Masih dapat menyambut hari lahir, syukur kepada Allah SWT.
Apatah lagi dapat menyambut hari lahir dengan mak yang melahirkan kita, abah, isteri dan anak-anak serta adik-beradik, Alhamdulillah.
Merentas negeri bermula Isnin yang lalu, lagu Balik Kampung tak henti-henti dimainkan. Pak Ngah (Baba) merentas negeri membawa Atuk dan Opah ke sini semalam mengikut 'SOP' yang telah ditetapkan. Menyambut hari lahir di hujung minggu, bersama dengan keluarga, itu antara perkara yang paling berharga sebab tak selalu hari lahir jatuhnya pada hari cuti. Dapat menyambut hari lahir di musim wabah juga satu nikmat yang besar.
Bertambah usia seharusnya juga bertambah ilmu dan pengalaman serta amalan. Kita semua memang mengetahuinya dan hanya melalui tindakan diri sendiri ketiga-tiganya akan bertambah, Insya-Allah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...