Kuukir namamu
di awang Gunung Jerai,
disaksikan laut,
daun nyiur melambai,
jauh pandangan permai
di situ Tanjung Dawai,
terkenang peristiwa
cinta kita terurai.
Oh, indahnya,
peristiwa, cinta kita di Pantai Merdeka!Begitulah sedikit petikan lagu Cinta Pantai Merdeka, nyanyian kumpulan Jinbara. Kerap kali mendengar lagunya, akhirnya sampai ke tempat yang diabadikan dalam lagu. Pantai Merdeka itulah tujuannya, Alhamdulillah, 21 Disember 2021, menjejakkan kaki ke sini. Duduk mengambil angin, melihat bot-bot yang membawa penumpang dan memerhati anak-anak yang melayani ombak petang, Adik pula lena di ribaan dibelai bayu.
Begitulah, alam sentiasa memberi dan menjadi inspirasi kepada kita. Yang Maha Esa mengilhamkan melalui kejadian-kejadian-Nya yang memukau kita. Maka, lahirlah kata-kata puitis yang seharusnya dapat mendekatkan kita dengan Al-Khaliq.
YOU ARE READING
Ayah Meneruskan Cerita
القصة القصيرةAyah masih meneruskan cerita melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, didengari, diteliti, dirasa, dibau dan difikirkan sesuai untuk dikongsi. Alhamdulillah, sebelum ini 4 judul cerita pendek semuka dengan 200 cerita telah dikongsi, iaitu 'Cerita Ayah'...