Apabila bertemu di Padang Temu dan bermalam, membarbeku salah satu aktiviti mengenyangkan. Menghadap Sekolah Kebangsaan Padang Temu, di Jalan Hj. Mahmod, di sini kami berkumpul.
Apabila semuanya ada, pastilah meriah, meriah dengan orang, meriah dengan barbeku. Ada yang membakar, ada yang dibakar, berasap, Alhamdulillah. Lama tak berkumpul semua, inilah masa yang dinanti. Yang anak-anak dengan anak-anak, yang dewasa dengan dewasa, tentu banyak aktivitinya, tentu banyak ceritanya sambil menghadap kolam, duduk menikmati hidangan. Bunyi air jatuh ditambah dengan riuh, menghidupkan malam bertamu. Petangnya dihidupkan dengan main air dan main bola di dalam kolam, naik apabila sudah kecut dan sudah lapar.
Bertamu dan bertemu, itu salah satu perkara yang amat berharga dalam hidup dan menghidupkan kehidupan. Bertamu dan bertemu salah satu kunci kebahagiaan andai niatnya kerana Allah SWT untuk mengeratkan ukhuwah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...