musuh dan musuh boleh juga jadi kawan untuk memusnahkan kebenaran dalam diam. Yang paling malang, banyak tamadun yang runtuh oleh sebab bersekongkol dengan musuh, tak kiralah yang di luar ataupun yang di dalam, itu terakam dalam sejarah. Yang manakah kita?
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...