Sejak kecil, tiba bulan puasa, diajar mak ayah tentang memberi.
Petang datang, maka tugas pun bermula, berebut-rebut menghantar juadah ke rumah jiran. Ada masanya, juadah yang satu bertukar menjadi lima kerana masing-masing membalas juadah yang diberi. Itu baru di sini, belum lagi di sana. Tetap mak ayah ingatkan, beri jangan harapkan balasan. Maka membesarlah dengan pesanan itu, banyak atau sikit itu bukan nombor satu, asal biasakan diri memberi. Apabila sudah biasa, kita tak kekok untuk memberi, tak berat untuk menghulur, apabila sudah biasa, kita gembira dan puas hati dapat berkongsi rezeki.
Indahnya hidup kerana saling memberi. Terima kasih banyak kepada yang berkongsi rezeki, Alhamdulillah. Moga Allah SWT melimpahkan rezeki dan merahmati semuanya.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
Short StoryAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...