Suasana yang berbeza walau di negara yang sama. Begitulah menurut kehendak-Nya, kita perlu menghadapinya.
Sejuk dan dingin memamah sedikit demi sedikit, bermula dengan kulit, daging dan terus ke tulang, itu di Madinah. Kata Ustaz, "Kena sabar." Pakai empat lapis baju pun masih terasa sejuk, itu Ayah. Sejuknya rasa lain macam, ditambah pula tatkala air menyentuh kulit, wow! Walau dalam dingin, walau dalam hembus angin, jemaah berpusu-pusu ke Masjid Nabi tak kira siang. Merpati yang banyak, menarik perhatian pejalan-pejalan kaki dalam perjalanan, tambah-tambah lagi anak-anak. Di Makkah, lain pula, selapis memadai, Alhamdulillah dan setakat ini Ayah tidak membalut muka kerana kesejukan. Sejuk rezeki, panas pun rezeki. Di Madinah kita menjadi jiran Rasulullah SAW dan setiap hari kita dekatnya, Alhamdulillah. Di Makkah kita dapat menatap Rumah Allah SWT, Kaabah yang menjadi kiblat kita, yang sentiasa dekat di hati, pandang pun dapat pahala.
Rezeki pun boleh jadi ujian. Cuaca dan manusia sering menguji, di mana-mana pun kita berada. Namun, dekatnya diri kita dengan Allah SWT dan kekasih-Nya, Rasulullah SAW mampu membantu kita menghadapi segala-galanya, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
NouvellesAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...